Sebut sahaja nama Irfan Khairi, pasti ramai yang mengenali figura yang cukup terkenal dalam bisnes online.
Malah, beliau juga muncul sebagai seorang jutawan pada usia muda sehinggakan kisahnya memenuhi dada-dada akhbar saban hari.
Tidak hairanlah sehingga kini ramai yang menjadikkan beliau idola terutama bagi yang ingin mengorak langkah dalam bisnes atas talian.
Tidak seperti figura lain yang terkenal, pasti tempias turut mengenai ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak. Namun berbeza dengan Irfan Khairi. Menerusi perkongsiannya di dalam facebook, bapa kepada empat cahaya mata ini mengakui ahli keluarganya termasuk isteri tidak memiliki media sosial.
Muncul di media sosial
Ini isteri saya, Shazrina. Atau lebih dikenali bila saya sebut-sebut dalam content saya sebagai “Kak Shaz” Memang jarang-jarang saya kongsikan mengenai Kak Shaz di media sosial. Bagi yang follow saya dah lama mungkin akan perasan sekali atau dua kali je setahun baru la muncul di media sosial. Tu pun rasanya tahun ni belum pernah lagi. Sampai ada yang ingatkan saya ni masih bujang. Dah kahwin 20 tahun dah adik oi. Anak dah 4 orang.
Kahwin dengan orang internet Satu perkara yang mungkin pelik mengenai isteri saya adalah, Kak Shaz tidak mempunyai media sosial. Tiada di FB, IG, TikTok lagi la takde. Kahwin dengan orang Internet tapi tiada di Media Sosial. Tapi bukan hanya Kak Shaz. Anak-anak saya pun tiada di media sosial. Ilham, Kasih, Ikhlas dan Cinta tidak mempunyai akaun media sosial. Mereka jenis yang sangat pemalu. Sebab itu, seperti ibu mereka, memang jarang-jarang akan ada di media sosial saya. Ayah ada berjuta followers di media sosial tetapi isteri dan anak-anak tak follow pun. Sebab tiada media sosial.
Ads
Tak semua aktif media sosial Tetapi di sini juga pesanan untuk para usahawan. Tak semua orang ada media sosial. Tak semua orang aktif di media sosial. Jika kita hanya menggunakan IG contohnya untuk berniaga. Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai IG? Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai FB. Rugi sebenarnya jika anda hanya berniaga di satu atau dua platform media sosial, sedangkan mungkin RAMAI LAGI prospek anda tidak mempunyai media sosial atau tak aktif pun di media sosial.
Perniagaan online Sebab itulah, untuk berjaya dalam perniagaan online, usahawan perlu ada laman web. Sesiapa sahaja prospek anda boleh jumpa dan melawat laman web anda. Ruginya kalau tiada laman web. Satu strategi ini sahaja boleh melipatkali gandakan perniagaan anda dan bawa perniagaan anda ke peringkat global. Siapa usahawan kat sini yang belum ada laman web? Baik mengaku. Anda yang rugi.
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Terbaru, Hanis memberitahu yang dia membuat peraturan yang mana anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu. “Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri,” demikian perkongsiannya menerusi insta stories. Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal. Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen ini lagi, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa. “Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen? Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.
“Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad,” kongsinya lagi.
Bagi segelintir wanita, fibroid dalam rahim mungkin menyebabkan pendarahan faraj pada masa yang lain daripada haid. Sebagai contoh, aliran haid yang banyak untuk tempoh yang lama dan sakit belakang. Ini adalah salah satu simptom yang mungkin memberi petanda anda mengalami ketumbuhan fibroid.
Begitu juga dengan simptom seperti sembelit, sakit di pelvis dan bengkak di bahagian abdomen. Ia boleh berlaku terhadap wanita pada semua peringkat usia yang sudah mencapai akil baligh, tetapi paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 30 hingga 50 tahun.
Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai. Ada yang merasa sakit akibat fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.
Berikut 7 langkah jika mahu elakkan daripada berlakunya ketumbuhan fibroid:
Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.
Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obesiti berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.
Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.
Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.
Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.
Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seronoknya bila dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah kan. Lebih-lebih lagi bila dapat melakukan ibadat ini bersama keluarga.
Kebiasaannya, kita ke sana dengan mengambil pakej yang ditawarkan oleh mana-mana individu mahu pun syarikat.
Berbeza dengan wanita bernama Mona Din yang memilih untuk ke sana sendiri tanpa pakej. Malah, beliau yang merupakan seorang usahawan wanita sudah 12 kali mengerjakan umrah.
Jom baca perkongsian yang beliau muat naik menerusi akaun facebooknya.
Tips Kembara UMRAH Sendiri, Tanpa Pakej.
Sejak dr saya di tanah suci 2 minggu lalu, hingga ke hari ini, masih ramai yg mesej saya, minta panduan cara2 mngerjakan umrah sendiri2, tanpa mngikut mana2 agensi.
Alhamdulillah, rezeki dan pjlnn yg di atur baik Allah kpd saya, umrah terbaru ni mungkin masuk tahun ke 7, dan mungkin umrah saya yg ke 12 kot, yg saya & mr hubby pergi sendiri2…
So sbb ramai yg btanya, maka saya pun nak mjwb soalan2 anda, sekadar bkongsi sedikit experience yg saya ada, insyaAllah, moga berupaya mberi kbaikan kpd yg bersesuaian.
( Info ni saya tulis kpd yg mmerlukn, dan bersesuaian unt pergi sendiri. Kpd yg x sesuai, sila abaikn je. Hrp kali ni jgn ada yg mberi komen negatif, mnakut2 org dan saya, seolah2 pergi sendiri tu salah & bahaya, spt yg tjadi kpd posting saya sebelum ni, hingga akhirnya saya malas nak layan sorang dua yg mcm tu, so saya delete je info ttg berumrah diy, yg pernah saya upload sebelum ni..)
Siapa Yang Sesuai Pergi Umrah DIY ?
✏️Umrah DIY ni lebih sesuai kpd yg telah pernah buat umrah bberapa kali, yg x perlu lagi bimbingan mutawif, serta agak familiar dgn psekitaran dan procedure airport, hotel & masjid, di mekah & madinah.
✏️ Umrah DIY ni lebih sesuai kpd mereka yg nak pergi ikut tempoh masa sendiri, selalunya yg nak pi sekejab je, dan tak dpt nak blama2 di tanah suci, dan x blh ikut pakej yg ada jumlah masa mereka yg tlh di tetapkn.
✏️ Umrah DIY ni lebih sesuai kpd mereka yg hanya nak pi buat umrah sahaja, then nak bersolat sepenuh masa di masjid nabawi & masjidilharam, tanpa bkisah nak ikut lawatan2 spt ke kebun kurna dll tempat lagi, sbb dulu dah pun pernah pergi.
✏️ Umrah DIY ni lebih sesuai kpd yg nak nak privacy, tak nak dok pening kepala dgn pelbagai karenah jemaah2 lain, yg selalu blaku bila join umrah group ramai2..
✏️ Umrah DIY ni lebih sesuai kpd org yg adventurous & selalu travel, selalu uruskn hal2 bkenaan traveling sendiri2, suka independent, blh btenang dgn cabaran yg x terduga, sanggup bsusah pyh, dan tak mudah stress unt mcari jln keluar…
✏️Umrah DIY ni lebih sesuai unt mereka yg nak save budget, sbb kita blh tentukn sendiri masa & harga terbaik yg di offer, dan adjust ikut kemahuan dan kesesuaian diri kita.
Persediaan Sebelum Pergi ;
✅ Cari Travel Agensi yg berdaftar secara sah mnjlnkn bisnez haji & umrah, yg MAHU MEMBUAT VISA umrah untuk anda.
> visa unt umrah hanya boleh dibuat oleh travel agensi yg berdaftar saja.
