
Tahniah diucapkan buat pelakon, Atikah Suhaime yang selamat melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi beberapa hantaran Atikah atau nama sebenarnya, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime, 34 di Instagram, dia meluahkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.
Tidak hanya berkongsi beberapa gambar bersama bayinya selepas melahirkan, bahkan Atikah dan suami juga turut berkongsi pilihan nama mereka buat buah hati tersayang iaitu Lyla Mulan Teh.
Menerusi beberapa video yang turut dikongsikan Atikah menerusi akaun Tik Toknya, pelakon yang kini bergelar ibu turut berkongsi momennya ketika berada di bilik bersalin.
Malah Atikah juga turut berkongsi momen ketika sehari sebelum melahirkan hingga detik melahirnya bayinya.
Malah ibu cantik manis ini sempat berkongsi momen ketika meneran bayinya keluar dan dipuji wargamaya kerana tetap cantik biarpun berdepan kesukaran.
Wajah bahagia Atikah jelas kelihatan sebaik melihat buah hati tersayangnya buat pertama kali.
Menerusi video itu juga, Atikah juga turut dilawati kaum keluarga yang turut sama berada bagi berkongsi detik bahagia itu.
‘Takut… Rasa Nak Nangis, Risau Nak Muntah.’ Isteri Redha Suami Suka Masak Pelik-Pelik, Kali Ni Masak Nasi Goreng Buah-Buahan

Kata orang, bila lelaki masuk dapur, alamatnya isteri panas punggunglah sebab lelaki ini kalau memasak, lebih sedap dari wanita.
Apabila memasak, lelaki lebih selektif dan mementingkan kesempurnaan berbanding wanita yang selalu masak main campak-campak sahaja.
Oleh itu, bagi pasangan yang suaminya sangat ringat tulang di dapur, anda seharusnya bersyukur kerana mungkin suamilah yang akan menjadi chef di dapur.
Tapi apa yang berlaku pada pasangan ini memang mengejutkan apabila si suami menyediakan hidangan nasi goreng pelik yang dicampur dengan buah-buahan!
Kata wanita yang dikenali sebagai Amirah berkata dia dan suaminya Zahin baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
“Sebelum kami kahwin lagi suami memang selalu masak. Tapi sejak berkahwin saya saja yang masak. Bukan sebab rajin pun… tapi sebab dah tahu sangat perangai dia apabila masak tu macam mana.
“Suami saya enjoy masak tapi dia suka buat resipi pelik-pelik. Baru-baru ni dia beritahu memang excited nak cuba resipi baharu. Masa tu tak ada nak sambut apa-apa pun.
“Dia memang nak masak nasi goreng campur buah-buahan. Dia masukkan buah delima, potongan epal yang dah rendam air garam, kononnya nak buat sweet sour apple. Sepatutnya suami nak masukkan pisang tapi nasib baik pisang dah habis,” imbas Amirah.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Menurut Amirah yang berasal dari Johor, tujuan asal suaminya mahu memasak ketika itu adalah untuk mencapai rasa manis buah-buahan yang dicampur ke dalam nasi goreng.
Tambah Amirah yang kini sedang menjalani latihan industri di Johor, walaupun bimbang melihat penyediaan makanan oleh suami, dia berasa terhibur dengan keletah Zahin.
“Waktu masak tu saya hanya rasa risau namun terhibur. Kelakar tengok dia excited nak masak untuk saya. Tapi apabila masa nak suap nasi goreng tu ke dalam mulut, berair mata jugalah. Takut… rasa nak nangis sebab risau nak muntah.
“Daripada segi rasa, entahlah…susah nak cakap sedap ke tak. Masakan dia ada potensi untuk jadi lebih sedap. Sebab nasi goreng tu, bila dikunyah sekejap rasa tawar, lepastu boleh rasa pedas, lepas tu tiba-tiba rasa manis. Yang paling tak menarik tekstur nasi tu jadi soggy.
“Dekorasi pula okey la. Telur Pattaya tu boleh menutup aib nasi. Warna pun menarik tapi masih lagi menakutkan. Tengok sos bentuk love (hati) tu bolehlah bagi motivasi sikit dekat saya untuk cuba,” ujarnya lagi.
Dengan memberi rating tiga daripada 10, Amirah mengakui ada beberapa bahagian nasi goreng tersebut boleh ditelan dan diperbaiki dengan menambah garam dan cili giling dalam masakan akan datang.
Hantaran tersebut hingga kini meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Zahin memasak makanan tersebut dengan berseloroh di ruangan komen.
“Apabila nasi tu dimakan dengan rendang daging… boleh telan sikit. Itu sebab saya bagi 3 markah. Markah untuk effort, kreativiti dan lebihan rendang daging yang menyelamatkan makanan tu.
“Apa-apa pun saya hargai usaha dia memasak. Memang patut mereka tolong golongan isteri. Tapi mungkin bukan bantu macam suami saya ni. Sekurang-kurangnya bantu potongkan bahan atau basuh pinggan.
“Kalau suami tu pandai masak makanan biasa… silakan. Sebabnya suami tu nanti kena menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak dia.
“Anak-anak ni tak kisahlah lelaki ke perempuan tetap kena belajar. Memasak ni bukannya tanggungjawab seorang isteri tapi tanggungjawab seorang manusia,” ujar Amirah lagi.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
” Tak Semua Perempuan Berkahwin Sebab Duit” – Madammu

