Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetis yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda.
Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum ini dia telah berjumpa seorang doctor di pusat kesihatan, dan diberikan antibiotic dan ‘pelawas kencing’ kerana disyaki mengalami masalah ‘kencing kotor’.
Doktor tidak mengesyaki pesakit mungkin mengalami diabetes sebab tubuhnya tidak obes dan umurnya masih muda. Pesakit pula takut melakukan pemeriksaan darah. Pada masa itu, pesakit baru saja ke bilik air, jadi tiada sampel air kencing yang dapat dihantar untuk pemeriksaan.
Setelah beberapa hari, beliau datang berjumpa bersama ibunya. Saya memujuk beliau untuk membuat pemeriksaan darah. Memang agak sukar. Rasa takut, menjerit dan terpaksa dipegang oleh ibu dan staf klnik yang bertugas. Akhirnya dapat bacaan gula dalam darah.
Ternyata bacaan gula secara rawak adalah 18.0 mmol/L. Ibunya terperanjat seperti tidak percaya. Saya mengambil masa untuk menceritakan masalah yang anak beliau alami adalah berpunca dari masalah tahap gula yang tinggi dalam darah. Rasa mahu kerap kencing itu adalah sebahagian dari masalah diabetes yang dialami. Tanpa disedari oleh ibunya, pesakit ini sentiasa berasa haus dan hanya air soda dari peti sejuk saja yang dapat menghilangkan hausnya. Tidak hairanlah bacaan gulanya kekal tinggi.
Ads
JAGA PEMAKANAN
Saya mulakan rawatan dan menasihatkan penjagaan makanan yang mudah diamalkan. Alhamdulillah setelah seminggu, bacaan gula beliau turun kepada 10 mmol/L. Masih tinggi tetapi sudah menurun. Saya merujuk beliau untuk ke hospital bagi memantau komplikasi pada mata dan ginjal, dan berharap agar tiada komplikasi pada organ-organ tersebut. . Memang sesuatu yang membimbangkan. Sekali lagi, kes-kes diabetes di kalangan remaja semakin meningkat di Malaysia, malah di seluruh dunia. Dalam kajian kajian yang dikeluarkan oleh Royal College of Paediatrics and Child Health menunjukkan peningkatan pesakit diabetes di kalangan kanak-kanak di England dan Wales. Tidak semua mereka mengalami obesiti. Suku dari mereka tiada masalah kegemukan. . Pesakit diabetes yang terlalu muda pasti akan mengalami masalah komplikasi seperti masalah jantung, stroke dan ginjal, selepas 10-15 tahun. Tidak hairanlah jika ramai pesakit jantung, stroke dan ginjal juga berusia berada dalam usia awal 30an. Saya percaya semakin ramai remaja yang mengalami kegemukan dan ia harus ditangani dengan memberikan perhatian apa yang mereka makan, selain dari menggalakkan mereka aktif dalam kehidupan mereka. . Pendidikan tentang pemakanan seharusnya diterapkan pada ibubapa kerana saya melihat kadang kala ibu bapa tidak rasa bersalah membenarkan anak mereka minum air soda setiap hari di samping mengambil makanan yang banyak bersumberkan karbohidrat berproses. Kita faham keperluan tenaga di kalangan kanak-kanak adalah tinggi kerana mereka masih menjalani proses tumbesaran di samping mereka aktif bermain. . Oleh itu mereka harus diberikan makanan seimbang sewaktu makan pagi (bersarapan). Kebanyakan kita memberikan makanan yang berproses, sedia dituang ke dalam mangkuk dan ditambah susu sebagai menu utama bila bersarapan. Ada pula yang memberikan makanan berasaskan karbohidrat berproses setiap hari seperti roti canai, dan minum teh tarik.
Sudah tentu ini akan meningkatkan tahap gula dalam tubuh, dan akhirnya disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Bila tubuh sudah menjadi obese, dan selera semakin bertambah, kanak-kanak ini akhirnya mengalami insulin resistance yang menyebabkan penyakit diabetis. . Apakah pilihan yang kita ada? Saya mencadangkan sarapan bagi kanak-kanak haruslah diberikan karbohidrat kompleks yang terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Berikan makanan bersumber protein dan tambahkan lemak sihat.
