Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat, “Eh? Berapa lama eh boleh tahan botol susu ni? Takkanlah selama-lamanya pula?”
Mahal macam mana pun botol susu, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan terlalu berkira untuk membeli botol susu anak demi kesihatan mereka.
Adalah bahaya menggunakan botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak.
Jangka Hayat Botol Susu
Jika botol susu mempunyai Bisfenol A (BPA), jangka hayat penggunaannya hanya sekitar 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang jenis BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang.
Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.
Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
Ads
1. Baligh awal
2. Kanser payudara
3. Kanser prostat
4. Penyakit jantung
5. Obesiti
6. Kencing manis
Ads
7. Boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon.
Botol susu perlu ditukar segera sekiranya:
Kesan calar pada botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
Sterilizer
Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan.
Ads
Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
Warna botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.
Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan.
Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang.
Sumber: Maya Darwish
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Meskipun sibuk, anak-anaknya tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas agama, kelas tambahan dan aktiviti riadah seperti kelas Taekwando dan kelas renang pada waktu petang.
Rutin kami biasanya pada pukul 530 pagi. Eusoff & Emelia, kami yang jadi ‘jam’
Mula-mula perempuan….
Kemudian kembar lelaki, akhir sekali kembar yang kecil.
Tarik nafas kami
Kemudian pergi kerja
Kami menjadualkan kehidupan kami di sekeliling anak-anak kami.
Semua aktiviti mesti berdekatan dalam masa 20 minit.
Sama ada Sekolah, Renang, Taekwando,
Seni, dsb
Sanggup pindah rumah semata-mata nak dekat semua tempat ni.
Dan salah seorang daripada kita mesti berada di sana apabila mereka kembali..
Menyediakan mereka untuk kelas seterusnya. Biasanya semasa rehat tengah hari.
Begitulah keadaannya.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Nyata bukan calang-calang untuk uruskan 6 orang anak apabila masing-masing mempunyai kerjaya. Apa yang pasti pengurusan masa itu perlu diuruskan dengan sempurna.
Penat berjalan seharian mahupun berdiri terlalu lama mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki. Sakit tumit ini seringkali terjadi pada golongan wanita kerana gemar memakai kasut bertumit tinggi ataupun memakai rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama.
Ia mengakibatkan rasa bisa, berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.
Berikut merupakan antara petua yang boleh dicuba bagi merawat sakit tumit ini dan dipercayai mampu menangani masalah ini.
Bahan-bahan:
1 kilo garam kasar
Kuali
Kain / tuala bersih
Cara membuat:
1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Info Ekstra!
Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagaimanapun seorang anak itu, hanya ibu sahaja yang setia menerima mereka seadanya tanpa menghiraukan baik buruk mereka.
Itulah yang digambarkan oleh seorang ibu tunggal yang sanggup menaiki bas persiaran dari Selangor untuk ‘menyambut’ kebebasan anaknya yang keluar dari penjara Sungai Udang, Melaka pada Rabu.
Sanggup meredah cuaca terik, ibu tunggal yang dikenali sebagai Azah, 48, mengharungi perjalanan yang jauh hanya semata-mata mahu memeluk kembali anaknya Nurul, 30, selepas dipenjarakan akibat kesalahan berkaitan dadah sejak Februari lalu.
Kata Azah, saat mengetahui Nurul dibebaskan, dia lantas membeli tiket bas dan bergerak dari Selangor sebelum tiba di Terminal Bas Melaka kira-kira jam 10 pagi. Dia kemudianya menaiki kenderaan e-hailing (grab) untuk sampai ke penjara berkenaan.
“Sepatutnya kami tidak dapat beraya dan berpuasa bersama tetapi alhamdulillah, syukur rezeki kami sekeluarga apabila dia (Nurul) dibebaskan awal daripada tarikh yang sepatutnya iaitu pada 12 Mei ini.
“Mulanya bila dapat panggilan daripada pihak penjara bulan lalu, saya tidak percaya dan perasaan bercampur baur sedih, terharu, gembira dan syukur sebab itu hari ini, macam mana sekalipun saya berusaha hadirkan diri untuk menjemput dia sendiri.” katanya.
Azah yang bekerja sebagai pembekal di sebuah syarikat swasta berkata, tempoh terpisah daripada anaknya itu adalah pengalaman yang amat menyedihkan buat dirinya terutama ia juga kali pertama mereka berjauhan dan perlu menjalani ibadah puasa tanpa Nurul.
Beliau berkata antara momen yang dirindui sepanjang ketiadaan anaknya itu ialah masakannya kerana Nurul adalah seorang anak yang pandai memasak pelbagai hidangan.
“Ini adalah saat yang saya nantikan untuk kami sekeluarga berkumpul semula terutama pada hari raya, apabila dia nampak saya datang dari jauh semata-mata untuk jemput dia pulang, datang seorang diri, hargai dia, saya harap dia menyesal dan tidak ulangi lagi kesalahan yang sama pada masa hadapan dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk hidup lebih baik.” tambahnya.
Sementara itu, Nurul yang dibebaskan kira-kira 12.28 tengah hari dilihat berpelukan dengan ibunya dan menangis kegembiraan sebaik melangkah keluar dari pintu utama penjara berkenaan.
Nurul berkata, pembebasan awal berkenaan adalah hadiah Ramadan buatnya kerana masih sempat berpuasa dan menyambut hari raya bersama ibu dan ahli keluarga yang lain termasuk dua anaknya berusia 12 dan 14 tahun.
“Sebaik diberitahu pihak penjara bahawa saya akan dibebaskan lebih awal, saya berjanji tidak akan berpatah balik ke belakang dan berubah menjadi seorang yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu dan anak-anak saya.” jelasnya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.