
Tidak dinafikan, penyakit bulan Syawal ni lain tidak bukan ada yang mudah terkena cirit birit.
Mungkin ada yang tersalah makan atau pun terjadi disebabkan makanan yang terhidang dicemari lalat dan sebagainya.
Bila ini terjadi, mulalah perut meragam dan cirit birit. Terpaksa berulang saja ke tandas, dan tentunya membuatkan sesiapa pun tidak selesa apatah lagi di hari raya ini.
Jika ingin segera dirawat, selain perlu pergi ke klinik. Sebenarnya ada juga petua tradisional yang boleh diamalkan. Antaranya sebagaimana yang dikongsikan oleh Harisun ini. Menurutnya petua ini didapati dari makciknya. Alhamdulillah 2 kali minum dah ok.
Jadi ini dia petua atasi masalah cirit birit guna bahan dari dapur sahaja. Jom semak!
Bahan bahan :
1 mug air suam
1 sudu besar (untuk dewasa)
1 sudu teh ( untuk kanak – kanak ) tepung gandum
Cara-cara:
1. Bancuh tepung ke dalam mug berisi air suam. Agak agak la airnya ye.
2. Biar jap. Biarkan tepung tu mendap ke bawah
3. Minum air bancuhan tepung yang di atas sahaja.
4. Kalau rasa tak kurang lagi,bancuh balik dengan tepung yang tadi.
Boleh guna 2-3 kali tau.
sumber : Harisun Alimin
Selain itu, cara atasi masalah cirit-birit boleh juga dengan menggunakan mengamalkan makan pucuk jambu batu.
Caranya:
Rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

Kejayaan takkan datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan doa. Itu yang dilakukan oleh anak muda bernama Luqman Suhaimi ini.
Lahir dalam keluarga susah menyebabkan dia nekad untuk mengubah nasib mereka. Anak ke 8 dari 11 beradik ini tidak bersandarkan omongan kosong semata-mata. Sebaliknya, dia mahu membuktikan kejayaan akan dikecapi jika disusuli dengan kesungguhan.
Tidak hairanlah dia bukan hanya cemerlang dalam pelajaran, tetapi berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal di London dalam bidang kejuruteraan dengan mendapat tajaan penuh.
Menerusi catatannya di laman instagram, Luqman berkongsi kehidupan mereka adik-beradik.
Mengakui kesusahan ibu ayah antara penguat semangatnya untuk berjaya, Luqman memberitahu ibunya seorang penjual kuih manakala ayahnya bekerja sendiri mengambil upah membuat papan tanda. Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Justeru, dia mahu buktikan anak golongan susah boleh berjaya jika mengutamakan pelajaran kerana itu yang akan mengubah nasib keluarga.
“Bukan mudah berada dalam keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik beradik. Ketika rakan-rakan lain pergi bercuti, saya pula hanya mampu berharap dapat mengunjungi pasaraya terdekat semasa cuti hujung minggu.
“Tetapi saya sangat teruja bila ayah belanja kami adik-beradik makan KFC, itupun sekali dalam tempoh beberapa bulan,”ujar Luqman menerusi kapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by Luqman (@luqmansuhaimi) on
Malah menurut Luqman lagi, keluarganya juga sering berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah disebabkan ibu ayah yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga.
“Jadi masa kanak-kanak saya banyak dihabiskan dalam kejiranan yang berbeza. Saya selalu sahaja terlambat pergi ke sekolah kerana ayah terpaksa menghantar kami adik-beradik ke 3-4 sekolah yang berlainan.
“Sebagai seorang kanak-kanak, saya mempunyai keinginan dan selalu merasa cemburu apabila orang lain mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan. ”Best haritu mak aku bagi aku phone baru sbb dpt 6A untuk PMR. Hg dapat 8A PMR mesti hadiah lagi best kan?” Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalan tersebut.
“Saya terpaksa bekerja keras dalam subjek biologi sewaktu di sekolah menengah dan selalu berharap untuk bertanya pada ayah jika saya boleh mengikuti kelas tambahan. Tetapi, saya tidak sampai hati untuk bertanya padanya kerana saya tahu duit yang ada perlu digunakan untuk menyara adik-adik yang masih kecil,”jelasnya lagi.