> cari agensi2 yg anda ada hubungan baik, mungkin owner dia rakan baik, atau saudara mara yg mungkin mahu tolong anda mbuat visa.
> byk agensi x nak ambil risiko buatkn visa umrah klu they dont really know us, sbb klu kita langgar peraturan atau buat salah, contohnya duduk di tanah suci mlebihi tempoh masa ( ada jemaah yg suka prolong their stay, tunggu nak buat haji terus, atau tinggal bkerja sbg pdtg haram), maka agensi mereka yg akn di kenakn tindakan, atau black list oleh kerajaan saudi.
>selalu agensi besar2 yg famous memang jarang nak buat, sbb they dont have time to attend to individual request for visa umrah secara diy.
> so sehinggalah anda dpt cari agensi yg mahu buatkn anda visa umrah, then baru step2 yg lain mnyusul kemudian.
> jika dah dpt agensi nak buat umrah, bagi masa dlm sebulan at least unt pergi, bagi cukup masa unt mnguruskn segala2nya, sebelum anda btolak ke umrah.
✅ Beli tiket flight.
> terbaik jika anda boleh terus masuk ke madinah dulu, sbb imegresen airport madinah lebih komersialize, lebih mudah, lebih professional.
> saya selalu tetapkn tarikh, then google cari tiket yg paling murah dr kl- madinah.
> selalu saya cuba ambil direct flight, so x pyh pening & penat transit.
> tapi klu tiket direct flight mahal sgt, saya selalu ambil Saudi Air ; kl-jeddah-madinah OR Qatar Air : kl-doha-madinah.
> klu yg nak merasa naik business class, inilah masanya, sbb selalui flight ke jeddah / madinah, tiket business class murah, around rm4k-rm5k je pergi balik, sbb selalunya flight penuh di kelas ekonomi, di tempah oleh pakej2 umrah yg bawa beratus2 jemaah, dan depa selalu x ambil business class, so business class kerap kosong, maka harga biz class x mahal…
> saya bila pergi saya terus ke madinah, tapi bila balik saya balik dr jeddah, sbb lebih dekat dgn mekah. So pergi kl- madinah, balik jeddah-kl.
✅ lepas dah beli tiket, google pula cari hotel.
> selalu saya tempah hotel tru agoda or booking.
> just key-in tarikh dan jumlah mlm yg kita nak duduk di madinah dan mekah, dan cari hotel yg paling dekat dgn masjid, tapi paling murah…
> di madinah selalu x de masalah, sbb mostly semua hotel2 mngelilingi masjid nabawi, so pilih je yg mana kita suka…saya selalu duduk either Movernpick, Hilton or Al Taiba.
> selalu klu musim biasa ( bukn bulan ramadhan), harga hotel sekitar rm400-600 semlm. Tapi klu bulan puasa, mostly akn berharga sekitar 1 ribu, unless kita tempah few months lebih awal !
> di mekah, saya selalu cari hotel yg paling murah juga, mana2 hotel pun ok di dlm bangunan Al Safwa atau pun bangunan Zam2.
> reason sbb dua2 building ni ada byk pilihan hotel, juga byk food court unt beli mknn, dan yg paling penting, dekat dgn pintu masuk masjidilharam.
> selalu hotel di mekah akn mahal sikit dr madinah, sekitar rm500-700 semlm.
> selalu bila book hotel, saya akn ambil termasuk sarapan pagi je. Unt lunch & dinner, saya & mr hubby selalu mkn sendiri, beli satu bungkus nasi briani / mandy share 2 org je ..
( tips : lepas subuh balik bilik tidur. Then bangun sekitar jam 9.30 pagi. Mandi & bersiap, then pi bfast buffet at 10am. Mkn puas2 sampai kenyang kira as lunch sekali. Then terus pi masjid tunggu zohor. Klu rajin terus di masjid sampai asar.
Lepas asar, otw balik bilik, singgah tapau nasi, then kongsi dgn suami, kira tu as dinner la. Then lepas mkn pi masjid for magrib dan isya terus.
