Hati ibu mana yang tidak sebak apabila melihat kelahiran anak pertama. Pelakon dan personaliti media sosial, Atikah Suhaime, 34, berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Ahad di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Atikah melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu secara normal pada jam 5.17 petang.
Khabar bahagia itu diumumkan sendiri olehnya menerusi satu hantaran di Instagram, lengkap dengan gambar penuh syukur selepas bersalin.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon kelahiran Singapura itu mengungkapkan rasa syukur dan terharu atas kelahiran anaknya hasil perkahwinannya bersama suami, Datuk Lokman Teh. Dalam hantaran itu, Atikah turut mendedahkan nama anak perempuannya.
“Alhamdullilah. Anak mami yang cantik, Lyla Mulan Teh.”
Sementara itu, dalam hantaran yang berbeza turut disertakan dengan gambar dan video Atikah sedang memeluk anak sambil memandang wajahnya dan tersenyum manis.
“Alhamdulillah rasa macam baru lari marathon.”
Dalam pada itu, Atiqah turut memohon maaf tidak dapat membalas komen dan ucapan tahniah yang diberikan kepadanya,
“Alhamdullilah Terima kasih for all the wishes. Minta maaf tika tak sempat nak jawab satu2 comment tapi, tika baca okay comment you all semua. Maklumlah sekarang nak tengok muka baby jer . Alhamdullilah ramai yg doakan baik2 untuk tika biler buka instagram and tiktok. Thank you so much for the well wishes.”
Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan selebriti yang turut berkongsi kegembiraan atas kelahiran bayi comel tersebut.
“Pretty Mommy! Welcome on board Lyla Mulan”
“Alhamdulillah Mummy Mulan. Selamat berpantang…congrats”
“Alala cutenye Disney princess vibes.”
“Alhamdulillah .. tahniah sis . Cantik nama”
Apa pun, tahniah buat Atiqah dan keluarga atas kehadiran insan kecil yang pastinya membawa lebih banyak kebahagiaan dalam hidup mereka.
Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Lokman pada Januari tahun lalu.