Dalam berkata-kata kadang kala kita tidak sedar ada benda yang boleh menyebabkan pasangan terasa hati. Mungkin kita rasa apa yang kita lakukan biasa sahaja, tetapi sebaliknya berbeza pada pasangan. Sebagai contoh, kita meminta suami menjaga anak tetapi cara tidak betul sehinggakan mereka merasakan seperti diarah berbuat demikian.
Secara tidak langsung membuatkan tiba-tiba suami diam dan taknak cakap apa-apa? Tiba-tiba moodnya berubah? Mungkin anda tak perasan dan ambil ringan, tapi itu mungkin tanda suami anda “merajuk“, atau mungkin terasa dengan kata-kata anda itu.
Justeru, khususnya untuk para isteri sekalian, mari kita sama-sama elak daripada menyebut 9 ayat berikut, agar perkahwinan kita lebih tenang dan bahagia, ya?
1 – “Baju apa abang pakai ni? Buruk sungguh lah!”
Kecil hati si suami kalau anda mengutuk dengan keras penampilannya. Macam kita jugalah, nak suami kutuk pilihan baju yang kita pakai? Apa patut anda sebut: Cuba bagi pilihan suruh dia tukar baju. Tak adalah directsangat nak kata anda tak berkenan dengan baju dia nak pakai. Ataupun anda beri terus pilihan baju yang anda rasa sesuai. Tapi kalau tak mahu juga tak boleh buat apa, la ye!
2 – “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”
Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!
3 – “Saya gemuk.”
Okay, rasanya ini semua isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Naik bosan suami nak jawab nanti!
Ads
4 – “Tak tahu. Ikut awak lah.”
Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan.
Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya kan keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak. Senang cerita!
5 – “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”
Oh no! Bila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.
Ads
6 – “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”
Mengarah itu ini pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka “tak pandai” langsung jaga anak. Apa anda patut buat: Rileks… anda dan pasangan boleh belajar sama-samacara nak jaga dan urus anak. Dan paling penting, anda perlu percaya suami anda.
Jangan asyik nak check macam mana dia jaga anak setiap masa. Insyaallah, mereka akan jaga anak dengan elok (tapi gaya seorang lelaki lah). Janji anak tak terdedah pada bahaya!
7 – “Awak tak pernah…”
Katakan yang suami anda “tak pernah” buat semua benda akan buat mereka rasa yang mereka tak berguna langsung. Apa anda patut buat: Cara paling baik jika nak cakap sesuatu benda yang suami “sudah jarang buat” adalah dengan duduk berbincang. Cakap yang dia telah lama tak berbuat perkara itu.
Ads
8 – “Bila nak dapat kerja?”
Dengan ekonomi sekarang, memang susah nak dapat kerja. Kalau pasangan anda salah satu mangsa dibuang kerja, bersabarlah. Apa anda patut buat: Mereka memerlukan sokongan anda. Jadi, daripada asyik tanya soalan ini, apa kata anda perhati sendiri usaha mereka.
9 – “Tak ada apa-apa.”
Silent treatment atau asyik kata yang “tak ada apa-apa” sedangkan anda marah tentang sesuatu adalah benda yang tak sihat dalam perkahwinan. Anda ingat suami akan faham kalau tak diberitahu? Mereka takkan faham punya!
Apa anda patut buat: Jadi, lebih baik anda terbuka saja cakap apa yang tidak kena dan selesaikan masalah tersebut.
Sumber: The Asian Parent
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kegembiraan suami isteri mengikuti aktiviti berkonvoi bertukar tragedi apabila kedua-duanya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kejadian berlaku selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jemaluang, Mersing.
Pasangan terbabit, Mohd Hanafi Ismail, 37, dan isterinya, Salimah Mohd Shafei, 40, dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu dikatakan berkonvoi ke Johor Bahru bagi menghadiri acara Desaru Intetnational Bike Week (DIBW) 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.
