
Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran.
Mungkin ada antara ibu-ibu yang bosan melihat peti sejuk nampak ‘togel’ tidak berbalut. Jadi bagi yang kreatif mereka menampal kertas dinding atau wallpaper untuk menampakkan ia lebih menarik.

Wallpaper ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang, wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Tetapi jika ditampal pada barangan elektrik, ia boleh mengundang bahaya . Nah baca perkongsian ini sebelum anda mencantikkan peti sejuk di rumah.
USAH PASANG KERTAS DINDING PADA PERALATAN ELEKTRIK.
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.

Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Sumber info: Public Health Malaysia
“Kena Duduk Rumah, Ingat Berpantang Seronok Macam Pergi Spa..” Noor Kartini Akui Neelofa Sedang Sesuaikan Diri Sebagai Seorang Ibu!

Neelofa baru-baru ini memuatnaik satu gambar hitam putih yang memaparkan jeriji besi di Instagramnya sehinggakan meraih perhatian ramai.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohammed yang turut mengulas hal tersebut.
“Biasalah, dia sebelum ini adalah seorang yang aktif. Dia nak terima situasi kena duduk di rumah, tak boleh makan itu dan ini, semua itu mungkin buat dirinya rasa terkejut. Dia pernah cakap pada saya dan ingat yang berpantang ini seronok.
“Macam pergi spa atau berurut. Tapi rupanya tidak. Contoh kalau anak menangis, lambat sikit susu, anak tak tidur malam pun satu pengalaman baru untuk dia. Nama pun pertukaran alam baru.
Sebagai ibu, dia mengakui situasi yang dialami anaknya itu adalah normal terutama bagi wanita bergelar ibu yang sudah biasa bekerja.
Menyifatkan isteri kesayangan PU Riz itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan baru bersama anak lelakinya, Muhammad Bilal.
“Semua itu mengambil masa untuk beradaptasi. Tapi nampaknya sekarang dia dah mulai faham dan pandai buat. Satu tentang Neelofa, dia cepat belajar.
Akuinya lagi, biarpun Neelofa mendapatkan pembantu untuk menjaga sepanjang tempoh berpantang, namun sebagai ibu dia tidak lepas tangan. Sebaliknya, Noor Kartini turut berkongsi ilmu bagi memudahkan proses berpantang .
Walaupun ada confinement lady, sebagai ibu, saya tetap memberikan tunjuk ajar dan panduan cara-cara berpantang. Pakai stokin tebal-tebal, duduk melunjur dan sebagainya.
“Walaupun dia ada ramai adik-beradik dan pernah jaga anak-anak buahnya, Malah, selepas tamat sekolah dulu pun, dia yang jaga adiknya Faliq.Tapi bila jaga anak sendiri, pengalaman itu tak sama bila kita alami sendiri.
“Kita sebagai ibu sentiasa berpesan seperti kena pakai stoking tebal-tebal, kena duduk kaki melunjur, banyak perkara yang kita kena ingatkan. Fasa hamil dan berpantang memang sangat berbeza. Kena berpantang betul-betul,” ujar Noor Kartini lagi.
Mengulas mengenai wajah cucunya, demi menghormati privasi Neelofa, Kartini serta keluarga tidak akan berkongsi wajah Bilal di mana-mana platform media sosial.
Bahkan, perkara tersebut akan didedahkan sendiri oleh bekas pengacara MeleTOP itu pada waktu yang sesuai.
“Bilal senang dijaga dan sangat comel. Buat masa ini kami tak kongsikan wajah Bilal kepada sesiapa bagi menghormati privasinya.
“Saya sendiri pun tak ambil gambar Bilal atau tanya dia bila nak kongsikan wajah anak kepada umum sebab saya nak bagi dia ruang dan buat keputusan sendiri,” ujar Kartini lagi.
Untuk rekod, Neelofa melahirkan Muhammad Bilal pada tanggal 29 Januari 2022. Bekas Hos Meletop ini mendirikan rumah tangga dengan pencetus ummah dan penceramah bebas, Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021.
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Buat Wajah Putih Tapi Selamat, Nah Buat Sendiri Krim Pemutih Di Rumah. Guna 4 Bahan Ini Jer, Salah Satunya Sengkuang.

Ramai beranggapan kulit putih itu cantik dan kerana itulah ia menjadi idaman setiap wanita. Sehinggakan sanggup berbelanja ratusan bahkan ribuan ringgit demi mahu nampak cantik. Akibatnya kulit wajah rosak dek kerana ketidaksesuaian produk tersebut.
Lagi pula tidak semua produk di luar sana sesuai dengan kulit wajah. Ada yang lebih teruk lagi sesetengah pemutih menggunakan bahan yang tidak sesuai dan adakalanya memberi kesan pada kulit wajah kita.
Tak payah pening kepala, apa kata anda cuba sendiri petua membuat krim pemutih ini di rumah. Yang pastinya ia lebih selamat dan kos yang digunakan juga tidaklah besar. Paling penting tak ada bahan kimia. Jom kita cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji sengkuang saiz sederhana
- 3 sudu makan air lemon
- 1 sudu makan madu atau minyak zaitun
- 1 gelas air
Langkah Membuatnya:
- Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan ke dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
- Kemudian tapis dengan penapis dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.
- Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.
- Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang.
- Buang air yang ada di permukaannya dan ambil mendapan itu saja.
- Kemudian masukkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati dan jadi krim.
- Masukkan krim ke dalam bekas yang sesuai dan siap untuk digunakan.
Gunakan krim ini sebagai krim pelembab muka dan pakai secara teratur iaitu 2 kali sehari. Dalam masa satu minggu, anda akan dapati kulit anda lebih putih, bersih dan halus.
“Kenapa Pula Isteri Nak Malu Minta Duit Suami?” Wanita Ni Kongsi Kisahnya!

