Antara yang selalu menjadi ketakutan kita ketika berpuasa adalah masalah bibir pecah dan merekah gara-gara tak cukup air.
Sebenarnya masalah bibir kering dan pecah-pecah adalah masalah biasa yang akan terjadi saat berpuasa. Mungkin tidak semua yang alami tetapi ada segelintir wanita pasti akan risau dengan masalah bibir yang sedikit ‘mengusik’ penampilan menjadikan kelihatan pucat dan kering.
Selalunya dikaitkan dengan punca tidak cukup minum air, tetapi ada juga faktor lain. Jangan risau kerana anda boleh atasi bibir kering sepanjang berpuasa dengan tip yang dikongsi:
1. Pengelupasan Kulit Bibir
Anda boleh buat pengelupasan kulit mati pada bibir seminggu sekali. Caranya mudah, basahkan bibir dengan air hangat. Kemudian gosok bibir anda dengan sikat gigi lembut. Jika takut cara ini akan lukakan bibir, gunakan produk pengelupasan khusus bibir. Biasanya bentuknya seperti lip balm. Produk ini dapat buang kulit mati dan bibir yang kering akan mudah mengelupas.
2. Guna Lip Balm
Untuk mencegah bibir kering, anda kena rajin menggunakan lip balm. Carilah pelembab bibir yang kaya lip balm, mengandung minyak alami dan SPF. Ini dapat menjaga bibir dari sinar matahari yang merupakan salah satu penyebab jadi bibir kering.
3. Elak Makan Pedas dan Masin
Makanan yang terlalu pedas dan masin menyebabkan bibir dan mulut menjadi kering. Kedua-dua makanan ini juga akan membuat anda cepat haus. Jadi hindari makanan ini waktu sahur dan buka puasa.
4. Jangan Jilat Bibir
Suka sangat basahkan bibir dengan air liur, ya. Ini bukan cara yang bagus untuk basahkan bibir tetapi kesannya akan lagi keringkan bibir.
5. Madu
Madu merupakan bahan alami untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Anda boleh terus sapu madu di bibir. Tetapi jangan pula curi peluang, goles dan jilat bibir ketika puasa boleh batalkan puasa anda. Seeloknya sapu madu sebelum tidur. Waktu bersahur, jangan lupa untuk minum sedikit madu. Selain mencegah bibir kering, madu juga memberikan kekuatan selama puasa.
Wanita-wanita cantik, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah bibir kering keran tip ini sangat berkesan dan tidak memerlukan bajet besar untuk rawat bibir anda.