Awasi anak panjat balkoni kalau anda jenis tinggal di rumah bertingkat seperti kondominium, pangsapuri atau flat. Kes melibatkan anak kecil terjatuh dari tingkat tinggi kediaman sehingga menemui maut kerap sangat kita dengari.
Ngeri, pilu dan kesal apabila terbaca kes kematian melibatkan kanak-kanak terjatuh dari tingkat rumah mereka. Kita sedia maklum kebanyakan bangunan rumah pangsapuri atau kondominum akan mempunyai balkoni di luar rumah.
Situasi anak kecil berkemungkinan keluar bermain dan memanjat di luar balkoni rumah pasti akan berlaku bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat. Selain daripada itu keinginan si kecil untuk menjenguk ke bawah dari tingkap rumah juga meningkatkan risiko mereka boleh terjatuh.
Oleh itu pastikan anda mengambil kira tip berikut bagi memastikan keselamatan anak-anak kecil terjamin.
1.Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Sekiranya kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2.Jaga jarak antara palang pagar balkoni
Ads
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3.Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Ads
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
4.Utamakan aspek keselamatan di bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
Hanya boleh dibuka daripada atas
Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap
5. Tetapkan peraturan asas
Ads
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa.
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang mencabar didik anak. Ia termasuk kecemerlangan akademik.
Namun terlalu memberi penekanan kepada akademik pada usia yang terlalu awal pada anak akan memberi kesan kepada perkembangannya. Nak tahu lanjut ikuti nasihat coach parenting ini, Mohd Fhais Salim.
BIAR PUAS BUAT AKTIVITI MAIN DULU
Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca.
4 tahun dah kena kenal huruf & nombor.
Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.
Bagi saya itu semua kurang penting!
Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi & fizikal anak. Itu jauh lebih penting.
Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.
– Tak pandai berkawan
– Tak pandai komunikasi
– Tak pandai main sama-sama
– Tak pandai minta izin
– Tak pandai maafkan orang
– Tak pandai sabar
Sebab tu la masa anak 1 – 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.
Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain & bergerak aktif.
Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia & menyihatkan badan dia.
Serius!
Tak ada istilah lambat belajar akademik.
Jika otak cerdas, emosi stabil & fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.
Sejak akhir-akhir ini kita lihat ramai rakan artis berkunjung ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Umumnya sebelum berangkat dikongsikan kepada peminat dan warganet akan keberadaan mereka untuk ke kota Mekah dan Madinah.
Pun begitu, dalam diam seorang lagi artis kesayangan ramai kini berada di sana. Meskipun tidak diwar-warkan di media sosial namun dapat di’hidu’ wargamaya dan sekali gus mencuri tumpuan.
Pelakon tersebut adalah Emma Maembong. Diam-diam buat umrah dan kini sudah berada di Tanah Suci bersama suami dan anaknya.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zairachematt, dipaparkan pelakon tersebut yang sedang mendukung anaknya di Madinah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa senang hati dengan sikap rendah diri Emma yang tidak menghebohkan kepada orang ramai bahawa dirinya akan menunaikan ibadah umrah.
“Bagus cara Emma, tak perlu heboh pun.. tau-tau dah sampai sana.
“Patutlah dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu, senyap-senyap je dia pergi umrah, humble betul.
“Emma pergi senyap-senyap,” antara komen warganet
Pun begitu, tidak kurang juga ada segelintir wargenet yang menyatakan rindu untuk melihat Emma mengenakan hijab semula selepas melihat video tersebut dan memujinya cantik mengenakan jubah dan bertudung.
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.