Orang pertama yang akan anak-anak jadikan contoh semestinya ibu ayah, kalau tak manakan keluar peribahasa ‘bapak borek anak rintik’ , ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’ betul tak?
Oleh itu, ibu ayah haruslah jadi contoh yang baik depan anak-anak. Tak kiralah dari segi perkataan mahupun perbuatan, anak-anak ini pemikiran mereka akan merakam apa sahaja yang mereka lihat dan ingat.
Seperti perkongsian oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini sedikit sebanyak membuka mata ibu ayah bahawa apa yang mereka lakukan akan mempengaruhi anak-anak. Jom ikuti perkongsiannya.
“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah menanggalkan tuala selepas mandi, berbogel dan pakai seluar dalam.
Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun. Namun mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak.
Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia, budak ni terjebak pula dengan pornografi. Bila tengok yang biasa, beliau mula beralih kepada video lucah sama jantina, gay.
Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia tengok porn gay pun sebab suka tengok zakar lelaki, dari zaman kanak-kanak.
Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berbogel dan melakukan onani dihadapan mereka pula.
Mula-mula rasa tak selesa, keliru, lama-lama rasa seronok. Otak terus triggered memori masa kecil tengok ayah tak berpakaian.
Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?” Soal kawanku.
Aku mendiamkan diri.
“Budak tu jadi gay?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.
“Ya!”
Kelu tidak terkata.
*************
Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina, unwed pregnant, baby dumping.
Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah kompleks yang sukar untuk dirungkai. Berselirat!
Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka.
Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon sangat agar tuan puan tidak berseluar dalam atau berbikini sahaja di hadapan anak-anak.
Bagaimana kita nak educate anak mengenai private part, bad touch, safe touch, malu, kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik di depan mereka?
Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.
Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.
Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah rendah pun ceritakan juga. Siap ada kes seorang budak tadika share kawan A to Z jimak yang dilakukan oleh mak bapaknya.
Itu belum lagi yang raba kawan dalam kelas, cium mulut kawan, meliwat dalam tandas, main ‘rogol-rogol’.
Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perbuatan yang pernah dilihat di depan mata?
Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang budak disoal siasat cikgu sebab bertindak lucah terhadap kawan sekelas.
Bila cikgu tanya, dia jawab biasa tengok parents buat macam tu. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru kenapa cium mulut, raba dan peluk kawan perempuan, kanak-kanak ini menjawab, “saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”
Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.
Sudahlah anak diberi gajet seawal usia kecil, kemudian tidak dipantau pula. Anak kecil ini dibiarkan hanyut dengan youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib dipelajari.
Ajar anak mengenali tubuh badan, fungsinya. Anak perlu tahu fungsi zakar dan faraj. Tanamkan rasa malu. Pisahkan tempat tidur. Jangan melucah depan anak.
Jadilah guru pertama mendidik anak tentang hal-hal seksualiti, bukan porn, bukan pula rakan sebaya anak kita.
Gali lagi ilmu dan praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabie, menjadi mangsa sex grooming, pedofilia, dicabul dan dirogol.
Amin.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Ulang siar posting tahun 2017 dengan sedikit pembetulan dan penambahan point. Saya dah repost 6 kali dah rasanya. Semoga ada manfaat untuk yang baru baca.
#SexEdSpeaker
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker
SUMBER : Akhi Fairuz Al-Jengkawi