Pernahkah kita mengalami perasan jantung tiba-tiba berdebar tanpa sebab? Padahal kita sedang duduk beristirehat je.
Jika perkara itu terjadi buat sementara, ianya mungkin tidak merbahayakan. Tetapi jika berlaku untuk tempoh yang lama, segeralah berjumpa dengan doktor.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, terdapat pelbagai puncanya. Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai aritmia berlaku apabila terlalu banyak minum kopi atau diserang panik (panic attack). Ia bukanlah tanda sesuatu yang serius.
Terdapat 4 lagi keadaan di mana masalah ini berbahaya.
1. Jantung berdebar disebabkan penyakit sumbatan saluran darah arteri koronari pada jantung.
Peningkatan tahap kolesterol dan kalsium boleh membentuk plak pada saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung. Ini menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab.
2. Aritmia selepas pembedahan jantung
Pembedahan jantung boleh mengubah cara jantung kita berfungsi termasuklah cara ia berdegup. Ia meningkatkan risiko aritmia jantung.
Ads
3. Perubahan pada otot jantung. Jika kita pernah mengalami serangan sakit jantung, otot jantung akan mempunyai tisu parut yang akan menyebabkan jantung berdegup secara tidak normal.
4. Aritmia jantung disebabkan ketidakseimbangan mineral.Jantung memerlukan mineral yang mencukupi dan seimbang. Sodium, magnesium dan potasium merupakan antara contoh elektrolit yang penting untuk jantung. Jika kita mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit mineral, jantung kita berdegup secara tidak sekata.
Tanda degupan jantung laju dan berbahaya apabila kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sakit pada kawasan dada. Simptom ini mungkin merupakan tanda kita mengalami serangan sakit jantung. Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin.
Rawatan IVF tak berjaya, tentu sahaja membuatkan pasangan suami isteri yang mencubanya rasa kecewa dan sedih. Maklumlah kos rawatan IVF (In Vitro Fertilization) bukan murah harganya.
Belum lagi ditambah perasaan sedih kerana telah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Ada pasangan yang sudah menanti lebih daripada 20 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat.
Kebanyakan pasangan TTC atau dalam bahasa perubatan bermaksud “trying to conceive” tentu sahaja berharapkan rawatan IVF sebagai jalan terakhir untuk mereka mendapat cahaya mata.
Namun, sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan merancang kerana yang menentukannya tetap sahaja atas kuasa dan kehendak Allah SWT.
Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Kesuburan, Dr Maiza Tusimin bila rawatan IVF tak berjaya, pasangan TTC janganlah terus berputus asa. Sebaliknya rawat perasaan kecewa tersebut dengan beberapa tip berikut:
Photo by RODNAE Productions from Pexels
Bila IVF/ FET tak sukses…
1. Rehat & Rawat
‘IVF – the rollercoaster ride’ bagi #ttccouple. Berikan diri masa utk rehat, rawat & sembuh, fizikal & mental. Tak salah utk cuba rawatan yg boleh kurangkan stres e.g akupunktur – asalkan ia tidak memudaratkan & dijamin bersih / sterile. Tak perlu rushing untuk ke IVF yg berikutnya.
2. Plan Strategi Baru
Buat perancangan baru sebelum melangkah ke IVF / FET yang seterusnya. Tengok balik faktor yg boleh diubah semasa IVF yg dulu e.g : berat badan. Plan sebaiknya utk ‘free’ kan diri dari kerja @ apa2 saja yg boleh ganggu fokus, emosi & mental sebelum ke IVF/ FET yg seterusnya.
3. Join Support group #ttc
Jangan jadikan masalah kesuburan satu ‘taboo’. Boleh jadi support group dapat membantu. Hanya perlu connect & communicate. Agak ‘cliche’..tapi hanya mereka yg pernah melalui IVF akan faham apa sebenarnya yg dilalui & dirasai.
4. Pemurnian spiritual
Tak kisah apa jua agama, kembali lebih hampir kepada Sang Pencipta. Sucikan jiwa dgn doa, solat & jangan lupa bersedekah… tak kisah dalam apa jua bentuk – doa, duit, ilmu, bantuan.
5. Bila Ready…GO!
Tiada specific timing untuk next IVF / FET . Most IVF Doc akan suggest to rest for 1 or 2 month, but mostly will also said..’whenever you’re ready’. Jadi bergantung kepada apa yg ‘membatasi’ pesakit..seperti umur yg meningkat, masa yg suntuk, rawatan kanser atau tahap kesihatan pesakit. Yang penting, kedua2 hubby & honey ready.
