Mendidik anak mengenal Islam dari sudut rohani dan lahiriah, nyata perlu diambil serius dan bukanlah dipandang sambi lewa. Contohnya dalam menjaga aurat dan pemakaian hijab kepada anak-anak perempuan.
Menyentuh tentang menentukan cara memberi pemahaman berhijab kepada anak-anak, ibu ayah boleh juga membaca perkongsian daripada Farah Lee.
Ini perkongsiannya.
Banyak kali aku dikecam, katanya anak umur Maream patut dah diajar untuk pakai tudung. Perlu didik dari kecil kata mereka, “kalau anak taknak, kena paksa”.
Aku pula, pegang pada prinsip sedikit beda. Mengajar islam pada kanak2 ada turutannya, ikut Baginda;
1. Emosi
2. Kepercayaan
3. Akidah
4. Ibadah
Cuma ramai kita, melompat terus ke empat; mengajar syariat tanpa anak itu faham asasnya, tanpa mengerti apa maksudnya, masih bingung kenapa dibuatnya.
Buat kerana tidak faham, buat kerana paksaan, buat kerana ikutan — ia dibuat tapi biasanya tidak kekal. Mujahadah.? Haha. Konsep itu untuk kita, terlalu awal untuk mereka sama sekali.
Maream, budak enam tahun yang masih belum bertudung itu, pantang melihat aku jengah sekejap ke balkoni tanpa tudung pasti dijeritnya, “Ommaaaa.. tudunggg”.
Kadang aku pakai tudung dan baju lengan pendek (sebelum kenakan cardigan), datanglah budak ini sambil “Omma, I still can see your aurat (sambil tujukan pada lengan aku)”.
Bila aku sekadar pakai tudung sarung tanpa anak tudung, pasti matanya fokus kepada anak rambut aku, “Omma, I can see your hair, I think you need your inner”.
Jika aku keluar tanpa bertudung di hadapan lelaki mahram, dia akan terkejut lalu datang dan berbisik “Omma, kenapa tak pakai tudung.? Boleh ke kita tak pakai tudung depan uncle kita.?”
Waktu kawan perempuan datang ke rumah, “Why aren’t you wearing your socks.?”
Begitulah, my ‘aurat’-guard 😅
Sekarang, ya budak enam tahun ini masih tidak bertudung, tapi perlahan-lahan semakin segan mengenakan baju tanpa lengan ataupun seluar singkat – tanpa pernah disuruh apatah dipaksa.
Selamat Hari Hijab Sedunia.
Moga kita semua faham erti aurat dan hijab itu apa
Sumber : FarahLee
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club