Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil telah di uji apabila kehilangan dua orang abang kandungnya serentak.
Arwah abangya, Azharnim Nawawi menghembuskan nafas terakhir selasa yang lalu. Difahamkan Allahyarham Azharnim meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser.
Menurut Aznil, Azharnim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.
“Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran,” katanya.
Pemergian dua insan tersayang dalam satu masa membuatkan pengacara terkenal itu sedih. Dalam satu perkongsian, Pak Nil memuat naik luahan hati menerusi IG Live miliknya yang kemudian tular selepas live itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun, e_nuyn. Tweet tersebut mendapat 27 ribu retweet dan 16 ribu tanda suka dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ads
“Ayah Paknil pergi sebab rokok, abang-abang Paknil pergi sebab rokok..tolonglah berhentilah merokok kesian adik-adik, kesian mak ayah…”
Menerusi Live di IG, Paknil sempat memesan kepada semua perokok di luar sana agar meninggalkan tabiat yang tidak sihat itu, kerana yang menanggung deritanya kelak adalah ahli keluarga kita sendiri.
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
“Jangan Marah, Maki OKU…”
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“Emery anak istimewa saya, dia autistik, ‘non-verbal’ dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“Jadi, mereka tinggikan suara, marah dan maki. Masyarakat kita tak peka dengan insan yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental,” katanya.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“Bagi mereka ruang untuk ‘menumpang lalu’ kehidupan normal kalian untuk beberapa minit dan mereka akan pergi daripada kehidupan anda selamanya,” katanya.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Melihat pautan di laman instagramnya, nampak betapa penyanyi, Siti Sarah seorang ibu yang tegas. Malah, empunya diri mengakui sangat ‘strict’ dalam mendidik anak-anaknya.
Manakala Shuib pula lebih cool namun kedua-duanya setuju menggunakan pendekatan sedemikian. Pendekatan mendenda bila anak-anak buat salah adalah satu cara perlu dan memang dipraktikkan oleh Sarah.
“Saya menggunakan pendekatan denda baca zikir itu sebenarnya ilham dari sekolah anak saya. Waktu itu, anak saya balik dan bercerita ada ustaz denda baca zikir. Jadi, saya terfikir apa salahnya kalau praktik benda yang sama di rumah.
“Dengan keadaan sekarang ini yang cukup besar cabarannya, memang patut aada peraturan untuk. Sebagai ibu bapa kena bertindak sewajarnya dan jika anak buat salah kena hukum. Biar mereka menangis sekarang dari kemudian hari.
“Pernah sebelum ini saya mendenda anak dan menghukum tapi dia masih buat kesalahan yang sama. Jadi saya letakkan di luar rumah. Dia menangis dan saya yang berada dalam rumah yang terasa ‘sakit’. Tapi demi nak mengajar dia, jadi saya tidak beralah.
“Saya kuatkan hati dan beroa moga Allah pinjamkan kekuatan untuk saya terus bertahan dan tidak lemah dengan tangisan anak. Bukan bermakna saya kejam tapi itu adalah untuk mendidik dia dan supaya dia faham dan tak buat salah yang sama lagi.
“Sementelah budak-budak sekarang sangat bijak. Tapi bukan bermakna mereka tak boleh bermanja. Kalau orang kenal saya, mereka tahu saya sangat penyayang tapi sangat tegas.
“Shuib pula jadi orang kedua yang bila saya dah tak boleh buat apa-apa dia akan datang untuk ‘buat sesuatu’. Anak-anak juga berbeza karekter, yang sulung memang pemalu, yang kedua pula biasa sahaja Cuma yang ketiga sangat mesra orangnya.
Pernah ‘hilang suara’ setiap kali lepas bersalin membuatka Sarah memilih untuk berehat seketika daripada menambah bilangan anak.
“waktu anak sulung tak ketara sangat, yang kedua memang sangat ketara dan yang ketiga hilang tapi Alhamdulillah dapat balik. Lagipun sekarang saya kembali menyanyi dan ada bisnes, jadi biarlah tumpu pada kerjaya terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah adik-beradik, tak sah kalau tak berkongsi barang baik pakaian, barangan keperluan lain mahupun aksesori. Lagi-lagi kalau adik-beradik perempuan.
Bila dah ramai-ramai lagi best kan. Dapat pula bertukar-tukar baju, jam tangan, guna minyak wangi dan juga barangan aksesori lain. Dalam satu perkongsian baru-baru ini, adik hos dan usahawan terkenal, Neelofa ada memuat naik sekeping gambar. Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah komen yang ditinggalkan Neelofa pada perkongsian Ameera itu mencui hati. Apa tidaknya, komen tersebut merujuk kepada pakaian yang dipakai Ameera yang rupa-rupanya adalah milik Neelofa.
Komen dari Neelofa mengundang reaksi warganet. Ada yang mengatakan dia beruntung memiliki kakak seperti Neelofa. Malah ada yag terhibur dan rasa lucu dengan gelagat dua beradik ini.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).