Suami isteri kalau tidak bergurau senda dan asyik serius sahaja tanpa usik mengusik tentu hubungan tidak indah jadinya. Bahkan tidak dapat dinafikan salah satu cara untuk buat pasangan makin rapat dan rasa bahagia berpanjangan adalah bila suami atau isteri rajin bergurau.
Apatah lagi jika dapat pula pasangan yang suka menyakat, ada sahaja idea kelakar yang akan dibuat olehnya hingga bukan sahaja pasangan rasa gelihati bahkan anak beranak tertawa dengan usikan yang diberikan.
Sama jugalah kisahnya bila Puan Junairah Ab Rahman yang berkongsi usikan yang diterima daripada suaminya apabila menghadiahkan kotak barangan kemas yang mana di dalamnya diisi dengan kiub ayam.
Menurut Puan Junariah, begitulah sikap suaminya yang sedari dulu suka menyakat. Dan diakui pemberian kotak merah di pagi hari daripada suaminya itu membuatkan dia terkejut dan pada awaknya memang tidak syak apa-apa pun. Disangkanya kotak merah tersebut berisi emas tapi lain pula di dalamnya bila mana dipenuhi dengan ‘gold bar’ kiub ayam.
Menurut Puan Junariah lagi, ketika suami bagi hadiah masa tu anak tak ada di rumah. Anak-anak dapat tahu pun dalam status whasApp yang saya post. Tapi anak-anak memang tahu perangai nyakat papa diaorang.
Anak-anak telah ‘masak’ dengan perangai papa mereka.
Tak Kecil Hati
Berkongsi perasaan yang dirasai oleh Puan Junariah berkenaan gurauan manja suaminya itu, nyata tidak sedikit pun dirinya terasa hati. Bahkan Puan Junariah turut berkongsi di fbnya mengucapkan tanda terima kasih kepada suaminya dengan menulis “Terkejut si isteri pagi2 dapat kotak merah berisi gold bar bila suami faham benar dengan minat dan citarasa isterinya. tq cik somi …i lap you tau…amboii..pandai noo, buat lawak kat cheq..”
Suami yang kuat menyakat namun cukup membahagiakan.
Nyata, sekali pandang memang nampak serupa bentuknya dengan golden bar dan demikian ada juga netizen yang mendakwa turut dapat hadiah ’emas’ lagi banyak daripada Puan Junariah dan perkongsian ini membuatkan ramai tertawa. Terasa lucu!
Pasangan penyanyi popular, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung pada jam 10.30 pagi. Ia diadakan dalam majlis tertutup di Masjid Puncak Alam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran 20 orang ahli keluarga.
Dalam majlis itu, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian.
Berkongsi detik ketika diijab kabul, Ernie berkata, dia sangat gementar selain sedih apabila tidak dapat mengabadikan detik indah itu bersama keluarga lain disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan akibat penularan Covid-19.
“Perasaan masa nak nikah, sangat gementar. Dalam masa sama, kami sedih sebab kalau boleh nak semua keluarga berada bersama kami. Namun, ketika proses nikah hanya 20 orang dibenarkan berada di masjid. Kalaulah ada arwah nenek dan datuk kami ada bersama, majlis itu mungkin lebih bermakna.
Ditanya mengenai tanggungjawab sebagai isteri sekarang, Ernie berkata, dia belum ada rasa apa-apa lagi kerana ia belum dilalui lagi.
“Insya-Allah doakan semoga segala urusan saya dan Syamel dipermudahkan terutama selepas berkahwin kerana kami ada kerjaya sama. Jadi, pemahaman itu lebih sedikit untuk kami,” katanya.
Sejurus majlis itu, Ernie dan Syamel diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah juga secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak saja.
Majlis itu dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.
Kredit: Fedtri Yahya &Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang tidak dinafikan menguruskan anak-anak tanpa memberikan gadjet seperti telefon pintar dan tablet bagi adalah cabaran yang sukar.
