Biasanya dalam memilih kediaman untuk disewa seisi keluarga, selain memastikan kadar sewaan yang ditawarkan berpatutan, biasanya keadaan persekitaran dan fizikal rumah tersebut turut akan mempengaruhi keputusan untuk menyewa.
Namun berbeza untuk keluarga ini, walaupun keadaan asal rumah tersebut tidak indah dipandangan mata, namun berjaya dijelmakan sempurna.
Jom kita baca perkongsian penuh tentang ini .
Nak share tentang dapur kita..
Ini gambar dapur sebelum kami menyewa…
Ads
Sebelum menyewa rumah ini bangla yang duduk jadi faham-fahamlah macam mana rumahnya ye.
Kotor tahap dewa tapi bukan halangan kita nak mengemas ye. Owner baik jadi kita slow-slow kemas dan baiki ye.
TAK ADA PENYEWA SANGGUP TERIMA KEADAAN BEGINI TAPI KAMI TERIMA SEBAB OWNER OK BAB DEKO..
Jadi kite terima cabaran ini
Ads
Owner pernah datang rumah ini dia pon terkejut alhmdulillah sekarang pon owner ok semoga kami dan owner terus ok sampai kami dapat rumah sendri.. TRAUMA DAPAT OWNER CEREWET.
Kami datang rumah ini bukan suasana indah tapi semangat dan azam kami nak hidup tenang kami belajar sabar dan selow-slow perbaiki apa yang tak ok dan selow-slow deko bagi cantik.
Ads
Now 7 bulan duduk rumah ini.. Ini lah hasilnya ye..
KAMI MULA DARI ZERO BARU JADI HERO.
Sumber : Safiyyah Mahyudin via Kelab Kaki Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susu badam bukan sahaja sedap dinikmati malah lebih penting jika diamalkan seisi keluarga semua akan dapat kebaikkannya. Umum mengetahui begitu banyak khasiat susu badam ini dan antara yang membuatkan ibu patut mencuba amalkannya adalah ia mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit untuk tampil cantik dan sihat. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.
Jika dilihat kepentingan untuk anak-anak untuk amalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.
Boleh lah terai buat Susu Ajaib nie untuk minuman anak anak sebelum pegi sekolah. Bukan susah pun, malas dengan rajin je. Apa salahnya untuk anak anak jugak kan. KakCoco buat 1 cawan badam dapat 1.5 liter Susu Ajaib nie. Cukuplah untuk 5 hari minum untuk dak Kakak dengan dak Baby –Adah Abdullah
Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan
Cara penyediaan :
2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam blender dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh, time nie lah kurma takde dekat rumah. Kalau tak, mesti lagi best.
*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.
3. Dah siap blend terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.
Kakcoco suka pakai penapis nie. Senang nak perah sampai ke titisan terakhir.
CARA MENIKMATI SUSU BADAM
Dah mendidih tu kira dah siap. Senang kan? Dah suam tu dah boleh minum. Sebelum minum letakkan madu 1 sudu. Rasa sedap je, takdelah rasa pelik. Kalau ada masukkan kurma, tak payah letak madu. Cukuplah manis dari kurma tu.
2. Smoothies
Nie kakcoco buat smooties letak buah buahan. Kalau takde buah ok je minum macam tu je, letak chia seeds sikit.
Ekstra Tip : Hampas badam tadi jangan dibuang pulak. Rugi diknonn. Badam mahal oooii. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah. Jimat breakfast pagi Isnin nanti.
Sumber : Adah Abdullah II
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali ulang tahun kelahiran benda pertama nak periksa semestinya kad lesen memandu! Mana tidaknya, kalau dah luput silap haribulan boleh kena saman kalau tak perasan!
Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ada memaklumkan pengguna jalan raya kini boleh memperbaharui lesen untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, berkuat kuasa 8 Mei 2023.
Syaratnya, lesen memandu yang diperbaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah dalam tempoh sah laku tidak lebih setahun.
“Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus,”
“Bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30,”
katanya.
Cara renew lesen memandu
Kini korang sudah boleh memperbaharui lesen memandu secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Klik laman web rasmi MySikap.
Dari awal mengandung, pelbagai persiapan dilakukan bagi menyambut si kecil. Si ayah pastinya tak sabar nak mendukung dan mencium bau bayi. Ibu pula berdebar menantikan saat melahirkan anak.
Dalam keterujaan tersebut, terselit juga kekeliruan apabila doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita tersebut.
Kalau diikutkan, sejak dahulu lagi isu ini sering diperkatakan. Ada yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin. Jika bersalin di hospital swasta mungkin hal ini tidak timbul kerana bakal ibu boleh memilih doktor wanita.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hājah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206). Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103).
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua.
Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Begitu yang dijelaskan oleh beliau. Moga kekeliruan ini buat wanita rasa lebih tenang untuk melalui proses melahirkan bayi mereka. Kalau rasa kurang selesa dan bimbang risiko bertemu dengan doktor lelaki, ada baiknya kumpul duit dan pergilah ke mana-mana hospital bersalin terpilih.
Anda boleh memilih untuk sendiri untuk bersalin dengan aman dan paling penting boleh demand doktor perempuan. Ikut pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera anda.