Semoga semua pasangan yang belum dikurniakan zuriat tidak cepat berputus asa dan terus bersemangat untuk berusaha. Yang penting rujuk kepada doktor pakar untuk sebarang perkara membabitkan kesuburan anda.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Urutan adalah salah satu alternatif untuk melegakan kesakitan dan diamalkan sejak dahulu lagi.
Teknik urutan juga memerlukan penggunaan minyak untuk memberi kesan yang optimum. Dan di sini, dikongsikan cara penyediaan minyak serai wangi untuk manfaat bersama.
CARA BUAT MINYAK SERAI WANGI
Bahan bahannya ialah:
2 cawan Minyak kelapa (Kalau masak sendiri lebih wangi)
1 cawan air
7 batang serai wangi (Ambil sekali dengan akarnya dan daunnya. Bahagian akar tu yang bertombak ketuk bagi pecah)
3 helai daun pandan
3 ulas bawang putih (Ketukkan)
15 biji lada hitam ketukkan bagi pecah.
Cara caranya ialah:
1. Serai wangi dan daun pandan dibersihkan dan potong.
2. Ketukkan bahagian akar serai wangi yang bertombak tu bagi pecah.
3. Ketukkan juga bawang putih dan lada hitam.
4. Campur semua bahan dalam periuk dengan air.
5. Masak dengan api perlahan. Ambil masa dalam 1 jam lebih sehingga air kering.
6. Sejukkan masukkan dalam,
minyak dan boleh simpan dalam botol.
Khasiat Minyak Serai :
> Minyak serai wangi ni boleh buat urut orang bersalin,
> Melegakan sakit otot kiranya kebas atau lenguh.
> Bayi atau kanak-kanak kembung perut pun boleh juga digunakan.
> Bengkak kaki tangan
> Ianya juga bertindak sebagai antiseptik.
Sebenarnya cara saya buat rebus dengan air dulu untuk sebatikan patinya tak semua cara kita masak minyak dijadikan ubat sama. Itu ajaran dari atuk saya yang Saya amalkan
Kebiasaannya minuman sarapan pagi kita adalah teh tarik atau kopi panas. Tak sah jika tak ada minuman manis. Anak-anak pun ikut sekali ‘joint’ mak bapa minum minuman manis itu. Namun, jika anda pergi ke hotel bertaraf lima bintang, anda akan lihat, majoriti hotel akan menyediakan minuman jus untuk sarapan pagi. Kebanyakkan warga asing dari eropah akan minum jus buah-buahan termasuk jus oren.
Melalui perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Tengku Irwan di blognya menjelaskan sebab kenapa ‘mat salleh’ suka minum jus waktu pagi. Menarik perkongsian ni.
Khasiat jus oren saya sendiri baru tahu. Almaklumlah, saya ni bukannya ‘mat salleh’ yang tiap pagi bersarapan dengan jus oren dan roti bakar. Saya ni anak jati tulen Malaysia yang tiap pagi lebih syok kalau dapat pekena roti canai, nasi lemak dan teh tarik!
Oh nikmat! Tapi demi untuk kesihatan memang tak boleh nak melantak semua tu tiap hari. Untuk tubuh yang lebih sihat wajib pantau pemakanan selalu dan sebab itulah saya agak teruja selepas berjaya tahu yang jus oren ini banyak khasiat rupanya. Patutlah mat dan minah salleh suka minum jus oren waktu pagi!!
Jus oren tak asing untuk kita disebabkan rasanya yang sedap. Cuma tak dinafikan masih ramai tak tahu khasiat-khasiat yang ada di dalam segelas jus oren tu. Tapi memang musykil juga pada mulanya bila lihat ramai warga barat akan teguk jus oren waktu pagi.
Ala dalam TV pun selalu tunjuk sebab itu dah memang habit mereka. Teguk jus oren sebagai sarapan tu dah memang sebati dengan budaya dan amalan hidup mereka kat sana. Breakfast ala western jika tanpa jus oren fresh memang tak lengkap.