Salah seorang peserta konvoi yang hanya dikenali sebagai Iwan, 30-an berkata, kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi dikatakan terbabas lalu memasuki laluan kanan sebelum merempuh beberapa motosikal termasuk salah satunya ditunggangi pasangan suami isteri itu, kira-kira jam 8 malam.
“Akibat kejadian ini, kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi peserta konvoi patah kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, konvoi berkenaan membabitkan lebih 100 motosikal berkuasa tinggi bertolak dari Kuala Terengganu.
Katanya, ketika dalam perjalanan, pasangan terbabit menunggang Kawasaki Z800 bersama 19 peserta konvoi lain berpecah untuk singgah di bandar Kuantan, Pahang bagi membaiki motosikal rakan mereka yang mengalami kerosakan.
Konvoi terakhir suami isteri
Pasangan ini yang mempunyai dua orang anak sememangnya meminati aktiviti berkonvoi motosikal besar dan tidak disangka-sangka bahawa konvoi kali ini adalah konvoi terakhir mereka berdua.
Anak sulung pasangan itu, Nur Syazwany, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Oktober depan mengakui sukar menerima kehiIangan itu yang berlaku sekelip mata.
“Memang abah dan ibu berjanji nak balik hari ini, tapi saya tidak menyangka mereka pulang dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu, hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah itu berkata, adiknya, Muhammad Akmal, 12, pula tidak sihat dan selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Rabu lalu.
Pesanan terakhir abah
Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian berlaku selepas dimaklumkan datuk, Mohd Shafie Muhamad, 72.
“Setengah jam sebelum kejadian itu berlaku, abah ada telefon dan pesan supaya saya mengunci semua pintu dan menjaga adik serta berinya makan ubat.
Tidak sempat salam ibu ayah sebelum pergi
“Muhammad Akmal demam dan tidak bermaya. Ketika abah dan ibu keluar rumah pada 7.30 pagi (semalam), kami tak sempat bersalaman kerana saya baru terjaga tidur dan adik pula masih lelap. Itu yang buatkan saya terkiIan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, menantunya (Mohd Hanafi) yang bekerja sebagai jurujual kenderaan sangat meminati motosikal berkuasa tingggi dan membeli model Kawasaki Z800 yang ditunggang ketika kejadian.
Rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada ahli keluarnga mangsa dan mengharapkan mereka tabah dengan dugaan tersebut.
Kontroversi membabitkan rumah tangga selebriti yang bergolak apabila dikatakan berlaku curang. Pelbagai pihak memberi reaksi berkenaan isu tersebut.
Tidak ketinggalan Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin, situasi tersebut bukan sahaja mengundang masalah dalam perhubungan suami isteri, bahkan ia mendatangkan kesan negatif kepada proses tumbesaran anak-anak.
Topik : Lelaki Curang? Salah Kami Ke?
Baru-baru ni panas isu seorang ex penyampai radio bukan host Tanya Doktor ye, curang dengan isterinya. Sy tahu ramai yg berang, sy baca pun sy berang. Bukan apa, kesian anaknya nanti bila tahu perangai sebenar bapaknya suatu hari nanti. Tapi sabar, kita fikir rasional sejenak mesti ada sebab seseorang tu curang dak? Ke korang rasa lelaki memang miang, gatal telur sokmo nak kacau perempuan lain?
Pun begitu, menurut pengacara rancangan Tanya Doktor ini, bukan semua lelaki bersikap sedemikian,. Justeru masyarakat tidak boleh menunding jari kepada semua lelaki.
Bagi sy semua yg berlaku pasti ada sebab, kiranya kenapa lelaki curang pun ada sebab. Contohnya isterinya bebel melampau ke, isterinya tak memuaskan kehendaknya ke, isterinya tak up to par dengan apa yg dia mahu ke. TAPI semua ni boleh bawak bincang wahai suami oiii. Ada apa tak puas hati, SIT DOWN & COMMUNICATE bukan berzina dengan perempuan lain. Macam sy, tak puas hati bini bebel banyak sy bitau dia “u bebel kencang ngat” & dia luahkan balik saying “u suka tanya benda sama banyak kali”.