Ads
Antara menu yang sesuai diberikan adalah sandwich dari roti wholemeal, diletakkan sayur-sayuran seperti tomato dan lobak yang dipotong kecil disamping telur mata atau telur dadar. Tambahkan sedikit minyak zaitun OLIVIE sebagai sumber minyak sihat mereka.
Pengambilan minyak zaitun sangat baik untuk kanak-kanak bersekolah kerana ia adalah sumber antioksida, monounsaturated fatty acid dan sumber tenaga yang banyak. Mereka juga lambat lapar dan boleh focus terhadap pembelajaran di kelas.
Ads
Saya juga mencadangkan, sesekali kita sediakan pisang, ubi rebus atau keledek yang mempunyai sumber tenaga yang tinggi dan sesuai untuk keperluan tenaga kanak-kanak.
Bagi mereka yang mahu sediakan nasi goreng atau me goreng, pastikan ada sumber protein seperti telur atau sedikit daging yang dipotong kecil ke dalam masakan. Yang penting letakkan sayur-sayuran yang mencukupi. Berapa banyak keperluan sayur yang mencukupi? Saya mencadangkan separuh atau satu pertiga dari me atau nasi yang hendak digoreng. Banyak bukan? Tetapi itulah keperluan sayur-sayuran sebagai sumber antioksida dan fiber untuk anak-anak kita. . Jangan lupa untuk pastikan mereka mendapat minyak zaitun, sekurang-kurangnya sesudu. Boleh dimasukkan ke dalam masakan atau diberikan terus ke dalam mulut. Mereka boleh minum air susu segelas. Mereka juga boleh minum air kosong saja jika makanan yang diberikan telah cukup nutrisi dan tenaga yang diperlukan. . Nasihat saya, elakkan anak-anak kita mengambil makanan yang manis ketika bersarapan kerana ia akan menyebabkan rasa mengantuk, dan tidak focus dalam pelajaran. Makanan atau minuman manis akan menyebabkan anak kita menjadi terlalu aktif sehingga dikatakan ‘nakal’ dalam kelas. . Perhatikanlah pemakanan anak-anak kita jika kita mahu mereka sihat, kuat dan bersemangat dalam pembelajaran. . Semoga bermanfaat.
Semalam berlakunya insiden yang cukup menyedihkan di mana tiga rakan yang dalam perjalanan pulang dari bercuti meninggal dunia akibat terhidu gas monoksida yang bocor.
Kejadian malang tersebut berlaku selepas mangsa dikatakan berhenti rehat dan tidur seketika. Seorang lagi mangsa dikatakan masih di hospital. Kejadian berlaku di kawasan parkir stesen minyak di Samagagah di Lebuhraya PLUS arah utara.
Hasil pemeriksaan dilakukan, juruteknik itu syak berlaku kebocoran pada ekzos MPV berkenaan. Ini kerana, ketika pemeriksaan, ekzos itu mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat. Kebocoran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang MPV berkenaan.
Justeru, tip ini mungkin boleh membantu pemandu yang berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab Ngantuk.
Susulan kes gadis maut kerana terhidu gas monoksida ketika tidur dalam kereta baru-baru ni, nak share sikit beberapa cara kalau terpaksa juga tidur dalam kereta sebab ngantuk:
1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond terkepam sahaja di dalam kereta (Cara nak buka rujuk gambar sama ada perlu tekan atau pusingkan tombol suis di kereta)
2. Tingkap dibuka sedikit juga bagi pengudaraan angin keluar masuk. (Cara dia buka atau turunkan cermin tingkap sedikit sahaja lebih kurang sebesar 50sen. Kalau besar sangat takut lain pula jadi macam orang boleh masukkan tangan dan sebagainya.
PENTING: Barang peribadi yang penting macam telefon dan beg dompet juga perlu disimpan dalam dashboard atau bawah seat kerusi)
3. Paling selamat sekali matikan je enjin kereta. Tapi tingkap pun mesti buka sikit bagi pengudaraan angin keluar masuk.
Semoga perkongsian ini dapat selamatkan lebih banyak nyawa inshaAllah. Sebarkan untuk manfaat orang ramai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kadang kita tak perasan anak terus batuk tanpa henti selepas makan buah yang baru dibeli. Rupanya buah belum sempat dibasuh, anak sudah ambil dan terus makan.