Di sini saya kongsikan sekali 6 khasiat buah oren yang telah dijadikan jus (perah buah oren segar ambil air) untuk tubuh badan manusia. Antara khasiat tersebut adalah :
1 – Meningkatkan Sistem Imun & Kaya Dengan Vitamin C
Jus oren sangat baik untuk kesihatan kerana kaya dengan vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan kita, terutama untuk sistem imun. Vitamin C ini juga dapat membantu sel-sel imun dalam badan untuk berfungsi dengan lebih baik.
Vitamin C juga boleh mencantikkan kulit dan boleh mencegah demam selesema. Malah vitamin C ini juga boleh mengurangkan risiko serangan penyakit kanser. Oh patutlah dikalangan mereka yang mudah jatuh sakit suka amalkan minum jus oren setiap hari, untuk meningkatkan sistem imun ketahanan badan rupanya!
2 – Jus Oren Juga Kaya Dengan Antioksida (Anti Radang) Selain vitamin C yang banyak, jus dari buah oren segar ini juga sangat kaya dengan antioksidan yang sering disebut sebagai anti radang. Antioksida berfungsi sebagai penghalang radikal-radikal bebas seperti asap rokok, asap kenderaan, pencemaran udara dan bahan-bahan kimia lain. Ia bahaya untuk kesihatan kita maka eloklah jika dapat dielakkan dengan pelbagai cara. Sekaligus dapat mengurangkan risiko terkena serangan penyakit seperti strok, jantung, dan lain-lain. Jika sudah jus oren boleh bantu untuk tujuan ini juga, apa salahnya kan? Sedap pun sedap.
3 – Mengawal Tekanan Darah
Khasiat Jus Oren segar yang seterusnya adalah untuk mengawal dan menurunkan tekanan darah. Ini disebabkan oleh bahan utama dalam jus oren itu adalah hesperidin. Dan hesperidin ini akan berfungsi untuk mengawal tekanan darah.
Kajian juga turut mengatakan yang dengan pengambilan 500ml jus oren segar setiap pagi secara teratur dapat menurunkan tekanan darah dengan cepat. Amalan minum jus oren setiap pagi ini juga dikatakan sangat bagus untuk golongan pesakit darah tinggi.
4 – Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Darah Selain dari itu, khasiat Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren boleh membantu untuk menurunkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL di dalam badan.
HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana berfungsi untuk membawa lebihan kolesterol keluar dari badan melalui air kencing. Jadi bila kolesterol terkawal kita pun sudah tentu akan berasa lebih sihat. Badan juga akan semakin cergas dan bersemangat berbanding dulu.
5 – Mencantikkan Kulit Wajah
Ini tentu orang perempuan suka dengar. YA! Khasiat jus oren segar yang paling popular adalah untuk mencantikkan kulit wajah. Jangan terkejut jika saya katakan yang kandungan Vitamin di dalam segelas jus oren itu boleh memberikan anda kulit yang cantik, sihat, gebu dan menawan.
Ia juga dikatakan dapat merangsang kolegen dan turut boleh melindungi kulit dari kesan buruk sinaran UV matahari. Tak hairanlah kenapa ada begitu banyak lambakan produk vitamin C di pasaran. Awas! Produk sebegitu belum tentu diperbuat daripada vitamin C asli sepenuhnya. Pastikan di baca dulu label dan kalau takut tersalah beli produk, rajinkan diri minun jus oren segar tiap pagi untuk dapatkan jumlah vitamin C yang diperlukan.
6 – Jus Oren Tinggi Dengan Vitamin Asid Folic
Khasiat jus oren yang terakhir adalah berkaitan dengan asid folik. Apa itu asid folik? Untuk pengetahuan, asid folik ini sebenarnya bagus untuk ibu yang mengandung. Setiap ibu yang ingin hamil sangat digalakkan untuk makan asid folik seawal 3 bulan kandungan kerana asid folik dapat berfungsi sebagai vitamin untuk bayi. Dan boleh mencegah kecacatan otak bayi.
Memang banyak vitamin asid folik di pasaran, tetapi lebih bagus jika para ibu hamil ini hanya amalkan asid folic yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKM) dan jika nak amalkan minum jus oren setiap hari untuk dapat khasiat asid folik secara semulajadi juga boleh. Namun jangan sampai tahap dapat sakit perut pula sudahhlah. Almaklumlah ibu hamil ni tak sama dengan golongan orang biasa.
Menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir termasuklah berkaitan dengan penyakit ghaib atau lebih dikenali sebagai penyakit ain.