“Aduhh! Nak luruskan kaki pun sakit bila kejang otot ni. Memang nak gerak pun sakit. Kena urut-urut dulu hingga rasa kejang tu kembali normal.”
Sudah tentu ada antara kita pernah mengalami rasa kejang otot waktu pagi terutama waktu bangun tidur atau pun ketika bersukan.
Walau nampak biasa aje kejang otot ni tapi jika dibiarkan ia akan menyebabkan akan menjadi serius. Ikuti penjelas Dr Zubaidi Ahmad perkara ini.
Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari.
Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini.
Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60% orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia.
Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.
LIMA GEJALA KENA AMBIL TAHU
Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan pemeriksaan kesihatan segera:
Ads
1. Kejang otot yang berlaku dalam tempoh panjang.
Kekejangan yang berlaku dalam tempoh singkat boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang, apatah lagi jika ia berlangsung dalam tempoh lama. Andai kejang menjejaskan fungsi harian anda, sebaik-baiknya dapatkan bantuan.
Kekejangan yang berlangsung dalam tempoh yang panjang boleh menjadi petanda gejala penyakit lebih serius. Selain dari itu, gejala kejang yang terlalu lama juga boleh disebabkan kolesterol tinggi selain gangguan saraf.
2. Kejang otot disertai bengkak, kemerahan dan perubahan warna pada bahagian terjejas.
Ads
Pengambilan ubat tertentu selain sering terbabit dengan perjalanan panjang contohnya duduk terlalu lama (sama ada di atas kenderaan atau di tempat kerja) boleh memungkinkan anda mengalami gejala kejang otot disertai kemerahan.
Kalau ada simptom lain termasuk bengkak dan perubahan warna pada kulit, itu menandakan ada gumpalan darah dalam tubuh. Pada awalnya gumpalan darah itu tidak bahaya, namun risiko boleh meningkat apabila berlaku saluran darah pecah dan menyumbang kepada serangan jantung atau strok. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan anda berada pada tahap berkenaan.
3. Otot kaki yang kejang pada jarak sama ketika melakukan aktiviti olahraga.
Ini satu petanda bagi atlet yang gemar melakukan aktiviti larian jauh. Biasanya anda akan menghadapi saat otot betis seolah-olah ‘mengeras’.
Jika keadaan itu berlaku secara konsisten pada jarak hampir sama, ia mungkin gejala sindrom kompatmen. Ia merujuk kepada bahagian otot kaki mengembang sehingga memberi tekanan kepada bahagian lain. Kes terburuk membabitkan penyakit ialah saluran darah mahupun saraf tercedera dan terjejas akibat masalah berkenaan. Dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan larian.
4. Kekejangan yang disusuli rasa mual, demam dan muntah.
Ads
Kejang otot yang disertai rasa mual, demam dan berakhir dengan muntah menandakan masalah dalam badan. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh masalah dehidrasi.
Sebaik-baiknya ambil air mencukupi untuk mengembalikan elektrolit dalam badan. Namun dapatkan nasihat doktor jika gejala itu berlarutan.
5. Disertai rasa panas dan kebas di bahagian otot mengalami kejang.
Apabila kejang otot turut disertai rasa panas dan kebas, ia merujuk kepada gejala dipanggil hernia cakera. Setiap tulang belakang dilengkapi dengan cakera pertengahan, bertindak sebagai penyerap kejutan dan pautan. Apabila seseorang berjalan atau berdiri, cakera ini menyokong beban yang menegak ketika pergerakan.
Namun bagi yang mengalami masalah ini, biasanya saraf akan ditekan dan akhirnya menyebabkan kesakitan. Biasanya pesakit akan rasa pijar di bahagian tubuh bawah terutama kaki.
Bagi melegakan gejala terbabit, biasanya terapi panas digunakan untuk menghilangkan rasa sakit. Namun, sebaik-baiknya temui doktor untuk tahu tahap kesakitan serta rawatan sesuai
Batuk adakalanya membuatkan kita jadi tak selesa. Lebih-lebih lagi rasa gatal ditekak. Ini ada satu petua menghilangkan batuk dengan buat sendiri ubat batuk homemade menggunakan bahan semulajadi.
Perkongsian petua ini dimuat naik oleh puan Norasliza Daud
Punca sis batuk dulu lepas melawat org sakit kat hospital. Asbab nak dikatakan antibody x kuat keluar drpd hospital sis batuk berbulan², ubat batuk bertukar² pun x elok² batuk. Ingat lagi time tu ada appointment buat “stress test” settle buat 10minit sis terus batuk non stop depan doc.
Doc kata akak ni kena bt check paru² lain mcm batuk ni. Tp xbuat pun sbb nak kena bt next appointment lg.
Lepas tu sis google petua kata guna 2 bahan ni: Nenas & madu
Blend ambik jus (pure jus) xde campur air apa2 ye.
Lepas tu ada lah dpt secawan time tu tambah dgn 1-2sb madu.
Minum skali je alhamdulillah batuk hilang.
Memang power petua ni. Ada sis share step by step kt group mahn.
Skrg ni si guna pakai utk kakak pulak. Sis bgi setengah cwn je dulu, sedap kata. Esok bagi lagi tgk hasil beberapa hari ok x. Moga² hilanglah batuk kakak
Bonus:- serat nenas ni jgn dibuang boleh buat masker❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rutin minum air jus kunyit untuk tujuan penjagaan kecantikan luaran dan dalaman wanita telah lama diamalkan. Pun begitu, nyata ada cara yang betul perlu difahami untuk menyediakan minuman yang berkhasiat. Andai tersilap cara, bimbang khasiat kunyit tidak dapat dibekalkan kepada tubuh sepertimana yang diharapkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi berkenaan teknik sebenar untuk menyediakan jus kunyit. Menurutnya, terdapat 6 teknik yang perlu diberi perhatian.
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
1.Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2.Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3.Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
4.Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5.Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6.Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Tiada suatu pun yang mustahil berlaku, jika seseorang itu mahukan perubahan dalam diri dan berusaha ke arah itu secara konsisten dan disiplin, pasti akan memperolehinya. Ini sebagaimana perkongsian @kuntum di twitter.
Siapa sangka dengan melihat transformasi adiknya yang berusaha untuk turunkan berat badan membuahkan hasil, maka secara tidak langsung memberi inspirasi buat dirinya pula untuk mengikut jejak langkah yang sama bagi menurunkan berat badan.
Ayuh kita ikuti apa yang dilakukan olehnya ini hingga berjaya melakukan perubahan besar dalam hidupnya. Jom semak!
Lancarkan misi turun berat badan
Disiplin perlu ada
Pelbagai lagi peraturan dalam bab pengambilan makanan
Contoh sarapan pagi, tengah hari & makan malam
Biasakan bersenam
Misi Selepas 5 Bulan
Menurut wanita ini lagi, misinya untuk kurus diperhebatkan lagi setelah 5 bulan berdiet dengan mengambil keputusan untuk lakukan aktiviti mendaki pula untuk tingkatkan stamina.
Selain ceritakan bagaimana usaha yang dilakukan untuk kurus dan sihat, wanita ini juga ikhlas memberi nasihat dan semangat kepada wanita-wanita yang lain agar turut sama mementingkan penjagaan kesihatan tubuh badan dengan kekalkan berat badan ideal.
sumber : twitter @kuntum
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...