Mlah anak sanggup tidur lewat malam semata-mata nak main gajet.
Tapi lelaki ini ada caranya nak handle anak.
Ikuti caranya.
Antara benda yang best memberi anak membaca ini ialah apabila dia bertanya kita apa yang dia baca. Ia berbeza dengan memberi mereka tab atau telefon yang mana mereka enjoy melihat satu-satu scene cerita atau game tanpa berinteraksi dengan kita.
Kami suami isteri ada masalah yang sama sahaja seperti kalian. Anak saya juga sangat sukakan tab atau telefon. Namun kami buat seperti ini:
1. Hanya boleh digunakan pada hari jumaat bermula 6.00 petang sehingga hari ahad jam 5.00 petang.
2. Maksima penggunaan setiap kali ialah 2 jam sahaja.
3. Kemudian jika mahu sambung, mesti membaca sekurang-kurangnya 3 buku / komik / majalah.
4. Buku kanak-kanak biasanya hanya ada sekitar 20 muka surat bergambar. 3 buku memadai.
5. Untuk dapat tab, mereka kena tanya soalan apa yang mereka baca. Ini sangat bagus untuk beri mereka berfikir dan menguatkan kecergasan otak.
6. Hari isnin hingga jumaat, belajar, bermain dan enjoy bersama kawan-kawan di sekolah dan sepupu di rumah TokWan.
7. Apabila anak bertanya, dia akan mula berbual. Momen paling best ialah semasa menghantar beliau ke sekolah. Waktu pagi adalah masa yang sangat baik bersembang tentang hal ilmu yang dia baca.
8. Biasanya soalan kecil seperti “kenapa harimau berbelang dan singa tak?” Dan sebagai ibu bapa kena jawab dengan betul seperti “harimau duduk dalam hutan, dia berbelang sebab senang nak menyorok dan tangkap rusa. Singa duduk di tanah yang tak banyak pokok, dia boleh kejar lari kuat-kuat.”
9. Jawab dengan jawapan yang masih memberi dia berfikir. Maka dia akan dapat isi kekosongan minda dia dengan baik.
10. Anak yang bersembang, bercakap, berinteraksi dengan ibu bapa, biasanya lebih hebat berfikir dan dia faham mana betul mana salah dengan laju. Ini antara benda yang best apabila dia membesar nanti.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan ramai yang terkesan dengan arahan ini. Ia termasuk ketiadaan sumber kewangan setelah tidak dapat berkerja akibat banyak syarikat dan kilang menghentikan operasi. Ini secara langsung menjejaskan pendapatan golongan ini.
Selain pihak kerajaan menyediakan bantuan kepada rakyatnya, terdapat pelbagai pihak yang membantu golongan ini.
Begitu juga penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew. Sejak awal PKP hinggalah sekarang, beliau dilihat tanpa henti keluar menghulurkan bantuan.
Apa yang pasti, untuk bersedekah tak semestinya kita tunggu kaya. Gunakan kudrat kita juga satu sedekah. Senyum juga satu sedekah. Bercakap perkataan baik juga sedekah. Semuanya pahala.
Cara Ustaz Ebit Lew moga jadi teladan buat kita.
Ikuti perkongsiannya.
Pohon doa semua yer..nak rehat dulu. Orang tanya saya kenapa ustaz buat semua ini. Syukur semuanya kerana Allah. Cuma nak Allah sayang. Allah sayang. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
DULU SAYA SUSAH
Dulu-dulu saya susah. Kadang ada orang selit rm2 dalam poket. Rasa happy sangat. Selalu lapar dan susah. Satu hari Allah beri rezeki saya mencurah-curah. Duit gaji pertama saya beri pada mak ayah saya. Setiap bulan saya beri pada mak semuanya di kampung. Mak ingat saya ada duit lain. Dulu selalu tidur masjid jer.
Saya selalu menangis bila lapar tapi saya doa hidayah. Menangis kuat-kuat dalam doa minta hidayah.