Dah kalau nama netizen, kalau tidak menaip benda baik, ada sahaja akan komen perkara yang tidak menyenangkan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Pasti ada sahaja benda yang tidak memuaskan hati mereka!
Tidak terkecuali terkena tempias iaitu usahawan Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu apabila mendapat komen kecaman “cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari” di Tiktok miliknya baru-baru ini.
Tidak duduk diam, Madammu tampil beri video balas di platform tersebut dengan menjelaskan ketika mereka berkahwin pada tahun 2015, suaminya hanya lelaki biasa dan bukan seorang yang kaya raya sebagaimana ditebak ramai pihak.
“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik.
“Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan komen itu,” katanya dalam video tersebut.
Tambah Eriyca, mereka bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain berjaya membina empayar bisnes jenama Noir Health & Beauty (Noir).
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir” katanya lagi.
Sumber : Eriyca Baiduri
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Tolak Tepi Ego, Salah Minta Maaf, Semua Kembali ‘Sejuk’ Bila Ada Memujuk! Inilah Kunci Rumah Tangga Bahagia!

Perkahwinan itu adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Ramai pasangan yang berkahwin sentiasa inginkan kebahagiaan dalam rumahtangga.
Namun normal bagi pasangan apabila berselisihan faham. Dulu masa bercinta pun ada yang merajuk. Tapi akhirnya kembali ‘sejuk’ bila ada yang memujuk.
Jadi jika sudah bergelar suami isteri, jika berlaku situasi begitu biasanya tak lama. Jika lama tentu ego pasangan itu.
Begitulah yang dikongsi oleh saudara Firdaus Syakirin, katanya jika berlaku pergaduhan dalam rumahtangga jika lebih sehari ia pasti berkaitan dengan ego pasangan itu.
Apa yang pasti, nak bahagia ni mudah, ketepi ego, siapa yang salah minta maaf. Bila ada yang memujuk, yang’ panas’ jadi sejuk.
Seterusnya ikuti perkongsian ini agar jadi iktibar bersama untuk memastikan rumahtangga kekal bahagia demi keluarga dan anak-anak.
Rendahkan ego, suasana kembali ‘sejuk’ bila ada yang memujuk.
Bergaduh dgn pasangan ni, limitnya cukup dgn sehari semalam…
Kalau lebih dari tu, itu EGO… Bergaduh pagi, ptg baik balik…bergaduh ptg, mlm baik…bergaduh mlm, keesokan pagi kena baik…jgn dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu smpai berhari2…Tak bercakap, bermasam muka, buat xtahu antara satu sama lain…
Siapa yg minta maaf dulu, siapa yg mula bercakap dulu, siapa yg dah buat mcm biasa balik, maka dia lah yg terbaik sbb dia bleh kawal dan rendahkan ego dia…siapa yg tgu org lain minta maaf, siapa yg tgu org lain mula bercakap dulu, maka dia lah yg PALING EGO dlm rumah tu…
Suami isteri, masing-masing ada ego
Lelaki ada ego, perempuan ada ego…
Kena tahu ego ni kegunaannya utk apa…yg lelaki klu nk dihormati isteri, maka jgn guna ego sbb ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri…akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yg menyebabkan isteri taat dan hormat suami…
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kpd kita…
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita utk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yg asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri…
Trust me, hubungan yg bahagia, hubungan yg harmoni, pasangan yg gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi…siapa salah, dia mintak maaf…siapa yg silap, dialah yg perbetulkan…siapa yg sedar pasangan dia buat salah n silap, dialah yg kena bagi teguran dan nasihat…siapa yg kena tegur dan kena nasihat, dia lah yg kena berlapang dada dan terbuka dgn teguran dan nasihat tersebut…
Simple…
Sumber: Firdaus Syakirin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club