Lepas isya’, beli satu burger je share mkn 2 org.
So secara kseluruhan, kos mkn sgt x byk. Bukn saja jimat, tapi kita mkn se adanya saja, sbb nak fokus unt beribadat dan berada lama di dlm masjid !
✅ then pi buat injection, vaksin, yg di perlukn unt yg nak ke tanah suci.
✅ bila semua dokumen tiket flight, hotel & injection dah ada, then pergi ke travel agensi yg nak buatkn anda visa, serahkn semua dokumen tsebut termasuk pasport, unt urusan mereka mmohon visa.
> masa ni, anda x blg travel overseas mana2 tau, sbb pasport anda x de, tlh di hntr ke kedutaan saudi unt application visa.
> proses mmohon visa dlm 2-3 hari je, tapi always allocate 2 weeks, in case kedutaan lambat proses, esp during peak time.
> saya rasa harga for satu visa sekitar 100-200 kot, tapi selalunya saya byr agensi yg buatkn visa saya sekitar rm300-350. Yg lebih tu kira upah unt mereka la..
> bila dpt visa dan passport semula nanti, jgn lupa minta dr agensi tersebut contact no dan nama mutawif mereka yg ada di mekah & madinah, dan mohon agensi tersebut maklumkn mutawif mereka ttg anda, mana tahu ada emergency dan keperluan, anda akn hubungi unt khidmat mereka, dan akn mbyr untuk kerja mereka jika perlu.
( tapi so far many2 times saya dok pi umrah diy, saya x perlu pun call mereka, sbb semuanya smooth dan di permudahkn Allah, Alhamdulillah).
> so sbb kita dah allocate time kuranglebih 1 bulan unt pergi, maka sempat la sementara tunggu visa, or bila dah dpt visa pun, unt anda buat psediaan mhafal doa, mperkasakn solat dll, sebelum anda btolak ke umrah.
Musafir Umrah Bermula : Perjalanan Ke Madinah
✅pergi check in sendiri2 di klia. Bial masuk flight dan tidurlah sambil bwirid sepanjg pnerbangan.
✅ klu flight pergi jeddah dulu, turun flight, pergi ambil beg, then naik one floor up, check-in unt flight to madinah, duduk dan tunggu flight di bilik mnunggu dgn tenang.
Selalu procedure imegresen di madinah mudah, mcm airport antarabangsa yg lain juga, tidak seperti di jeddah yg sering lama dgn pelbagai masalah.
InsyaAllah, proses di madinah simple & smooth je, dgn staff yg profesional, spt yg sepatutnya.
✅Bila sampai airport madinah, turun flight, ambil beg dan keluar ( klu flight dr jeddah, x ada pmeriksaan kastam, terus keluar je).
> sebaik sampai pintu keluar, akn ramai teksi sapu yg akn approach kita. Kita decide la sendiri how nak bnegotiate dgn mereka..
Selalu mereka buka harga dgn 100 riyal.. the cheapest saya pernah dpt ialah 40 riyal. Tapi selalunya antara 60-80 riyal.
Anda blh bbincg in english, sbb basic english esp ttg sebutan harga, mereka faham.
> tapi saya jarang ambil teksi sapu. Saya suka ambil yg bertauliah, iaitu teksi PRIMA. Wlu harga mahal sikit, 90 riyal for car, 150 for mpv/gmc, tapi saya rasa lebih secure..
> teksi Prima ni bderet mnunggu di lane ke dua depan pintu masuk airport. Anda blh nampak barisan teksi mereka, beratur dgn driver di dlm, mcm limousine.
> anda masuk je teksi, bagi nama hotel, mereka akn terus bawa anda ke hotel, tanpa byk bicara.
✅bila sampai hotel, check-in, selalu 5 minit je, naik bilik, mandi dan pi masjid nabawi, bagi salam to Rasululllah & bsolat apa yg patut.
Then di madinah, jgn lupa pi raudhah. For ladies, blh baca tips saya how to solat comfortably dlm raudhah dr posting saya 2 minggu lepas masa di madinah.
Jgn lupa klu boleh pakai jubah hitam, btudung hitam, mcm arabs, so anda tidak terjebak dlm paksaan petugas unt masuk group indo msia, dan kena tunggu sehingga ke kumpulan terakhir.
Juga, cuba pergi sorang2, dan bila dah lepas solat di saf hijau taman syurga, pi duduk belakang di saf merah diam2 sambil baca quran.
Tunggu hingga waktu2 terakhir raudhah nak di tutup, masa tu raudhah dah kosong, minta izin petuga bsolat di ruang depan, insyaAllah anda akn diizinkn, dan dpt solat dgn tenang bsama2 ptuga, dgn khusyuk.
So mesti rajin spend time unt blama2 dlm masjid & kwsan raudhah. Duduk diam2 dgn sopan baca Quran, kita tak kacau org, insyaAllah org pun x kacau kita..
PERJALANAN KE MEKAH :
✅ semasa di Madinah, pergi ke counter concierge hotel anda mnginap, buat tempahan kereta unt ke mekah.
> selalu semua hotel ada their limo, or their contracted outside teksi unt ke mekah.
> mereka akn ada senarai jenis teksi, nombor pendaftaran teksi & gambar driver teksi tersebut.
> pilih mana yg bersesuaian dgn anda. Klu kereta biasa harga selalu dr rm350-600. Klu mpv or gmc, around rm800-1000.
> bila dah pilih, ambil gambar kereta, no pdaftaran & gambar driver siap2. Hantar semua info tu kpd waris anda, for emergency purposes.
> tetapkn masa unt btolak. Selalu pjlnn madinah- mekah akn ambil masa sekitar 4 jam. Perlu pastikn jgn sampai area masjidilharam ketika waktu solat, esp magrib & isya, sebab semua jalan di tutup, dan teksi anda x dpt masuk ke hotel, sesetengahnya mungkin akn tinggalkn anda di tepi jln yg tdekat unt ke hotel, dan anda kena bjln serta angkat beg sendiri !!!
> bagi mngelakkan itu, saya selalu mula bgerak ke mekah around 5pm, lepas solat asar.
> sebelum btolak, bsiap sedia dlm pakaian ihram unt berumrah.
Taksi akn terus bawa kita unt bermiqat di Bir Ali ( klu x salah la nama masjid tu..), dan kita akn berada dlm ihram sepanjg pjlnn ke mekah.
Selalunya driver taksi akn sama2 mngajak kita ber tahmid labbaikalla himmalabbaik..sepanjang pjlnn.
> taksi akn stop solat magrib & isya di r&r, sambil kita mkn mlm.
Then akn sambung pjlnn, dan insyaAllah kita akn selamat sampai ke hotel selepas solat insya, sekitar jam 9 mlm.
> Teksi akn hntr kita terus ke hotel. So angkat beg, check in, dan terus naik ke bilik.
Selesai mandi dan rehat dlm setengah jam, saya dan mr hubby akn terus memasuki Al Haram, for tawaf, saie dan tahallul, mngerjakan umrah…
Selalu dlm 1 pagi, umrah selesai….
Di MEKAH :
✅ sbb kita buat umrah diy, maka kita tak ada any group, dan juga x de byk kawan.
Maka gunakan kesempatan bersendirian / atau bdua sebegini unt mnumpukn ibadah di masjidil haram selama yg mungkin.
Sebab hotel anda bdekatan, belajarlah unt pergi sorang2, dan pulang dr masjid bila2 masa yg di ingini.
Tidak perlu terikat dgn janji unt tunggu suami / isteri sini dan sana, klu nak jumpa, jumpa di bilik terus, senang.
Make ourself free unt beribadah, tak payah asyik btunggu2, sapa siap dulu pergi dulu, so cara ni blh elakkn pselisihan faham, sbb kdg2 org ramai, dan sgt penat tertunggu2 serta tcari2 pasangan anda.
