Apabila menyebut tempat kotor dan banyak bakteria, pasti semua terbayangkan tandas kan. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi tempat ataupun alat yang lebih kotor daripada tandas.
Namun begitu, mengikut kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah, tanpa kita menyedarinya. Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur
Sinki Dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa didapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Papan pemotong sayur
Antara alatan yang sering digunakan dirumah yang mempunyai 200 kali ganda lebih tinggi bakteria berbanding tandas duduk. Tambah lagi bila ada yang menggunakan satu papan pemotong untuk memotong semua bahan masakkan, bermula daripada sayur-sayuran sehinggalah daging mentah.
Lebih teruk, jika papan pemotong yang digunakan adalah daripada jenis kayu yang sukar dicuci dengan cecair pembasmi kuman. Bahagian atas papan pemotong yang mempunyai kesan potong pisau merupakan rumah kepada pelbagai bakteria. Lebih selamat menggunakan papan pemotong plastik kerana lebih mudah dibersihkan.
3) Suis Lampu / Kipas
Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.
4) Tombol Pintu
Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
5) Papan Kekunci Komputer
Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.
6) Wang/Duit
Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.
7) Span Basuh Pinggan
Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain ia akan menghilangkan bau juga.
8) Pemegang Pintu Peti sejuk
Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.
9) Telefon bimbit
Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
10) Alat Kawalan Jauh TV
SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Telivisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Telivisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.