Melakukan pendakian ke puncak bukit mahu pun gunung tidak dinafikan memerlukan stamina yang kuat. Bahkan lazimnya orang muda sangat gemar aktiviti lasak sepertinya ini.
Malah sejak-sejak akhir ini, aktiviti mendaki juga sering dijadikan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga tercinta.
Pun begitu walau aktiviti lasak ini memerlukan kekuatan fizikal, jangan tak percaya seorang warga emas berusia 90 tahun membuktikan mampu untuk menawan puncak Gunung Kinabalu.
Sebuah rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @iceeminn123 memaparkan detik-detik kejayaan warga emas itu ketika sampai di puncak tertinggi negara sambil dipimpin seorang pendaki lain.
Katanya, warga emas yang berasal dari Papar, Sabah itu merupakan pendaki tertua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
“5 September 2022, Poh, 90 tahun. Apa-apa pun tahniah, rekod terbaharu bagi pendaki tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu setakat ini,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.
@iceeminn123 #mtkinabalu ♬ bunyi asal – iceeminn123
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga emas itu selain mempunyai stamina tinggi kerana bukan mudah untuk berada pada tahap itu. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pakcik tersebut terus dikurniakan kesihatan yang baik.
“wow.. Tahniah aki.. Saya pun sikit mahu giveup sampai pncak 😂 c aki lagi semangat oh 💪💪,” komen wargamaya.
Komen yang lain pula, “Semoga sihat selalu pakcik….Semangat betul dia…💪💪💪💪💪💪.”
“Wow… Terbaik la👏👏👏,” komen yang lain.
Ekstra Info :
Gunung Kinabalu terletak di daerah Ranau, Sabah. Merupakan puncak tertinggi di Malaysia; 4,095 meter dari aras laut.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park mengambil masa lebih kurang dua jam dengan menaiki kereta.
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak. Puncak tertinggi adalah Low’s Peak; 4095.2 m.
Puncak lain adalah St. John’s Peak; 4090.7 m, Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m, Ugly Sister Peak, King Edward Peak, Donkey Ears Peak dan Tunku Abdul Rahman Peak.
Tidak semua akan berjaya ke puncak atas faktor stamina, kesihatan, kecederaan dan cuaca.
Sumber : TikTok @iceeminn123
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club