Awas, Lima Makanan Sihat Yang Dalam Keadaaan Tertentu Boleh Menjadi Tidak Baik Untuk Tubuh Anda. Salah Satunya Minyak Zaitun!

Share

Menggantikan kerepek kentang dengan kacang badam sebagai kudapan atau memilih minyak zaitun untuk menumis berbanding minyak kelapa sawit merupakan beberapa amalan hidup sihat.

Namun perlu diketahui bahawa makanan yang dianggap sihat, belum tentu selamanya baik untuk tubuh dalam jangka panjang. Minyak zaitun, badam atau jus buah memang memberi nutrisi yang penting bagi tubuh.

Namun jika mengambilnya berlebihan atau salah dalam pengolahan boleh membuat makanan sihat tersebut memberi kesan negatif.

Berikut lima makanan sihat yang dalam keadaaan tertentu boleh menjadi tidak baik untuk tubuh anda.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi komponen yang baik untuk menjaga kesihatan jantung. Salah satunya asid lemak tak tepu yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Namun meskipun merupakan lemak sihat, minyak zaitun juga mengandung kalori yang apabila diambil secara berlebihan juga boleh membuat makanan anda jadi tidak sihat.

Jangan menuangkan minyak zaitun langsung dari botol saat menumis kerana boleh menambah ratusan kalori ketika memasak. Sebaliknya ambil ikut sukatan dengan menggunakan sudu.

Kacang-kacangan
Badam, pistachio, hazelnut dan sebagainya (kecuali kacang tanah) merupakan salah satu jenis kudapan yang sihat. Kacang-kacangan kaya dengan protein dan serat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.

Tapi perlu diingat, kacang juga mengandungi banyak lemak, kira-kira 80 peratus dari kandungan keseluruhan. Jadi meskipun sihat tetap batasi pengambilannya.

Hindari memakan kacang langsung dari bungkusannya kerana boleh membuatkan anda tidak sedar sudah memakannya terlalu banyak. Memadai jika anda mengambil segenggam kacang sahaja.

 Jus Detoks
Proses pembuatan jus akan menyingkirkan kandungan serat yang membuat perut terasa kenyang. Namun, jika anda tidak juga berasa kenyang, ini menyebabkan anda cenderung untuk terus minum jus.

Tidak dinafikan, jus buah dan sayuran memang boleh memenuhi keperluan vitamin dan mineral, tapi sebenarnya ia juga menambahkan kalori tambahan.

Buah dan sayur yang diolah menjadi jus akan mengeluarkan lebih banyak kandungan gula serta kalorinya boleh lebih banyak berbanding yang masih dalam bentuk buah.

 Teh Hijau
Teh hijau sudah lama dikenali sebagai minuman sihat yang boleh membantu turunkan berat badan, menurunkan kolesterol dan mencegah pelbagai penyakit.

Teh hijau juga banyak digunakan untuk meredakan sakit kepala dan mual. Tapi meskipun sihat bukan bererti anda boleh mengambilnya sebanyak mungkin. Pengambilan lebih dari lima cawan sehari boleh meningkatkan kadar kafein di dalam tubuh.

Kelebihan kafein juga boleh membuatkan sakit kepala dan mual bertambah teruk. Sebaiknya minum teh hijau dan jenis teh lainnya tidak lebih dari tiga cawan sehari.

Sushi dengan makanan laut segar
Salah satu jenis sushi yang klasik dan paling terkenal adalah Nigirizushi, iaitu nasi kepal dengan topping makanan laut mentah seperti salmon, tuna, udang atau sebagainya.

Ikan memang kaya akan omega-3 yang baik untuk jantung dan perkembangan otak. Tapi jika dimakan mentah, Anda juga berpotensi terdedah pada benda beracun iaitu merkuri.

Jika kadar merkuri sudah terlalu banyak di dalam tubuh, akan memberi kesan negatif pada sistem saraf dan boleh menyebabkan masalah kanser.

Jika anda termasuk dalam kumpulan penggemar sushi, boleh saja mengambilnya sesekali tapi jangan terlalu sering, sebaiknya sekali sebulan.