Maish segar diingatannya bila mana suatu pagi semasa dalam kelas bahasa Inggeris, cikgu bertanya soalan yang sememangnya dia sudah dapat menjangkanya. “Luqman, cuma tinggal kamu sorang je belum bayar yuran sekolah. Bila boleh bayar eh?”
Ketika itu, Luqman tahu dia tidak boleh minta dari ibu ayah kerana adik-adik yang lain juga memerlukannya untuk perbelanjaan yuran sekolah mereka.
“Jadi saya perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan wang. mula-mula saya menjual t-shirt sewaktu di sekolah. Dari situlah, saya mula mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan semasa di sekolah.
“Sehingga usia saya menginjak ke 16 tahun, kehidupan saya mula berubah. Saya mula benci untuk bangun pagi ke sekolah tetapi saya tersedar bahawa masih ramai lagi di luar sana yang tak bernasib baik dan tidak berpeluang untuk belajar.
“Pernah saya menangis kerana terlalu ingin memakan KFC, tetapi tetapi apabila melihat nasi + telur + kicap pada pinggan, saya rasa beryukur kerana masih mendapat makanan. Saya selalu merungut kerana tidak pernah mempunyai bilik sendiri tetapi apabila melihat bumbung di atas kepala, saya rasa bersyukur mempunyai tempat berteduh.
Hasil daripada rasa bersyukur walau hidup serba kekurangan, sekarang saya dalam perjalanan ke London, mengejar impian segulung ijazah di bawah biasiswa Petronas. Sekarang bukan sahaja saya mempunyai duit yang lebih dari cukup untuk diri sendiri, tetapi juga saya dapat menghulurkan sedikit bagi membantu keluarga.
Alhamdulillah. Terima kasih Petronas kerana memberikan saya peluang menyambung pelajaran. Paling penting, terima kasih kedua-dua ibu ayah yang telah banyak berjasa. Jika mereka memberikan apa yang saya mahukan dulu, mungkin saya tidak dapat mempunyai apa yang saya ada sekarang.
Sumber : luqmansuhaimi & Siakap Keli
Biskut Raya Bangkit Cheese Melting Di Mulut. Beli Siap Terasa Mahal, Buat Sendiri Puas Hati!

Keenakan rasa biskut bangkit cheese memang cukup mengasyikkan, rasanya begitu digemari ramai. Pun begitu, hendak dibeli terasa mahal pula ini, kalau hendak dibuat tidak tahu pula resipinya.
Usah pening-pening kepala, ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini.
Biskut Bangkit Chees ini adalah salah satu jualan mak yang tak kurang hebat permintaannya. Salah satu antara peberet mak sebab makan tak boleh stop 35-40 pieces mak jual RM29.90 tapi inshaAllah kalau pandai buat sendiri lagi berbaloi tak yah beli dengan mak. Boleh juga tambah-tambah buat jualan korang nanti ya. Tak apa kalau orang tak nak kongsi resepi niaga dia jangan marah sebab ada lagi orang lain yang akan kongsi sama inshaAllah. Korang kan ade mak kan kan….
Bangkit cheese melting di mulut
6 cawan tepung ubi goreng tanpa minyak sampai agak berasap sket ok dah ya.
6 cawan tepung jagung
500g pure butter dan 1 sb shortening
500g cream cheese tatura
2 cawan gula halus
3 biji kuning telor
1 sk baking powder & 1sk asen vanilla..
500g /2 block 250g cheddar
Cara-cara :
1. Tepung jagung, tepung ubi, baking powder ayak
2. Mix kan butter, gula dan shortening sehingga sebati tak perlu kembang ya, masukkan cream cheese, asen vanilla & kuning telor putar lagi bagi sampai elok sebati, kemudian masukkan tepung sikit demi sikit sambil putar sekejap
3. Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan,parutkan cheddar gaul sebati, kalau doh masih agak lekat-lekat tambah atau tabur sikit-sikit tepung tepung ubi ye, rehat kan doh dalam 15-20 minit pastikan bekas bertutup ya.
4. Kemudian tekap acuan bunga pilihan korang ..panaskan oven bakar pada suhu 170-30 minit ikot oven masing-masing. Kalau tak cukup masak tambah masa..biar brown siket bawah bangkit baru rangup.