Duit begitu penting, tanpa duit hidup menjadi tidak terurus dan begitu sukar untuk meneruskan kehidupan. Pun begitu, duit bukan segala-galanya.
Malah ada orang meletakkan bila ada duit barulah bahagia hidup dapat dirasai. Namun bagaimana pula bila tiada duit ditangan, adakah seseorang itu tidak akan merasa bahagia?
Contohnya jika seorang isteri yang tidak berkerja dan pastinya tiada punca pendapatan sendiri. Hanya mengharap duit dari suaminya, Hendak beli apa perlu menadah tangan.
Berkongsi kisah berkaitan duit dan rasa bahagia, seorang suri rumah ini berkongsi pengalaman peribadinya dan semoga kisah ini juga dapat menyuntik inspirasi buat wanita yang lain.
Ini perkongsiannya.
Dia memang tak pernah memaksa saya untuk bekerja, tapi dia sangat tahu betapa saya down gila waktu mula-mula berhenti kerja dulu.
Saya tak suka bergantung pada orang lain sebab saya rasa, perempuan perlu ada sesuatu yang menjamin masa depannya sendiri.
Ah, kau jangan cakap “Allah yang menjamin masa depan.” Ini semua orang tahu! Ia berkisar tentang usaha dan ikhtiar kita untuk majukan diri sendiri.
Nak jadi suri rumah dan terpaksa jadi suri rumah, itu 2 perkara berbeza. Dan saya melalui keterpaksaan itu selama 4 tahun untuk move on.

Saya stress bila nak makan aiskrim yang tak sampai RM 3 pun terpaksa minta pada suami. Memalukan! Menyusahkan! Terasa macam looser sangat.
Iya. Saya malu nak minta duit pada suami sendiri walaupun dia langsung tak berkira dengan saya. Saya pendam banyak keinginan sebab ego saya lebih besar dari segalanya.
Saya mula join Dropship untuk mula berbisnes. Saya mulakan dengan edutoys. Di samping menjual, kita pun boleh membeli untuk anak-anak sendiri dengan harga yang lebih jimat.
Tahu apa jadi?
Saya terlampau excited ada duit sendiri setelah 4 tahun harapkan duit suami. Excited gila! Walaupun dapat tak banyak mana, tapi saya seronok sangat.

Kebanyakan masa saya gunakan untuk layan customer. Saya fikir, kalau lambat respond wasap customer, melepaslah nanti!
Maka, banyak hal-hal rumah yang tak dapat saya bereskan. Anak-anak pula jenis pegang kain yang memang akan meraung kalau saya bergerak. Saya jadi manusia pemarah sehinggakan tak sedar yang anak-anak sudah berbirat dek tangan saya sendiri.
Allahuakbar.
Kerana pengurusan masa yang tak betul dan eager mahukan duit sendiri, saya abaikan perkara yang lebih penting di depan mata.
Kau buat sale, memanglah leader sayang dan timang-timang. Kau tak buat sale, kau nganga dan duduklah diam-diam.
Tapi anak-anak yang kita marah dan pukul ni, merekalah yang akan ada setiap masa bersama kita. Yang akan beri kita pelukan dan ciuman saat kita kelelahan.
“Abang tak pernah halang sayang nak kerja dan abang pun tak pernah suruh. Tapi kalau sampai anak-anak jadi mangsa, stop jelah. Nak apa-apa, bagitau abang. Siapa lagi nak habiskan duit suami kalau bukan isteri dan anak-anak?”
Lama dia perhatikan saya yang miserable sangat mengurus diri dan keluarga.
Ayat yang keluar dari mulutnya membuatkan saya sedar 1 perkara.

Kenapa pula Isteri nak malu minta duit suami? Itu suami kau, memanglah kau minta pada dia. Takkan nak minta duit suami jiran, kan? Ke kau nak perempuan lain minta duit suami kau?
Haaaa begitu!
Tak tahulah kenapa saya jadi manusia se-complicated itu.
Ego barangkali.
Takde duit, bukan sebab kita tak bahagia. Ada duit pun bukan perkara yang menjamin bahagia.
Sampai masanya, kita akan majukan diri perlahan-lahan. Allah tahu bila masa yang tepat.
Sekarang, anak-anak pun dah makin mudah diuruskan, dah faham, dan pandai mengikut arahan.
Saya mula aktif menulis sehingga terhasil beberapa buah buku antologi. Saya mengikuti kelas-kelas penulisan untuk asah skil menulis dan ambil upah menulis, saya menjadi tutor untuk subjek sains, dan terbaru, saya join suami untuk buat Roti John Daging Melimpah and looking forward untuk buka kedai makan. InsyaAllah.
Nampak tak?
Semuanya akan datang just in time. Kalau nak compare diri kita dengan orang lain, memang penat, sedih dan kecewa. Enjoy saya perjalanan kita saat ini. Ia akan indah pada masanya sendiri.
Sumber : Sri Ajilah Samsir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club