
Kita selalu dengar orang kata di dalam dunia ini akan ada 7 orang muka yang sama dengan kita, pelanduk 2 serupa lah katakan. Namun sejauh mana kebenarannya itu terpulang kepada individu itu sendiri untuk mempercayai atau sebaliknya.
Pun begitu, baru-baru ini tular ada seorang lelaki yang mempunyai wajah saling tak tumpah seperti penyanyi rock tanah air, Datuk Awie apabila dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Ariff Hanafi.
Watch on TikTok
Video yang dikongsikan itu, dapat dilihat seorang lelaki yang difahamkan warganegara Nepal sedang membuat bekerja di salah sebuah kilang.
Sementara perakam tersebut turut menggunakan latar lagu Iris nyanyian Datuk Awie, menjadikan dengan sendirinya kita dapat beranggapan seakan benar did alam video tersebut adalah Datuk Awie walhal ia adalah insan lain.
Lagi-lagi saat melihat dari sisi wajahnya, memang serupa! Itu belum lagi bila diperhati cara senyumannya yang menawan. Memang tak tumpah macam Datuk Awie ketika muda-muda dahulu. Sungguh boleh buat ramai ‘tertipu’ jika dilihat sekali imbas.
Meninjau diruangan komen, netizen teruja melihat persamaan ‘kembar’ lain negara ini. Malah ada yang berseloroh mengatakan mereka keliru untuk membezakan mana satu Datuk Awie dek kerana terlalu mirip wajah kedua-duanya.
Sumber : TikTok Arif Hanafi
ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bandingkan Diri Kita Dulu Dengan Yang Sekarang, Itu Lebih Bermakna!

Mengukur kejayaan dan kemampuan diri bukannya boleh ditentukan dengan membandingkan pencapaian orang lain dengan apa yang telah kita capai. Bahkan definisi kejayaan juga pasti berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain.
Menurut Ustaz Khairul Anuar Basri jangan banding diri kita dengan orang lain. Kerana latar belakang, keupayaan dan ujian seseorang itu tidak sama. Bahkan menurutnya, adalah lebih baik seseorang itu bandingkan dirinya sekarang dengan dirinya yang sebelum ini.
Di sini dikongsikan untuk renungan kita bersama.
Jangan banding diri kita dengan orang lain. Kerana latar belakang, keupayaan dan ujian seseorang itu tidak sama.
Bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang sebelum ini. Kerana diri kita dari dulu sampai sekarang adalah batang tubuh yang sama.
Beruntunglah kita kalau hidup kita sekarang lebih baik dari hidup kita sebelum ini. Itu pun sudah dikira sebagai sebuah kejayaan.
Kalau dulu kita kurang berilmu, sekarang sudah bertambah ilmunya.
Kalau dulu kita kurang beradab, sekarang sudah bertambah adabnya.
Kalau dulu kita kurang beramal, sekarang sudah bertambah amalnya.
Kalau dulu kita kurang berharta, sekarang sudah bertambah hartanya.
Kalau dulu kita kurang bersabar, sekarang sudah bertambah sabarnya.
Kalau dulu kita kurang bersedekah, sekarang sudah bertambah sedekahnya.
Kalau dulu kita kurang berzakat, sekarang sudah bertambah zakatnya.
Kalau dulu kita kurang baca Al-Quran, sekarang sudah bertambah baca Qurannya.
Kalau dulu kita kurang berpuasa sunat, sekarang sudah bertambah puasa sunatnya.
Kalau dulu kita kurang bangun malam, sekarang sudah bertambah bangun malamnya.
Kalau dulu kita selalu solat lambat-lambat, sekarang sudah solat di awal waktu.
Kalau dulu kita tutup aurat tak cukup syarat, sekarang sudah bertambah baik dan sempurna menjaga auratnya.
Kalau dulu kita banyak berhutang, sekarang sudah banyak hutang yang telah langsai dan selesai.
Begitulah seterusnya. Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. Itu tidak memberi makna apa-apa pun. Silap haribulan, hidup kita akan jadi lebih stress.
Tetapi bandingkan diri kita sendiri pada masa dahulu dengan masa sekarang. Kerana dari situ akan lahir keazaman untuk berusaha lebih gigih mencapai impian.
Selamat pagi dunia.
Dunia ini sama saja dari dulu sampai sekarang. Yang menjadikan dunia itu berlainan ialah kita sebagai penghuninya.
Ubahlah diri kita, nescaya dunia pun akan turut berubah.
Sumber : Khairul Anuar Basri
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil, Ramai Wanita Tak Ambil Kisah, Dengar Apa Kata Doktor Ini!