Juga ikhtiarkn agar setiap kali solat, anda dpt solat di hadapan & nampak kaabah, supaya masa2 anda di sana, terisi dgn sempurna di sisi kaabah yg mulia.
Saya lihat ramai jemaah dr msia, esp wanita, suka mlebihkn comfort, nak solat di kwsan aircond & bcarpet saja, dan x berapa kisah wlu x nampak kaabah…,
Memang pahala bsolat dlm masjidilharam sama saja wlu di mana ceruk pun, tapi alangkah sayangnya, jika sesekali anda dpt chance pi tanah suci, anda tidak cuba unt mlihat kaabah sepenuh masa, sbb mmandang kaabah pun dah dpt pahala….
Masa terbaik, selepas solat subuh, bgeraklah ke depan kaabah.
Duduk di dataran kaabah, tataplah mlm yg pergi dan siang yg dtg di depan kaabah, baca quran, berwirid, atau bsolat sunat taubat, hajat dll, sehingga masuk waktu dhuha, anda akn merasa nikmatnya, MasyaAllah, syahdu sekali….
Di mekah, aturcara saya mcm di madinah juga.
> Saya selalu bgn jam 3 am. At 3.30 am selalu dah masuk masjid, bsolat tahajjud, taubat, hajat dan bdoa unt rakan2 smntara mnunggu masuk subuh.
Lepas solat subuh, akan berada di depan kaabah hingga masuk dhula 7.30 pagi, then balik bilik, tidur.
Then bangun sekitar jam 9.30 pagi. Then mandi bersiap, then pi bfast buffet at 10am. Mkn puas2 sampai kenyang kira as lunch sekali. Then terus pi masjid tunggu zohor, sampai asar.
Lepas asar, balik bilik. Mr hubby selalu singgah tapau nasi, then kongsi mkn bdua, kira tu as dinner.
Then lepas mkn pi masjid for magrib dan isya terus…
PERJALANAN PULANG KE TANAH AIR
Masa di mekah, sama juga, saya akan book transport dr concierge hotel, unt hntr kami berdua ke airport.
Selalu kami ambil kereta biasa, harga dlm rm300.
Di airport, kami beli 2 kotak air zam2, yg dah di standardize oleh saudi satu jemaah satu kotak, unt di bawa balik. Rasanya kos se kotak / se botol besar 19 riyal je. ( sorry pbtulan, 9 riyal je, bukn 19).
Dan selalu, our flight ialah direct flight jeddah-kl, insyaAllah.
Rasanya itu saja kot info on umrah diy.
Selalu trip umrah saya tak lama, less than 10 days. Selalu, 3 mlm di madinah & 4 mlm di mekah je..
InsyaAllah, selama dah hampir 7 thn saya dan mr hubby dok pi sendiri, dah lebih 12 kali kot, dgn cara yg sama, semuanya ok saja…
Klu niat kita baik, hanya kerana Allah Taala, mnerima panggilan Allah dgn rendah diri dan penuh syukur, insyaAllah apa jua ujian yg dtg, kita pasti boleh tempuhi dgn sabar, dgn senang hati, krn apa pun yg blaku, kita tahu, hanya Allah penyelamat kita, tidak ada yg lain, tidak wlu pakej umrah yg paling mahal sekali pun…
Maka jika anda sudah bsedia unt mcuba umrah secara sendiri2, carilah agensi yg blh tolong buatkn visa, dan the rest, insyaAllah, akn bjln lancar tanpa sbrg masalah.
Dan pesan saya, di setiap langkah anda, wlu ke mana saja, mulakan dgn kaki kanan, dan jgn lupa selitkn doa la ila hailla anta, subha nakainni kuntuminazzalimiiin…
Baca doa itu, setiap masa. Dan insyaAllah, anda akn selalu dpt mlihat, dan merasa, ajaibnya kuasa Allah Taala, di tanah haram yg mulia.
Selamat bjuang unt mnunaikn umrah semua. Semoga setiap kita di rahmati Allah mendapat rezeki & panggilanNya….amiin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.