Lebih dua tahun menahan rasa rindu terhadap kampung halaman di Palembang, Indonesia, Tya Ariffin akhirnya dapat pulang menemui ahli keluarga.
Akui isteri kesayangan Ashraf Khalid, kekangan akibat wabak pandemik COVID-19 membuatkan bukan hanya dia bahkan anak-anak juga tidak berpeluang menemui datuk dan neneknya di kampung.
Bagaimanapun kepulangan kali ini tidak disertai suami tercinta, Asyraf Khalid.
“Keputusan balik kampung ini pada minit akhir, jadi suami tak dapat turut serta kerana urusan kembara ke sini memerlukan visa pelancong untuk masuk ke Palembang.
“Kebiasaannya urusan itu memakan masa. Jadi saya dan suami memutuskan untuk ‘berpisah’ buat seketika. Dia boleh juga urus dan tengokkan empayar perniagaan jus kesihatan, Mutyara kami,” kata Tya.
Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin berkata sebelum dapat memeluk erat ibu bapa dan adik beradiknya, dia dan anak anak perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel di Jakarta.
“Saya dan anak anak perlu kuarantin tujuh hari. Kemudian baru meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang ke Palembang.
“Insya-Allah tiada aral, saya akan bercuti dan menghabiskan masa sekitar sembilan hari di kampung. Banyak benda yang bermain dan terlintas di hati nak buat dengan keluarga sebab selama ini akur ketentuan terpaksa berjauhan.
“Anak anak pun teruja sebab sudah lama tak balik kampung. Keluarga saya pun teruja nak tengok anak kedua, Ara (Azzahra) yang sudah membesar dan boleh berjalan. Kali terakhir dapat bertemu keluarga masa Ara masih kecil,” katanya.
Penyanyi lagu Bagaikan Mutiara itu dalam masa sama tetap berhati hati menjaga keselamatan diri dan anak kerana sedar wabak COVID-19 masih bebas berkeliaran termasuk kehadiran varian baru.
“Alhamdulillah masa naik kapal terbang menuju ke Indonesia, kedua anak saya sangat menjaga perangai. Selesai makan, kedua duanya terus tidur hingga sampai waktu mendarat ke destinasi,” katanya.
Kata Tya lagi, sekalipun bercuti, dia sempat melakukan kerja dalam talian termasuk berinteraksi dengan staf dan ejen perniagaannya.
“Tapi sambil sambil itu kenalah layan karenah anak. Jeritan suara mereka pun sesekali mengganggu konsentrasi kerja saya. Inilah cabaran emak emak, kenalah hadap,” katanya.
Terdahulu, sejak pandemik COVID-19 mula menyerang dunia, Tya mengakui sudah kering air mata kerana menahan kerinduan terhadap keluarga di kampung.
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara