Sebut sahaja nama Irfan Khairi, pasti ramai yang mengenali figura yang cukup terkenal dalam bisnes online.
Malah, beliau juga muncul sebagai seorang jutawan pada usia muda sehinggakan kisahnya memenuhi dada-dada akhbar saban hari.
Tidak seperti figura lain yang terkenal, pasti tempias turut mengenai ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak. Namun berbeza dengan Irfan Khairi. Menerusi perkongsiannya di dalam facebook, bapa kepada empat cahaya mata ini mengakui ahli keluarganya termasuk isteri tidak memiliki media sosial.
Ini isteri saya, Shazrina. Atau lebih dikenali bila saya sebut-sebut dalam content saya sebagai “Kak Shaz”
Satu perkara yang mungkin pelik mengenai isteri saya adalah, Kak Shaz tidak mempunyai media sosial. Tiada di FB, IG, TikTok lagi la takde.
Kahwin dengan orang Internet tapi tiada di Media Sosial.
Tapi bukan hanya Kak Shaz. Anak-anak saya pun tiada di media sosial. Ilham, Kasih, Ikhlas dan Cinta tidak mempunyai akaun media sosial. Mereka jenis yang sangat pemalu. Sebab itu, seperti ibu mereka, memang jarang-jarang akan ada di media sosial saya.
Ayah ada berjuta followers di media sosial tetapi isteri dan anak-anak tak follow pun. Sebab tiada media sosial.
Tetapi di sini juga pesanan untuk para usahawan.
Tak semua orang ada media sosial. Tak semua orang aktif di media sosial.
Jika kita hanya menggunakan IG contohnya untuk berniaga. Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai IG? Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai FB.
Rugi sebenarnya jika anda hanya berniaga di satu atau dua platform media sosial, sedangkan mungkin RAMAI LAGI prospek anda tidak mempunyai media sosial atau tak aktif pun di media sosial.
Sebab itulah, untuk berjaya dalam perniagaan online, usahawan perlu ada laman web. Sesiapa sahaja prospek anda boleh jumpa dan melawat laman web anda. Ruginya kalau tiada laman web.
Satu strategi ini sahaja boleh melipatkali gandakan perniagaan anda dan bawa perniagaan anda ke peringkat global.
Siapa usahawan kat sini yang belum ada laman web? Baik mengaku. Anda yang rugi.
Sumber: Irfan Khairi
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club