Kesedaran dalam hal menutup aurat perlu kita sebagai ibu ayah perjelaskan sebaiknya kepada anak-anak agar mereka faham, bahawa menjaga aurat itu bukan hanya sekadar memakai tudung.
Hal ini sebagaimana cuba dijelaskan oleh Ustaz Farid Rashidi diakaun fbnya.
Jom kita baca secara berlapang dada dan bersama-sama muhasabah diri berkaitan penjagaan aurat ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya.
Bila seorang perempuan menganggap memakai tudung saja sudah dikira menutup aurat, itu fahaman yang salah. Jadi tak tercapai maksud tutup aurat yang sebenar. Tak sempurna.
Bahkan, akan dikira berdosa pula walaupun sudah bertudung di hadapan lelaki bukan mahram. Sebabnya?
Contohnya begini, bertudung tapi:
Pakai seluar dan baju ketat. Fit. Cutting betul-betul ikut badan.
Sudahlah ketat, baju pula ngam-ngam pinggang. Tertimbul ‘sesuatu’ di depan dan belakang yang tak sepatutnya.
Lalu disarungnya seluar atau kain singkat. Nampak betis dan kaki.
Tudung pula diselempang naik ke bahu. Nampak lurah dan bentuk dada.
Pakai baju lengan panjang dah ok, tapi sayangnya disenteng hingga ke siku.
Belum cerita bab berhias berlebihan (tabarruj) lagi. Penuh warna-warni wajah semacam kertas lukisan.
Dipakainya high heels tinggi berinci-inci, lalu jalan berlenggang menghentak kaki.
Minyak wangi pula disembur semerbak bau bermeter-meter orang dapat hidu.
Astaghfirullahal Azim.
Cuba kira, berapa larangan yang haram telah dilakukan dan dilanggar dalam masa sehari. Larangan yang membikin dosa. Itu sehari. Kalau berhari-hari? Makan tahun? Allahu Rabbi. Sedih rasa.
Sedangkan amal ibadah kita ini sudahlah sikit sangat nak dibanding dosa yang selalu bertambah tanpa sedar dan sengaja dilakukan.
Saya mohon pada rakan-rakan FB, followers yang terbaca tulisan ini moga-moga lekaslah muhasabah dan berubah. Berhijrah. Umur makin meningkat. Masa terlalu laju.
Tak perlu nak bangga dengan dosa itu. Tak perlu juga melenting. Bacalah dengan lapang dada. Hati terbuka. Barulah Allah SWT bantu tunjuki jalan untuk berubah.
Sampaikan juga pada yang lain.
Sumber : Farid Rashidi