Dalam masa yang sama, Dr Say turut menyarankan kepada pasangan suami isteri suapaya berkomunikasi bila mana mempunyai masalaha. Menurutnya komunikasi merupakan satu kunci utama bagi setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri, termasuk kecurangan.
From the communication kami improve kekurangan kami & somehow it brings us closer together. Sy bukan nak bongkak mane tau if something happens to my relationship someday tapi sy kongsi apa yg berkesan. Sebab kadar perceraian amat membimbangkan. Sy tak against poligami walaupun sy tak berapa gemar tapi sy TOTALLY AGAINST CURANG. Kalau takde perasaan sangat kat isteri tu grow some balls & ceraikan dia daripada berkongsi bebola.
Jelas Dr Say lagi, dia juga pernah ditanya persolan sama ada isterinya pernah rasa tergugat atau risau memandangkan suaminya dikenali ramai.
Tak sangka masih ada yg tanya bini sy soalan ni walaupun kami buat video dah menjawab soalan ni. Lepas tu bila bini sy jawab yg dia tak risau, yg dia dah biasa, somehow yg bertanya tu macam tak puas hati, seakan2 bukan jawapan yg ingin didengarinya. Mungkin dia ingin mendengar jawapan sensasi seperti “sy masih risau hingga ke harini, sy akan check whatsapp dr say senyap2 & sy akan monitor dia bercakap dengan siapa”. Sebab rata2 lihat dalam industri lakonan & pengiklanan ni, ramai wanita2 yg cantik jadi tidakkah isteri sy rasa tergugat atau risau sekiranya sy teringin kepada wanita2 tersebut? Okay meh sy nak jawab dari point of view sy. Tak dinafikan dalam industri lakonan & pengiklanan ni memang ramai gila wanita cantik tapi sy tanya balik, APA BINI SAYA TAK CANTIK KA? Cantik gila dah kot.
Dan kalau nak ikutkan setakat wanita cantik, ade beribu kat luar sana tapi wanita cantik yg berpendidikan, wanita cantik yg menjaga kesihatan (siap lift weights), wanita cantik yg banyak kesamaan & senang kata PERFECT PACKAGE so far bagi sy, HANYA ISTERI SAYA. Zaman sy nak fooling around, berfoya2, fenfeeling hot ni dah berakhir peeps. Banyak lagi benda lain nak buat in life daripada main perempuan. Cherish your woman & your life will be cherished.
Sungguh pilu membaca perkongsian dari seorang ibu ini. Hanya diberi peluang 24 jam untuk dapat bersama anak sulongnya sebelum kembali ke negeri abadi.
Ayuh kita selami kisah suka duka hidup di dunia ini.
Bismillah..
2 Disember 2018
Nurul Maryam selamat dilahirkan secara normal. Kuatnya Maryam ni. Pukul 2.17 pagi dengan ayah yg sentiasa disisi.
Pukul 4 pagi Doktor paeds jumpa ibu ayah. Maklumkan tentang Maryam. Potter syndrome. Tak pernah dengar kan. 1 dlm 30000 kes ni. Bukan genetic bukan masalah chromosomes. She just can last long for few hours. Ibu ayah dah bersedia InshaAllah pada masa tu.
Pukul 7 pagi. Dr paeds jumpa ibu lagi. Maklumkan respon positif dari Maryam, bila diorang masukkan bantuan oxygen. Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ni. Anak ibu yang kuat ni.
Pukul 1130pagi
Ibu dapat jumpa Maryam. Cantiknya anak ibu. Subhanallah putih comel. Tapi, doktor kata, Maryam tak boleh bertahan lama, paru2 Maryam dah bocor.
