Awas, Ini Punca Boroi Selepas Berkahwin. Para Suami Kena Baca Ini!

Share

Wanita sentiasa menitikberatkan soal penampilan, baik sebelum mahupun selepas berkahwin. Namun berbeza dengan kaum adam di luar sana yang jarang mengambil berat hal-hal sebegini. Lebih-lebih lagi berkenaan berat badan.

Tidak kurang ada yang dahulunya kurus melidi tetapi setelah mendirikan rumah tangga, bentuk badan mulai berubah dan mungkin sedikit berisi ataupun ‘gemuk’.

Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.

Isteri pandai memasak

Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.

Terlalu rasa selesa dan menjadi malas

Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.

Tidak lagi aktif dan malas bersenam

Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.

Bertukar jadual seharian

Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.

Hidup rumah tangga, suami haruslah peka terhadap kesihatan diri dan juga keluarga, jangan hanya mengharapkan si isteri menguruskan semua kerja di dalam rumah. Menolong isteri di rumah adalah salah satu aktiviti senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan sekaligus dapat menurunkan berat badan dan boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.

sumber: Aliffchannel (Facebook)