Selepas disahkan mengandung, kebanyakkan wanita sentiasa memperkatakan mengenai ketakutan untuk melalui proses bersalin. Tak ramai yang membincangkan mengenai proses kehamilan yang membimbangkan.
Sedangkan mereka terpaksa melaluinya pada tempoh waktu yang lama iaitu selama sembilan bulan. Bukankah ini lebih merisaukan?
Menurut Doktor Norintan Zainal Shah daripada Hospital Colombia Asia, dianggarkan lebih 8 peratus wanita hamil mengalami masalah penyakit darah tinggi ketika bersalin. Dan lebih bertambah buruk lagi, jika tekanan darah tidak dikawal, boleh menyebabkan masalah sawan.
Sawan inilah yang kita namakan sebagai eklampsia. Wanita yang mengandungkan anak pertama lebih berisiko untuk mengalaminya.
“Tak ramai wanita hamil terfikir untuk berbincang mengenai masalah darah tinggi ketika mereka hamil sedangkan hakikatnya mereka sangat cenderung untuk mengalami masalah ini. Lebih buruk lagi masalah yang dianggap biasa ini boleh mengundang risiko paling berbahaya, hingga menggadaikan nyawa.
“Eklampsia merupakan masalah yang sangat serius. Ia berlaku selepas usia kehamilan mencecah 20 minggu. Sawan yang dinamakan sebagai eklampsia ini merupakan kekejangan otot diluar kawalan dan tanpa disedari oleh pesakit. Sawan yang dikenali sebagai ‘kejang tonik-klonik’ ini, jika tidak dikawal dengan segera, pesakit boleh berisiko untuk mengalami koma.
Sebelum berlakunya eklampsia, pesakit selalunya mengalami pre eklampsia. Pre-eklampsia adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang wanita hamil didapati meningkat dengan tinggi dan air kencingnya juga mengandungi protein.
Kedua-dua masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana wanita hamil yang mengalami masalah ini perlu dirujuk sesegera mungkin ke hospital, bagi menstabilkan tekanan darahnya. Apabila pesakit menjadi stabil, doktor kemudiannya akan berbincang untuk melakukan proses melahirkan bayi pesakit pre – eklampsia ini walaupun bayi belum mencapai tempoh matang.”
Menurut Doktor Norintan, wanita yang menghidap penyakit darah tinggi sebelum hamil dinasihatkan untuk menstabilkan tekanan darah mereka terlebih dahulu dengan kawalan ubat dan pemakanan yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk hamil.
Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sebelum hamil lebih berisiko untuk mengalami pre eklampsia dan eklampsia.
Faktor-Faktor Eklampsia
Bagi wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sewaktu hamil ( usia kehamilan 20 miggu ke atas) tetapi ujian air kencing adalah normal ( tanpa kehadiran protin), golongan ini lebih dikenali sebagai ‘pregnancy induced hypertension’ atau ringkasnya PIH.
Pesakit PIH selalunya boleh mengawal tekanan darah tinggi dengan memakan ubat dan boleh menunggu hingga bayi matang sebelum bayi tersebut dilahirkan.
Faktor-faktor terjadinya PIH, pre-eklampsia dan juga eklampsia dilihat masih samar dan masih belum diketahui punca sepenuhnya terjadi masalah ini. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tekanan darah akan mula menurun dan kembali ke tahap normal.
Daripada sinilah timbulnya teori bahawa bayi dan uri di dalam pesakit PIH dan pre eklampsia menghasilkan bahan toksin yang mencetus kenaikan tekanan darah tinggi. Setelah kelahiran bayi dan uri, serta keluarnya bahan toksin, tekanan darah secara automatik akan kembali stabil.

“Tanda-tanda para ibu hamil yang mengalami pre-eklampsia ini di antaranya adalah kenaikan tekanan darah, berat badan naik mendadak, pengeluaran protein dalam air kencing, bengkak di kaki dan wajah, gangguan atau penglihatan sedikit kabur, pandangan silau dan juga masalah sakit kepala seperti pening, mual, muntah dan juga sakit ulu hati.
Kebiasaannya gejala dan tanda ini muncul pada kehamilan trimester kedua. Jika mengalami masalah ini, wanita hamil dinasihatkan untuk segera ke klinik dan mendapatkan bacaan tekanan darah atau terus merujuk masalah ini kepada hospital.”
Kesan Eklampsia
- Menjadi koma atau maut akibat pendarahan dalam otak.
- Setelah sedar dari koma, berkemungkinan buta atau lemah anggota seperti pesakit angin ahmar.
- Bayi dalam kandungan menjadi kecil dari segi perkembangannnya.
- Berlaku pendarahan dalam uri (Abruptio placenta)
- Bayi terpaksa dilahirkan pra-matang bagi menyelamatkan nyawa ibu.
Ibu hamil dinasihatkan sentiasa mengambil ubat-ubatan pada kadar yang disyorkan dan teratur seperti yang disyorkan oleh doktor untuk mengawal tekanan darah ini. Walaupun setelah melahirkan anak, bacaan tekanan darah juga hendaklah sentiasa dipantau kerana eklampsia masih boleh berlaku di dalam tempoh berpantang.
Bila Kejar Akhirat, Rezeki Pun Mencurah! Viral Kisah Pemandu E- Hailing Sanggup Berhenti Kerja Demi Solat.

Semua orang mahu dilimpahkan rezeki. Tidak ada seorang manusia yang hidup di dunia ini Allah tinggalkan dia tanpa rezeki. Setiap manusia sudah ditetapkan rezeki untuknya.
Namun hidup tidak bahagia apabila amalan ibadat tidak sempurna. Begitulah yang diceritakan oleh seorang doktor yang bertemu dengan pemandu E- Hailing yang sanggup berhenti kerja asalkan dapat solat berjemaah.

“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”