Atasi Masalah Semut Naik Ke Atas Meja Makan, Lebih Mudah Bila Gunakan Double Sided Tape!

Share

Berdepan dengan masalah semut di meja makan mungkin anda juga mengalaminya. Pelbagai cara telah dicuba, bukan sahaja dengan pastikan setiap kali lepas makan meja dilap dengan bahan pencuci namun semut tetap juga nak ‘beratur’ di meja makan. Tambah-tambah lagi bila ada banyak makanan yang terhidang di atas meja.

Pun begitu, usah putus asa apa kata anda cuba pula tips dan cara yang dikongsikan oleh saudara Ahmad Syahril Mohd yang mudah ini. Dia hanya menggunakan dauble sided tape  sahaja.

Nak tahu lanjut bagaimana cara dia lakukan, jom baca perkongsian daripanya ini. 

Perkongsian simple untuk masalah semut atas meja, terutamanya musim-musim puasa ni, dan nak raye ni..

Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Double Sided Tape
2. Gunting

Bertahan 1-2 minggu
Hanya letak double sided tape di kaki meja, semut tak dapat naik dah, tapi ia boleh bertahan dalam 1-2 minggu, sebelom gam double sided hilang, tapi cukup la sementara nak guna untuk beraya.. Habis gam, tampal balik double sided di tempat sama.. boleh je..

Cara-caranya :

1. Lilit di sekeliling kaki meja


2. Pastikan buat di semua kaki meja


3. Kemudian tanggalkan daoubel sided tape tersebut. Siap, setel masalah.

Sumber : Ahmad Syahril Mohd

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club