
Pelakon cantik manis yang kini sudah pun bergelar ibu, Atikah Suhaime sudah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas melahirkan anak sulungnya.
Menerusi perkongsian videonya di Tik Tok, Atikah dilihat cukup gembira memangku buah hati tersayang, Lyla Mulan Teh untuk dibawa pulang ke rumah.
Lebih hebat lagi kepulangan Atikah dan puterinya, Lyla Mulan turut disambut dua buah kereta mewah berwarna keemasan yang membuatkan wargamaya kagum dan teruja.
“Alhamdullilah dah boleh balik. Terima kasih semua doakan yang baik-baik,” tulisnya.
Melalui video itu, Atikah dilihat dibawa oleh jururawat ke bahagian lobby kereta malah memangku Lyla Mulan untuk diletakkan di dalam carseat.
Wajahnya ceria malah sempat melemparkan senyuman manis sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Bahkan kata Atikah lagi, dia kini bersedia untuk berpantang malah turut meminta rakan media social mendoakannya agar kembali kurus seperti sebelum hamil.
“Masa untuk berpantang! Doakan Tika cepat kurus pulak,” tulisnya menerusi kapsyen.
Terdahulu, Atikah Suhaime selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama, Lyla Mulan Teh beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan di Damansara.
@atikahsuhaimeeee Alhamdullilah dah boleh balik. Terima kasih semua doakan yg baik2. Masa untuk berpantang! Doakan Tika cepat kurus pulak. #fyp #lylamulanteh #tiktokmalaysia #newmum @Nuna Malaysia ♬ suara asli – khadijah Putri