Bunga dia ada macam-macam patern korang pilih la mana-mana bunga yang korang suka ni proses sejuk kan dia lepas bakar. Pastikan betul-betul sejuk baru packing eh tak nak dia berpeluh nanti lemau.
Sebab bunga dia lebar-lebar tak sesuai kalau susun dalam bekas petak kalau bekas bulat macam ni ngam-ngam muat dia.
Sumber : Azlina Ina Fans
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Lihat Selekeh, Semusim Boleh Capai RM80,000”- 2 Petani Miliki Ijazah Ni, Buktikan Bertani Boleh Buat Duit!

“Lihat Selekeh, Namun Mampu Raih RM80,000 Semusim”- Petani Miliki Ijazah Ni, Buktikan Bertani Boleh Buat Duit!
Peribahasa Melayu ada menyebut, `Berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya’, manakala jika malas berdayung, perahu akan hanyut. Berpegang kepada peribahasa ini, benarlah sesiapa sahaja yang bercucuk tanam boleh berjaya mendapatkan pendapatan lumayan asalkan rajin berusaha!
Umpanya kisah graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Rahman Mohd Noor, telah berjaya membuktikan bahawa hasil tanaman yang diusahakannya di ladang lada di Kampung Padang Landak, Jertih boleh membuatkan dirinya mampu hidup senang dengan pendapatan yang lumayan.
Meskipun orang melihat kerjaya sebagai petani ini kelihatan tidak bergaya dan selekeh, siapa sangka pendapatan mereka mampu mencecah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan.
Tolak Tawaran Kerja Pejabat
Difahamkan Abdul Rahman Mohd Nor, sebelum ini pernah menerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan namun dilepaskan demi ingin mengusahakan projek penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum. Berkat usaha dan minat terhadap bidang itu, nyata melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin.
“Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mencapai impian bergelar petani moden yang berjaya.
“Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cuba menjalankan tanaman cili secara komersil dengan berbekalkan ilmu serta tunjuk ajar daripada ayah saya sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama di ladang miliknya di Kampung Padang Landak, Jertih.
Selain itu, beliau juga mengikuti program keusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun lalu. Penglibatan keluarganya dalam penanaman tembakau sejak Abdul Rahman kecil lagi sedikit-sebanyak mendedahkannya kepada jerih-perih kehidupan seorang petani, hingga beliau menjadi cukup bersedia menghadapi sebarang risiko.
Lebih membanggakan hasil tanaman di tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar), Abdul Rahman mampu mengutip hasil sehingga 12 tan cili besar semusim, dengan dibantu oleh lima pekerjanya.
“Apabila kita memilih untuk bekerja sendiri kita perlu menanggung risiko bersendirian, namun walaupun kita graduan universiti tidak semestinya kita perlu berharap sepenuhnya untuk memegang jawatan besar. Kita mampu berdiri di atas usaha kita di dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi graduan, Rohana Alias, 39, yang mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Fertigasi Alor Lintang, Besut berkata menceburi bidang pertanian boleh memberikan keseronokan di samping memperoleh pendapatan lumayan.
Menurut Rohana, beliau yang menceburi bidang pertanian hampir 13 tahun dan gembira dengan kerjaya pilihannya itu walaupun tidak ramai graduan wanita sepertinya berminat dalam bidang berkenaan.
“Sememangnya bekerja dalam bidang ini kita tidak berpakaian cantik sebagaimana mereka yang bekerja di pejabat, namun mereka yang bertani ini punyai kelebihan tersendiri yang mana saya boleh memilih waktu kerja saya sendiri.
“Walaupun mereka hanya melihat kami berpakaian selekeh namun kami masih mampu meraih pendapatan minimum RM20,000 untuk semusim dan kini pasaran MMT yang saya usahakan telah berkembang ke seluruh negeri ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Kolej Universiti Malaysia Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu), beliau tetap akan meneruskan usahanya dalam bidang pertanian walaupun mendapat tawaran pekerjaan yang lebih terjamin.
Beliau yakin graduan lain juga mempunyai peluang yang sama sekiranya berminat dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berharap bekerja di pejabat sahaja. Rohana memperoleh ijazah pada 2003 dan pernah mendapat kursus berkaitan penanaman dari Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) pada 2007.-
Sumber : Bernama
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI