
Berdepan dengan masalah semut di meja makan mungkin anda juga mengalaminya. Pelbagai cara telah dicuba, bukan sahaja dengan pastikan setiap kali lepas makan meja dilap dengan bahan pencuci namun semut tetap juga nak ‘beratur’ di meja makan. Tambah-tambah lagi bila ada banyak makanan yang terhidang di atas meja.
Pun begitu, usah putus asa apa kata anda cuba pula tips dan cara yang dikongsikan oleh saudara Ahmad Syahril Mohd yang mudah ini. Dia hanya menggunakan dauble sided tape sahaja.
Nak tahu lanjut bagaimana cara dia lakukan, jom baca perkongsian daripanya ini.
Perkongsian simple untuk masalah semut atas meja, terutamanya musim-musim puasa ni, dan nak raye ni..
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Double Sided Tape
2. Gunting
Bertahan 1-2 minggu
Hanya letak double sided tape di kaki meja, semut tak dapat naik dah, tapi ia boleh bertahan dalam 1-2 minggu, sebelom gam double sided hilang, tapi cukup la sementara nak guna untuk beraya.. Habis gam, tampal balik double sided di tempat sama.. boleh je..
Cara-caranya :
1. Lilit di sekeliling kaki meja
2. Pastikan buat di semua kaki meja
3. Kemudian tanggalkan daoubel sided tape tersebut. Siap, setel masalah.
Sumber : Ahmad Syahril Mohd
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Ahli Keluarga Terkena Cakaran Kucing, Begini Dr Ni Ajarkan Tindakan Pantas Kena Buat!

Memanjakan dan membelai kucing kesayangan memang seronok dan menghiburkan.
Apatah lagi jika dapat bermain dengan anak kucing yang aktif. Gelagatnya berlari, melompat dan memanjat, memang menggembirakan hati kita. Senang cakap, kucing ini memang boleh buat ‘kawan’ lah. Bahkan bercakap dengan kucing pun satu perkara lumrah bagi pecinta haiwan berbulu yang comel ini.
Jadi tidak hairanlah, ramai antara keluarga memelihara kucing sebagai binatang peliharaan di rumah.
Pun begitu, tindakan kucing ini juga kadang-kadang di luar jangkaan. Siapa sangka kemalangan juga boleh berlaku akibat tindakan kucing. Umpamanya berkenaan kisah adik Amsyar yang viral dicakar kucing.
Semahunya, kita tidak ingin kejadian seperti itu terjadi di dalam rumah kita. Namun andai perkara ini terjadi juga, apa perlu kita buat?
Ragu-ragu tentang itu, jom kita baca perkongsian ilmu dari Dr Ahamd Luqman Bukhari ini.
Sedih la pulak bila terbaca kisah adik Amsyar yang viral baru-baru ni sebab kena terkam dengan kucing kat rumah sendiri.
Sampaikan mak dia beritahu kelopak mata adik Amsyar terbelah dan banyak kesan luka kat kepala, mulut dan dada akibat terkena cakaran waktu tu.
Mudah-mudahan adik Amsyar cepat lah sembuh ye.
Mana yang ada bela kucing kat rumah tu tolong tengokkan anak kita jugak masa dia duk bergurau dengan haiwan tu.
Memang la biasa kalau ada yang tercalar sikit-sikit terkena cakaran kucing walaupun jarang ada yang sampai tercedera teruk macam adik Amsyar.
Sentiasa Beringat
Cuma kena beringat jugak sebab kucing ni selalunya jadi pembawa sejenis bakteria yang namanya Bartonella Henselae. Kalau ikutkan kajian, hampir 40% kucing pernah dijangkiti bakteria Bartonella ni.
Bukan apa, anak kita tu imuniti tak berapa kuat lagi.
Jadi kalau nampak kat badan si kecil tu kesan terkena cakaran dan luka, janganlah biarkan kucing duk jilat luka tu sebab air liur kucing kalau dah tercemar dengan bakteria tadi, takut-takut nanti termasuk kat badan anak kita sampai buatkan dia terkena penyakit Cat Scratch Fever.
Nanti mulalah luka tu akan jadi makin sakit, kemerahan dan membengkak. Kadang tu siap bernanah lagi. Kalenjar kat keliling kawasan luka tu pun membengkak sama.
Ada jugak kes yang sampai demam menggigil-gigil. Selera makan hilang, badan rasa lemah dan sakit kepala.
Tapi paling menakutkan kalau berlaku jangkitan yang serius sebab jangkitan tu boleh merebak ke mata, otak dan jantung anak kita.
Sebab tu saya nak pesan:
Penting sangat kalau kat badan anak kita tu ada sebarang luka, tolong elakkan dari dijilat kucing.
Kalau terkena cakaran kucing pulak, pastikan cuci segera luka tu gunakan air dan sabun.
Sekiranya luka tadi tu nampak melarat, cepat-cepatlah bawa anak kita ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan.
Saya tulis posting ni sebab nak kita semua berhati-hati je. Bukan nak suruh buang atau buat zalim pulak kat kucing peliharaan kita tu.
Ingat ye, Nabi ada ceritakan dalam satu hadis yang ada seorang perempuan ni dia kena azab dan dicampakkan masuk ke dalam neraka semata-mata disebabkan dia kurung seekor kucing sampai haiwan malang tu mati kelaparan.
Nanti tolong saya #kongsikan info penting ni kat mak ayah yang lain jugak. Memang seronok bergurau dengan kucing ni tapi kita jugak kena tahu nak buat apa kalau anak kita terkena cakaran kucing ni.
Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari
Kopi Latte Dengan Seni Lakaran Ala Cafe Ternama Dari Air Tangan Sendiri, Ni Stepnya. Mudah Sangat & Confirm Sesiapa Pun Boleh Buat!

Menikmati minuman kopi di cafe-cafe bercitarasa moden bersama keluarga, selain untuk menikmati kelazatan minuman, kita juga tertarik dengan seni lakaran berbentuk love pada permukaan air kopi latte. Ternyata ia nampak begitu istimewa dan ada kelasnya yang tersendiri.
Tergambar difikiran, tentu hanya orang yang pakar sahaja dapat lakukannya. Namun perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, siapa sangka rupanya lakaran corak tersebut boleh juga kita hasilkan di rumah.
Nak tahu bagaimana jom semak perkongsian ini.
Semalam saya muat naik gambar kopi yang bini saya buat. Kopi tu ada latte art. Alah yang ada corak di buih kopi tu. Ada orang kata untunglah saya ada mesin kopi.
Eh, tahu tak kau orang pun boleh buat kopi macam tu tanpa mesin kopi? Serius ni! Meh saya kongsi caranya!
Kopi Marhaen by Dayana
Bahan-bahan:
▪️Nescafe 2 camca teh (jenama lain pun boleh)
▪️Susu 200ml
▪️Gula 1 camca teh
Saya guna susu segar (fresh milk/ full cream).Kalau kalian nak guna susu sejat pun boleh. 100ml susu sejat + 100ml air panas. Kalau nak guna susu pekat manis pun boleh. 2-3 camca teh susu pekat manis + 170ml air panas.
Alat-alat
▪️Cawan
▪️Pitcher (kole besi yang ada muncung)
▪️French press (alat penapis kopi)
Kat mana nak beli pitcher dan French press? Lazada ada, IKEA ada, kedai kelengkapan masak pun ada. Murah je.
EKSTRA INFO :
Yang kole besi tu, pitcher. Yang sebelah kanan tu French press. French press ni sebenarnya adalah penapis hampas kopi.
OK cara-caranya, lihat gambar dan video, OK!
STEP 1 : Saya guna susu segar, jadi kena panaskan dalam microwave dulu. Saya bubuh dalam pitcher kaca ni masa nak panaskan. Seminit sahaja. Kalau nak pakai dapur gas pun boleh. Panaskan sampai susu sekitar 50°C. Kalau lebih, susu rosak. Susu lain kau jangan tanya. Almomd milk ke, soya ke, hazelnut milk ke, aku tak tahu boleh tak. Kau orang cubalah sendiri. Haha.
STEP 2 : Kemudian tuang susu panas tu dalam French press. Kenapa nama dia French press? Entah, mungkin orang Perancis ramai yang tertekan kot.
STEP 3 : Alamak lupa nak larutkan Nescafe! Letak Nescafe dan gula dalam cawan kesayangan kau orang. Bancuh dengan sedikit air panas.
STEP 4 : Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak je perlahan-lahan dan cermat. Ini akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.
STEP 5 : OK! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Saksikanlah keajaiban! Alakazam!
sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Lembutkan Hati Pasangan Dan Anak, 5 Doa Amalan Ni Jangan Ditinggalkan, Pesan Ustazah Siti Nor Bahyah

Ibu mana yang tidak rasa resah dan susah hati bila mana anak terlalu degil dan tidak mahu mendengar kata. Pening dibuatnya bila semua perkara yang disuruh tidak diendahkan anak. Keras hati.
Ditambah pula dengan suami atau isteri yang sama perangainya. Buntu bila berdepan dengan orang-orang yang disayangi semacam ini. Dek kerana sayanglah kita mahu mereka berubah.
Bukan berubah sehingga menjadi orang lain, cukuplah anak-anak dengar kata dan suami atau isteri yang mampu untuk sama-sama mencari jalan ke arah kebaikan dalam rumah tangga. Pasti tenang dan aman rumah tangga.

Pun begitu nak melembutkan hati anak dan pasangan bukanlah mudah. Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Berbahagia dengan Membahagiakan Orang Lain
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.

Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.