Apa yang anda perlu tahu, pada buah-buahan yang dijual dipasaran, terdapat lilin bagi mengekalkan kesegerannya dan lilin inilah yang membuatkan anak batuk.
Macam mana nak basuh? Pastikan ibu ayah basuh hingga bersih terlebih dahulu hingga bersih. Hanya campurkan dengan cuka, garam atau soda bikarbonat dan kemudian bilas. Jom ikuti panduan yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.
Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.
Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.
Dalam buah, dan sayur jugak. Ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Garam. Cuka. Soda bikarbonat.
Salah satu dari 3 bahan ni, wajib ada kat rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay. Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi.
Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.
Ratio untuk basuh buah dan sayur;
1. Garam – 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
2. Cuka – 1 cawan cuka : 3 cawan air
3. Soda bikarbonat – 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air
Kacau bagi sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit.
Kalini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Korang tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pada ketika ramai ‘berperang’ melawan penyakit Covid-19, warganet pula ‘diancam’ dengan pelbagai penawar yang tidak dapat disahkan kebenarannya. Bahkan ada juga yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan pesakit Covid-19.
Berkongsi pengalaman daripada bekas pesakit covid-19 berkenaan kesan yang dirasai daripada amalkan beberapa petua untuk merawat Covid-19 ini wajar dijadikan teladan.
Ini perkongsiannya.
I’m Covid19 Stage 4 survival!
Alhamdullilah sudah beransur pulih sudah melepasi tahap kritikal yg paling bahaya. Allah masih sudi pinjamkan umur dan nyawa kepada aku… amiinn
Aku bersyukur hanya aku yang positif dalam family.
Gejala demam dpt selepas aku amik 2nd dos vaksin hari ke 2. Ingat demam simptom after vaksin rupa nya melarat sampai tiada deria bau. Amik keputusan buat swab test hasilnya seperti dijangka.
Jadikan panduan
Petua2 yg dilarang utk pesakit positif covid mengikut pengalaman aku adalah.
Petua tersebut tidak boleh sama sekali digunakan pakai dan ia mendatangkan bahaya nyawa dalam sekelip mata seperti yg terjadi pada aku. Oxisgen aku turun mendadak ke paras 80
Dilarang keras: Air Kelapa ( tak kira lah dicampor apa bahan sekali) Sangat-sangat merbahaya kerana dia membuat saluran pernafasan menjadi sempit diruang paru2 dan suhu badan menjadi semakin meningkat.
Air Lemon akan membuat kita mengalami sakit perut yg sgt kerana sifat lemon sudah bertukar kepada acid dan memburukkan kesihatan
Cuka membantu menyempitkan saluran pernafasan membuat kita semakin sukar bernafas
3 item ini lah menyumbang kepada kematian!!! Jika kita tidak segera ke hospital.
Petua Terbaik
Petua paling terbaik adalah minum air suam secukupnya supaya badan dan tekak kita sentiasa basah. Mkn buah2 yg tidak berunsur sejuk atau supplement vit c. Jika demam mkn panadol. Tido dan makan secukupnya.
Terima kasih kepada kesayangan2 hamba terutama nya suami terchinta Norazli Ridzuan dan anak2 Amira Norazli yg menjaga mami tanpa berbelahbagi serta adikberadik iparduai dan kawan2 yg mengetahui turut memberi doa kesembuhan utk aku, aku hargai semuanya.. semoga kita semua dilindungi.
Terima kasih kpd kakitangan hospital
Selayang unit zon kuning ward 6A mereka memberikan service terbaikkkkk!!! Utk semua pesakit covid. Hanya Allah dpt membalasnya🥰
Jangan pilih jenis vaksin, pilih nyawa anda. Vaksinasi selamatkan nyawa.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zaman persekolah adalah zaman manis untuk dikenang! Tidak kiralah berada di asrama sekolah, kolej atau universiti, sudah pastinya momen itu manis! Bak kata sesetengah orang, dunia belajar ni momen sangat manis.