“Awie Copy Ori”-Pekerja Nepal Dah Macam Kembar Dengan Datuk Awie, Tarik Perhatian!

Share

Kita selalu dengar orang kata di dalam dunia ini akan ada 7 orang muka yang  sama dengan kita, pelanduk 2 serupa lah katakan. Namun sejauh mana kebenarannya itu terpulang kepada individu itu sendiri untuk mempercayai atau sebaliknya.

Pun begitu, baru-baru ini tular ada seorang lelaki yang mempunyai wajah saling tak tumpah seperti penyanyi rock tanah air, Datuk Awie apabila dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Ariff Hanafi.

@ariff.hanafi dato’ awie Nepal version #iris #datoawiewings #masukberandafyp #fypシ#fyp #fy ♬ Iris – Awie

Video yang dikongsikan itu, dapat dilihat seorang lelaki yang difahamkan warganegara Nepal sedang membuat bekerja di salah sebuah kilang.

Sementara perakam tersebut turut menggunakan latar lagu Iris nyanyian Datuk Awie, menjadikan dengan sendirinya kita dapat beranggapan seakan benar did alam video tersebut adalah Datuk Awie walhal ia adalah insan lain.

Lagi-lagi saat melihat dari sisi wajahnya, memang serupa! Itu belum lagi bila diperhati cara senyumannya yang menawan. Memang tak tumpah macam Datuk Awie ketika muda-muda dahulu. Sungguh boleh buat ramai ‘tertipu’ jika dilihat sekali imbas.

Meninjau diruangan komen, netizen teruja melihat persamaan ‘kembar’ lain negara ini. Malah ada yang berseloroh mengatakan mereka keliru untuk membezakan mana satu Datuk Awie dek kerana terlalu mirip wajah kedua-duanya.

Sumber : TikTok Arif Hanafi

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!