Ramai orang menyifatkan cemburu itu merupakan tanda sayang, namun jika semua perilaku pasangan diperhatikan dan pasangan rasa dikongkong, adakah ianya masih boleh disebut sebagai sayang?
Sikap terlalu cemburu bukan sahaja dikaitkan dengan rasa tidak selamat dan takut, malah boleh membuatkan pasangan berasa kurang senang serta berasa tertekan memikirkan dirinya sentiasa dikawal ketat dan tidak bebas bergerak.
Jika seseorang itu mempunyai pasangan yang terlalu cemburu, berkemungkinan peluang keluar bersama rakan selepas waktu pejabat atau sekadar bertemu rakan lama pasti akan menimbulkan masalah besar buat individu tersebut.
Berkemungkinan juga pasangan akan mengekori untuk memastikan apakah anda benar – benar bertemu rakan lama. Tidak mustahil juga dia akan muncul di depan pasangannya dan menyuruh untuk pulang.
Seperti pasangan artis tanah air, Faezah Elai dan Heykal Hanifah juga mempunyai waktu tertentu di mana timbul perasaan cemburu terhadap satu sama lain. Tetapi bagi pasangan ini, soal cemburu bukanlah menjadi satu masalah kerana mereka beranggapan sifat cemburu tersebut itu normal dan mengganggap itu sebagai rasa cinta dan sayang antara satu sama lain.
“He is so ok with this video cause he prefer the entire world to know. Dia punya terkejut tu sambil riang ria dlm hati. He himself posted this video on his IG.
“So, stop with this “tk baik bukak aib”. Jealousy between husband and wife is normal!
Yg tk normal klu husband cemburu ngan janda rumah sebelah. Haaa tu baru aib.
Happy Father’s Day to all Fathers in the world.” Kata Faezah Elai melalui video posting keterangannya di Instagram.
Tambah beliau, apabila suaminya tiada di rumah, beliau tidak akan keluar rumah dengan penampilan yang cantik dan keluar lepak bersama rakan – rakan. Faezah Elai hanya akan keluar untuk menghantar anak ke sekolah dan membeli barang runcit sahaja kerana beliau tahu suaminya, Heykal Hanifah mempunyai sifat cemburu.
Sifat cemburu perlulah dikawal, jangan sampai sifat terlalu cemburu itu memusnahkan rumah tangga yang telah dibina bertahun lamanya. Setiap pasangan juga haruslah bijak mencari solusi agar pasangan tidak berasa cemburu antara satu smaa lain.
Sumber: Instagram Faezah Elai
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club