Atlet menembak berhijab Iran cium Al-Quran lepas raih emas Paralimpik Paris 2024 tarik perhatian. Atlet menembak dari Iran, Sareh Javanmardi dari Iran memberi penghormatan kepada Al-Quran selepas memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Sukan Paralimpik 2024, mendapat pujian daripada institusi Al-Quran utama.
Agensi Berita Hawzah- Javanmardi memperoleh pingat emas dalam acara P2 10m pistol udara SH1 pada Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris.
Sejurus selepas memenangi perlawanan terakhirnya, dia mencium senaskah Al-Quran tanda bersyukur kepada Tuhan dengan sujud di atas bendera Iran.
Ketua Dar-ol-Quran Iran mengeluarkan kenyataan, memuji tindakan atlet itu dalam menghormati Al-Quran.
Pingat emas di Paris merupakan yang keempat dimenangi Sareh sepanjang lima kali penyertaan Sukan Paralimpik iaitu dua di Paralimpik Rio 2016 manakala satu di Paralimpik Tokyo 2020.
Sareh yang diberi jolokan Iran Pistol Queen dilahirkan dengan kecacatan pada bahagian kaki mengumumkan akan bersara demi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Pada hari Sabtu, pemain berusia 39 tahun itu, yang sebelum ini memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memperoleh 236.8 mata meraih tempat pertama. Penembak Turki, Aysel Ozgan memperoleh pingat perak dengan 231.1 mata, manakala atlet India Rubina Francis meraih gangsa dengan jumlah 211.1 mata.
Sumber: Hamzah News Agency, Zayan
Baca artikel lain juga: Raja Azura Sopan Berhijab, Mohon Doa Agar Kekal Istiqamah, Bukan Nak Cantik Tapi Kerana Allah
Anak Sulung Mula Berhijab, Nabil Ahmad Tersangat Happy Sampai Takut Nak Share
Manis Berhijab! Penampilan Anggun Permaisuri Selangor Bertudung Raih Pujian Rakyat
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my