Mencipta kejayaan di dalam pembelajaran tentunya suatu kenangan yang manis, namun tidak dinafikan setiap kejayaan yang diperolehi punya cabaran dan dugaan yang tersendiri.
Apatah lagi andai dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan dan dalam masa yang sama diuji pula dengan kesihatan orang tua, pasti perjalanan hidup terasa begitu sukar.
Namun semua itu bukan halangan bagi anak kelahiran Muar, Neo Siew Rou, 19 untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat (AS) menjadi kenyataan selepas menerima tajaan Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), berikutan memperoleh keputusan cemerlang – 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Memetik berita di myMetro, difahamkan Siew Rou yang berasal dari Muar, Johor tidak menyangka panggilan telefon yang diterima pada lewat petang itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.
“Kini saya boleh melanjutkan pelajaran tanpa risau yuran yang mahal mahupun perbelanjaan menyara diri kerana yuran ditanggung sepenuhnya dan dapat elaun juga,” kata Siew Rou yang merupakan seorang daripada 301 pelajar tajaan PESP di seluruh negara.
Sepanjang hidupnya, Siew Rou sentiasa percaya bahawa keadaan keluarganya yang serba kekurangan akan sentiasa membayanginya.
“Ayah sudah diberhentikan kerja ketika pandemik. Ibu pula menghidapi penyakit saraf otot atau Muscular Dystrophy yang tiada penawar. Mereka adalah pendorong semangat untuk saya berjaya,” luah Siew Rou yang melihat pendidikan sebagai satu-satunya jalan keluar.
Sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Tun Dr Ismail (SMKTDI), Siew Rou sangat aktif menyertai aktiviti kokurikulum sehingga dinobatkan pelajar terbaik di sekolahnya.
“Saya mula berjinak dengan pengucapan awam bahasa Melayu sewaktu di tingkatan dua. Sebelum ini saya seorang yang agak introvert dan pengucapan awam dapat meningkatkan keyakinan diri saya.
Ads
“Saya tidak pernah menyangka dapat mengatasi kegugupan di atas pentas dan bercakap di hadapan ratusan orang, apatah lagi guru saya.” kata Siew Rou yang juga ketua pelajar serta Presiden Persatuan Bahasa Melayu sekolahnya.
Pencapaian paling membanggakan Siew Rou adalah apabila diumumkan satu-satunya pelajar di sekolahnya yang mencapai Kecemerlangan Tinggi (O Level) dalam Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2020 atau Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) anjuran Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia merupakan kuiz yang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan menguji kefahaman kimia dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Selain itu, beliau turut dianugerahkan Anugerah Nilam dan mewakili sekolahnya dalam pertandingan itu.
Memiliki kebolehan untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi setiap perkara merupakan bakat semula jadi yang ada pada dirinya.
Ads
Ini dapat dilihat daripada kebolehannya mewarisi bapanya bermain Xiangqi dan Go – catur tradisional Cina. Beliau juga mendalami kesusasteraan tradisional Cina serta seni mempertahankan diri Wushu.
“Jika kita ingin belajar sesuatu, ia akan jadi mudah bila kita dapat fokus sepenuhnya,” katanya yang berasa sangat bertuah selepas berpeluang mendalami budaya yang semakin dilupakan ini.
Keupayaan untuk fokus di dalam kelas adalah kunci kejayaan Siew Rou.
“Sentiasa fokus dalam kelas dan dengar kata guru. Saya juga tidak suka memaksa diri untuk belajar dan menganggap proses pembelajaran adalah satu perkara yang menyeronokkan,” kata Siew Rou yang hanya menghabiskan dua jam sehari untuk belajar sebelum menyiapkan kerja rumahnya.
Ads
“Latar belakang atau keadaan kewangan keluarga bukan kriteria utama dalam menentukan masa depan kita. Bercakap melalui pengalaman, perkara yang biasanya membentuk kita bukan kesusahan itu sendiri, tetapi cara kita menanganinya,” kata Siew Rou.
Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Stanford dalam bidang biokimia, Siew Rou kini mengikuti American Degree Transfer Program (ADP) di Taylor’s Lakeside Campus sebagai persediaan sebelum terbang ke AS pada Ogos tahun ini.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Petua yang diamalkan oleh mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu bukanlah hanya cakap kosong. Ada baiknya dalam merawat beberapa penyakit ringan.
Petua nenek menggunakan bawang putih antara yang wajib kita cuba. Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumorkerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kata pepatah, tidak ada kejayaan jika tidak diawali dengan kegagalan. Mungkin ada benarnya dan hal ini telah ditempuhi sendiri oleh pasangan suami isteri ini yang berusaha mencari rezeki keluarga dengan berniaga kedai runcit pada awalnya.
Namun akibat pendemik perniagaan yang diusahakan terjejas teruk dan pasangan ini terus mencari idea untuk bangkit semula. Dan siapa sangka pasangan suami isteri ini iaitu, Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39 menemui perniagaan yang unik dan istimewa dengan menjual Ais Kepal Milo Itik yang telah pun viral di media sosial.
Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, Ais Kepal Milo Itik laris terjual sehingga 500 bekas sehari. Demikian hebatnya penangan ais kepal Milo diisi dalam bekas berbentuk anak itik yang dijual pasangan suami isteri di Kampung Pauh Lima, di sini sejak bulan lalu.
‘Kecomelan’ bekas kuning itu tular di media sosial dan mencetus fenomena tersendiri apabila orang ramai sanggup berbaris di kedai Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39, semata-mata mahu membelinya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Fariq berkata, selepas perniagaan kedai runcit diusahakannya dan isteri terjejas teruk akibat Covid-19, mereka memikirkan pelbagai cara untuk bangkit semula.
Katanya, mereka pada mulanya cuba menambah pendapatan dengan cara berniaga makanan dan minuman di luar kedai runcit namun sambutan diterima agak hambar.
Mencari Kelainan
“Sebelum ini ada peniaga jual minuman dalam bekas seperti baldi. Jadi kami cuba buat kelainan dengan jual ais kepal dalam bekas anak itik kuning. Tidak sangka, percubaan ini mendatangkan hasil lumayan.
“Alhamdulillah, selepas ditularkan di media sosial, rezeki kami murah apabila berjaya menjual sehingga 500 set bekas anak itik setiap hari. Bagi memenuhi keperluan ini, 30 kilogram Milo digunakan sehari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
“Disebabkan tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus, kami kini mengambil dua pekerja selain perlu menempah ribuan set bekas anak itik lebih awal di kilangnya yang terletak di Johor Bahru,” katanya.
Ais kepal Milo dalam bekas kecil dijual pada harga RM8 manakala bekas besar RM30.
Selain bekas anak itik, kedai tersebut turut menawarkan ais kepal Milo dalam bekas beruang sebagai pilihan alternatif.
Bercuti di luar negara siapa sahaja yang tidak suka bukan? Apa tidaknya bila bercuti ke luar negara, kita akan dapat melihat budaya, suasana dan persekitaran yang indah dan tersendiri. Semua itu menjadi pengalaman yang berharga dan tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja.
Pun begitu untuk membawa seisi keluarga bercuti ke luar negara, pasti sahaja memerlukan kos yang besar. Umpamanya jika ingin bercuti ke negara Jepun, bukan sedikit kos yang diperlukan untuk beli tiket penerbangan, penginapan, makan, minum dan shopping. Itu belum lagi bila memikirkan nilai mata wang Yen yang jauh lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia. Senang cakap, wang kena mantap!
Tapi tahukah anda semua, bahawa untuk merasai seakan bercuti di Jepun anda sebenarnya tidak perlu terbang jauh bilamana melancong ke negeri Sabah. Pengalaman menarik ini telah dikongsikan oleh Asri Meris Anthony bersama keluarganya yang telah bercuti di Kundasang, Sabah baru-baru ini.
Setiap gambar yang dikongsikan di akaun facebooknya berjaya mencuri tumpuan wargamaya yang turut teruja untuk merasai keseronokan dan keunikan bercuti di lokasi tersebut.
Memandangkan ramai yang tanya kami bercuti dekat mana beberapa hari ni, jadi di sini kami kongsikan lokasi yang kami duduk selama beberapa hari bersama keluarga.
Apa yang paling menarik, homestay yang kami duduk ni betul-betul feel macam kat Jepun.. Tak payah beli tiket mahal-mahal nak ke Jepun, kat Malaysia pun ada juga tempat yang korang boleh rasa seolah-olah tengah bercuti di Jepun.
Homestay Hidden Hill Kundasang ni tak jauh dari Pekan Kundasang.. Kalau tak nak menginap kt sini pun korang still boleh datang untuk sewa baju yukata atau cosplay untuk ambil gambar sekitar homestay ni.
Ini adalah kali kedua kami stay dekat sini dan unit yang menjadi pilihan kami adalah “Azabu Juban”.. Unit ni ada 2 bilik dan satu ruang tamu sekali dengan ruang dapur. View memang sangat-sangat memukau dari setiap sudut especially bila buka tingkap bilik yang betul-betul menghadap Gunung Kinabalu.
Kalau nak book dan tengok availability tarikh yang korang nak stay, boleh terus book kt booking.com. Ada banyak pilihan unit yang ada mengikut budget korang.
Ni view depan reception & cafe.. Seriously betul-betul feel macam dekat Jepun
Depan ni ada seekor beruang comel yang besar yang akan menyambut kehadiran korang.. so wajib kena ambil gambar dekat sini.. Asfiya pun tak nak lepaskan peluang
Ni salah satu unit yang ada dekat sini.. First stay hari tu kami stay dekat unit ni.. So disebabkan best sangat kami repeat kali ke dua ke sini.
Azabu Juban adalah unit kami kali ni.. Seriously memang selesa dan luas.. 3 Tingkat okey.. Bawah sekali bilik tidur, tingkat tengah ruang tamu dan dapur serta balkon dan tingkat atas sekali ada satu lagi bilik. Setiap tingkat ada bilik air.
Ni ruang bilik dekat bawah.. view MasyaAllah tak nak keluar bilik rasa..
Ni bilik kami dekat tingkat paling bawah
Bilik ni pula tingkat paling atas.. Mak dengan bapa duduk bilik ni.. Memang luas, siap ada 3 katil dan sofa.. bilik air dengan bilik mandi pun ada.. View bilik ni paling clear gunung Kinabalu.
Ruang tamu sekali ruang dapur, ruang makan dan ruang bermain anak-anak. Yang paling best boleh duduk di balkoni sambil menghirup udara sejuk. Sepanjang kami di sini suhu turun sehingga 15darjah.. seriously sangat-sangat sejuk.
Part paling best adalah sewa yukata dan cosplay.. Dapatlah feeling jadi orang Jepun sekejap.. boleh bergambar sekitar homestay.. Yang tak menginap dekat sini pun boleh datang untuk sewa untuk ambil gambar..
Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.