“Awal Trimester Alah Dengan Santan & Ayam.” Farah Nabilah Teruja Bakal Bergelar Ibu, Kongsi Berita Hamil 5 Bulan!

Share

Tiada berita yang lebih menggembirakan bagi setiap pasangan suami isteri apabila bakal bergelar ibu dan ayah. Momen yang cukup bermakna lebih-lebih lagi buat wanita. Keterujaan bakal menjadi ibu tidak diungkapkan dengan kata-kata.

Demikian juga dengan pelakon drama popular Titian Cinta ini. Bunting pelamin dan rezeki hamil datang awal, Farah Nabilah memanjat kesyukuran kerana usia kandungannya kini mencecah hampir lima bulan.
Berkongsi secara eksklusif dengan BH Online, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 hari ini sempat melakukan pemeriksaan termasuk memeriksa jantina anaknya.

Isteri kepada Mohamed Amirul Yunus ini dijangka melahirkan anak sulung mereka pada akhir Oktober atau selewat lewatnya awal November

“Ikutkan saya dan suami tak merancang lama untuk dapatkan anak. Paling lama pun dalam enam bulan. Tak sangka pula bunting pelamin. Alhamdulillah rezeki datang awal. Kalau bab jantina pun, baik saya dan suami, kami tak kisah. Janji anak itu nanti sihat.
“Masa awal trimester ikutkan saya ada berdepan fasa alahan dengan santan dan ayam. Tapi sekarang sudah okey. Amirul pun antara yang sangat teruja apabila dapat tahu saya akan jadi ibu.

“Kalau nak tahu, sejak awal lagi pun ramai yang mula menyedari saya sudah hamil berdasarkan pertambahan berat badan. Di kalangan pengikut, peminat dan kawan pun ada yang mula bertanya dan menghantar mesej langsung di Instagram. Tapi saya jawab sabar nanti nantilah akan diumumkan,” katanya.


Farah mula mengetahui yang dirinya hamil sekitar awal Mac lalu.

“Masa dapat tahu itu, saya beberapa hari lagi akan terbang ke Maldives untuk berbulan madu dengan suami pada 8 Mac.

“Naik risau juga masa dapat tahu, boleh tak naik kapal terbang atau sebaliknya. Dalam masa sama takkan nak batalkan penerbangan macam itu saja. Tapi akhirnya selepas mendapat nasihat doktor, saya dibenarkan untuk menaiki kapal terbang,” katanya.
Kata Farah yang mesra disapa Fawaa, di kalangan kawannya pun ada yang berbadan dua dan tak kurang juga sudah selamat melahirkan anak.

“Lucunya ada kawan saya kini hamil anak perempuan. Dan mereka pula minta saya lahirkan anak lelaki,” katanya.

Pasangan ini bernikah pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Farah turut memuat naik perkongsian berita gembira itu menerusi laman instagramnya.

Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? So, mini me or mini mirul ? #19weekspregnant

Sumber: Berita Harian Online & farahnabilahofficial