Pukul 1230tghari Maryam yang cantik dapat jumpa semua orang. Nenek pakcik makcik semua. And Maryam bukak mata bila ayah panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil.
Pukul 5 petang Orang tak henti2 melawat Maryam. Semua cakap Maryam cantik. Semua cakap Maryam kuat. Doktor buat scan lagi nak tahu apa masalah Maryam. Result scan menunjukkan Maryam tkde kidney, limpa and salur najis. Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam. Ibu taknak Maryam sakit.
Pukul 8malam Ibu kena demam menggigil. Sebab ibu tk rehat sejak lahirkan Maryam. Ibu kuat bangun lawan sakit sebab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena jugak rehat atas katil. Ibu rindu Maryam.
3 Disember 2018 Pukul 1.17 pagi Ibu terjaga. Terdetik dekat hati ibu. Apelah khabar Maryam ibu ni. Ibu terus cakap, Maryam sayang kalau sakit tak payah tahan. Pergilah. Ibu redha. Then lepastu, nurse datang ckp dgn ibu, nicu call nak jmpa ibu. Then i know Maryam dengar ape ibu ckp kan.
Bila ibu sampai, heartbeat Maryam dah drop smpai 44. Ibu cakap, Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu. Itulah pertama kali ibu dapat peluk Maryam dengan ada banyak wire yg berat. Sakit mulut anak ibu kan. Bila ayah datang, heartbeat Maryam jadi stabil balik. Manja dgn ayah ni. Ibu bagi ayah pegang pulak. Sebab tangan ibu dah lenguh.
3.35 pagi Nurse kejut ibu sebab ibu tertidur dekat situ. “Puan Anak dah takde puan”. Allah luluhnya hati ibu dengar. Tq Maryam utk 24jam yg ada. @ Hospital Besar Melaka
Meninjau perkongsian terdahulu, ibu cekal ini juga ada muat naik apa yang dirasai dan dilaluinya bertarikh 12. 11 yang lalu. Setiap baris ayat memberi rasa yang sayu buat yang membacanya, apatah lagi buat yang menanggungnya.
Lebih kurang sebulan dah ibu ayah tahu keadaan awak kat dalam tu sayang. Tapi anak ibu masih bertahan. Kuatnya dia.
Lepas jumpa pakar lagi harini, keadaan awak tetap sama. Bengkak makin besar dalam perut awak. Air ketuban langsung takda. Tapi anak ibu tetap aktif jgk.
Tadi doc consult lagi. Kalini ibu kalah. Ibu nangis. Doc nasihat, ibu dgn ayah kena lebih bersedia. Kena redha dari sekarang. Ibu ayah kena kuat. Peratus utk awak hidup mmg tipis. Tapi ini semua kan kuasa Allah. Dia lebih mengetahui.
Untuk sampai ke tahap ni sayang, ibu dah redha dah. Tak pernah ibu rasa penat / menyesal ada awk dekat dalam ni. Tak pernah ada rasa marah sebab jadi semua ni. Tak pernah salahkan sesiapa. mungkin ini cara Allah hapus dosa ibu ayah yang dulu. Mana tahu kan?
Lagi sekali, ibu memang dah redha. Ibu tawakal utk apa yg akan jadi lepas ni. Kita rehat je dulu. Hargai masa yang ada. Selagi awak ada kat dalam ibu dah cukup bahagia dah. Banyak lagi perkara yg patut ibu syukurkan. Salah satunya, dapat suami yang sangat penyabar, sokong ibu tak kira masa.
And ayah sentiasa ada utk ibu. Tak pernah sikit pun dia mengeluh kena ulang alik hosp ni. Tq abang @ifwatishak ❤️ ada mak yg sentiasa doakan utk ibu. Ada mertua yg sgt penyayang. Ade family yg sentiasa support ibu utk kuat. Ada kawan kerja yang sgt memahami. Cukup semuanya.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...