Meruntun jiwa tatkala mendengar laungan si anak yang memanggil-manggil ayahnya namun tiada lagi sapaan dari si ayah. Satu perkongsian video kanak-kanak berusia 8 tahun yang berada di sebuah tanah perkuburan mengundang sebak warga maya.
Tatkala sekumpulan petugas kesihatan sedang membawa jenazah ke liang lahad, si anak ini memanggil-manggil ayahnya. Rupa-rupanya jenazah itu adalah ayahnya yang sudah pergi buat selama-lamanya akibat wabak covid-19.
Disebabkan itu, keluarga tidak dibenarkan untuk mengiringi jauh sekali mendekati jenazah sehingga ke tapak perkuburan.
Si anak hanya mempu melambai-lambai dari kejauhan sambil memanggil si ayah. Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang cukup sebak dan mengharapkan si anak tabah dan kuat dengan dugaan tersebut.
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi Amalan & Doa Lembutkan Hati Pasangan & Anak
Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi Amalan & Doa Lembutkan Hati Pasangan & Anak
Semua manusia inginkan bahagia dalam kehidupannya. Untuk itu, tentu ada pelbagai cara untuk memastikan pasangan dan juga anak hidup dengan gembira dalam sebuah keluarga.
Namun ada kalanya berlaku konflik sehingga membuatkan berlaku pergolakkan dalam sebuah keluarga itu. Hakikatnya tentu ada cara untuk melembutkan hati pasangan dan anak.
Sebagaimana perkongsian pendakwah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah yang memberi nasihat bahawa sentiasa doakan mereka dalam setiap solat.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
5 DOA DAN AMALAN UNTUK LEMBUTKAN HATI PASANGA DAN ANAK.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
BAHAGIAKAN ORANG LAIN UNTUK KEKAL BAHAGIA
Nyata, apabila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian.
Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Sumber gambar: FB Ustazah Siti Nor Bahyah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Panduan Solat Terawih Ringkas, Mudahkan Ibu Nak Buat Sendiran Di Rumah!
CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.
Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu… sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:
SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
● Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
sumber : CikPuan Dyana
Punya 2 Anak Perempuan Comel, Nabil Kongsi Cara Anak Tak Cemburu!
Walaupun dikecam hebat oleh netizen gara-gara penyampaiannya yang keterlaluan di dalam Gegar Vaganza 4, namun ayah kepada Naira Mikayla, 5, dan Leyla Medyna, 3, tidak mudah melatah.
Bapa penyayang ini tetap seperti biasa menjalani hari-harinya dengan tenang malah menjadi penghibur utama bagi kedua-dua anak perempuan comelnya di rumah.
Ketika sesi fotografi bersama Keluarga tidak lama dulu, Nabil langsung tidak kekok menyarungkan sendiri pakaian kepada dua anaknya, malah dia jugalah yang sentiasa memujuk kedua-duanya untuk memberikan aksi yang baik.
Tak kurang mengagah anaknya walaupun ketika itu lensa kamera sudah tersedia.
Peka dengan sudah arif dengan perangai kedua-dua anaknya, Nabil punya caranya sendiri dalam mendidik anaknya.
Kata Nabil, “Soal-soal cemburu ni, anak-anak Nabil memang tak ada masalah ni,”katanya berseloroh.
“Saya memang tak pernah bezakan anak-anak saya. Biasanya kalau beli barang atau mainan, saya beli siap-siap dua supaya tak ada yang bergaduh atau cemburu. Apatah lagi makanan, semuanya mesti kena dua.
Cuma sesetengah barang ada juga saya ajar mereka berkongsi bagi tujuan mendidik. Contohnya sejak kecil memang saya jenis tak bazir, baju-baju lama Mika yang masih boleh dipakai digunakan semula oleh adiknya. Kakak pun tak kisah dan sedia berkongsi dengan adiknya.
Kalau bergaduh, saya selalu ajar Mika supaya banyak beralah dengan adik. Berlembut dan jangan kasar dengan adik.
Alhamdulilah kakak boleh menerimanya dan saya memang tak ada masalah soal anak perempuan yang saling cemburu antara satu sama lain. Dua-dua pun sama pada saya.
Gambar: Instagram Nabil Ahmad & Nabilzira