
Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran. Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Mungkin ada antara ibu-ibu yang bosan melihat peti sejuk nampak ‘togel’ tidak berbalut. Jadi bagi yang kreatif mereka menampal kertas dinding atau wallpaper untuk menampakkan ia lebih menarik.
Wallpaper ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang, wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Tetapi jika ditampal pada barangan elektrik, ia boleh mengundang bahaya . Nah baca perkongsian ini sebelum anda mencantikkan peti sejuk di rumah.
USAH PASANG KERTAS DINDING PADA PERALATAN ELEKTRIK.
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Sumber info: Public Health Malaysia
Nak Muka Flawless dan Bertenaga, Cuba Petua Teh Serai Awet Muda Perkongsian Bidan Kelantan Ini. Wow, Terlajak Mudah Dan Murah Ni!

Selain menjadi bahan penyedap dalam masakan, serai antara herba yang sangat efektif untuk membaiki kesihatan dalaman seorang wanita. Bagi anda yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman, apa kata cuba praktik petua menggunakan serai ini.
Perkongsian petua oleh Mastura Rashid melalui laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela, rupanya dia mengamalkan petua mudah ini.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua. jadi, berpada-pada tatkala mengamalkan sesuatu petua.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba !
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu.
Rupanya dah 50an ok. Pengsan fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
BAHAN-BAHAN
3 batang serai
1 sudu besar daun teh hijau
2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dengan teh rooibois atau black tea biasa. Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau tak nak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat. Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
Isi serai dan teh hijau.
Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni. Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belas kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
APA SIDE EFFECT TEH SERAI?
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretik. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
Masakan Ringkas Kepak Ayam Bakar Madu Hanya Guna 5 Bahan Aje. Kegemaran Anak-Anak!

Masakan ayam merupakan antara hidangan kegemaran seisi keluarga. Menu yang berasaskan ayam ini wajib ada dalam hidangan setiap hari. Jika tak ada, anak-anak tentu tidak selera. Sebenarnya pelbagai jenis masakan ayam. Namun biasanya kita akan masak ayam goreng, kari ayam dan ayam masak kunyit. Tetapi jika hari-hari masak menu yang sama tentu anak bosan.
Jadi, anda bolehlah mencuba hidangan ayam menggunakan resipi mudah.
Sebagaimana perkongsian puan Nana Sabrina Sarsan yang hanya menggunakan 5 bahan aje untuk memasak menu kepak ayam bakar madu. Hanya masak dalam kuali aje!
IKUTI PERKONGSIAN INI
resepi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:

10 kepak ayam
3 biji bawang putih
1 sudu makan madu
2 sudu makan kicap manis pedas
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak.
CARA MEMASAK:

2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.

3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.
4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.
INFO :
Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda.
Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .resepi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Selamat mencuba!
Kredit: Nana Sabrina Sarsan
Resipi Roti Butut Bakar, Menu Sarapan Stail Kampung ‘Super Sedap’

Resipi roti butut antara menu sarapan stail atau gaya kampung yang cukup menyelerakan. Kalau pagi-pagi asyik buat roti bakar biasa sahaja, apa kata kali ini kita ubah gaya masak roti ini ikut gaya kampung.
Roti ini memang rare dan jarang orang buat. Nak cuba buat rori butut? Nak ikut cara seperti yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini.
Resipi Roti Butut Bakar
1. Paling penting mesti ada roti butut. Guna satu plastik roti. Roti ini kita panggil roti benggali.
2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar itu ya. Sapu kedua belah roti.
3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi sudah ada rasa.
4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.
5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.
6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.
7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Apabila sudah siap semuanya bolehlah disusun dalam pinggan.
8. Untuk pilihan sapuan atas roti, kalau nak letak kaya atau jem terpulang. Paling sedap kalau letak sapuan susu pekat manis. (sekali sekala manis bolehlah. Jangan hari-hari pula ya)
Makan roti butut dengan teh o panas, memang sedap. Selamat mencuba.
Sumber: Afy Al Habibi