Best menangis dalam doa. Nikmat rasanya. Ubat bila sedih dan penat. Mak selalu cakap dulu ada orang sayang kita,sekarang giliran kita sayang orang lain. Takper orang buat kita, jangan kita buat orang.
MASA KAHWIN PUN SUSAH
Masa kahwin pun susah. Duit beli susu anak pun selalu takde. Kasihan bidadari saya. Betul-betul susah. Terima kaseh bidadariku.
Satu hari Allah beri rezeki. Perniagaan Restoren Paramount Coffee House mencurah-curah rezeki. Dapat buka 3 cawangan. Tidaklah banyak tapi dah terlebih untuk saya. Banyak sangat dah saya rasa. Saya tulis 9 buah buku motivasi kekeluargaan dan doa-doa. Syukur semua buku tu laris bertahun-tahun. Ada buku walau dah 4 tahun masih dalam top 10 best seller. Begitu juga butik Jubah saya elews Design. Laku jer jubah. Begitu juga program Training Motivation dan seminar yang saya adakan. Boleh kata setiap hari ada program seminar. 3hari jer rehat duduk rumah dalam sebulan. Saya mula melabur sedikit sebanyak sana sini. Kini pun 56 kakitangan tetap saya semuanya cuti bergaji lagi.
KHIDMAT MASYARKAT UMUR 12 TAHUN
Saya dari dulu buat kerja khidmat masyakat ini dari umur 12 tahun kerja dakwah dan khidmat masyarakat masuk pedalaman menyebarkan kasih sayang dan mengajak kepada kebaikan dan Jamu orang makan. Sabtu Ahad dan cuti sekolah tak pernah duduk rumah. Cuti sekolah sebulan duduk di pedalaman, hutan,gunung ya ng ada manusia. Berkongsi rezeki dan nasihat yang baik. Seronok masa tu baru benar-benar belajar Islam,solat dan akhlak Nabi saw. Menangis jer dengar cerita Nabi saw. Akhlak dan baiknya Nabi saw. Nabi saw nak semua manusia bahagia dan berjaya. Nabi benar-benar merasai setiap kesusahan orang lain.
Beberapa tahun ini lebih aktif dengan anak jalanan,club malam,anak muda motor, dan semua jenis golongan yang orang anggap teruk. Mereka cuma anak baik yang rindukan kasih sayang dan nasihat yang baik. Gembira buat semua tu. Itulah cita-cita saya semenjak kecil nak belajar akhlak Nabi saw. Cinta sayang pada Nabi saw. Nak sambung usaha Nabi saw.
COVID 19 KONGSI REZEKI
Saat covid 19 ini pula betul-betul buat saya sebak risau. Rasa inilah waktunya gunakan sebanyak mungkin rezeki dan tenaga yang Allah beri pada saya. Diri,harta,masa semuanya milik Allah. Mungkin cuma sekali ini peluang Allah beri pada saya. Siapa tahukan. Syukur ramai juga kawan-kawan dari merata tempat bersama saya dengan doa, sokongan, tenaga dan juga wang ringgit. Dari pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Biarlah kita semua menjadi sebuah keluarga da satu hati ini akan menarik rahmat Allah. Semoga Allah terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. Semoga Allah angkat covid 19 ini.
Terima kaseh Allah. Berkat doa arwah mak yang saya cintai. Rindu dekat mak sangat. Rindu ayah dekat kampung lamanya tak jumpa. Bidadari saya dan mertua saya. Bidadari saya kini sentiasa ada bersama saya. I love u bidadariku sayang. Rindu anak-anak dekat rumah. Kasihan diaorang. Doa adik beradik dan doa semua sahabat di media ini. Sampai sekarang bila ada kebaikan selalu fikir ini mesti doa mak. Doa sesiapa yang baik. Jika sedih atau penat saya niatkan pahalanya untuk arwah mak yang saya rindui dan sayangi. Terima kaseh semua guru-guru saya yang selalu doakan saya
Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat-ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.