
Pelawak veteran popular kelahiran Selangor, Datuk Jamali Shadat, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Berita sedih itu disahkan anak bongsunya, Sazli Jamali.
“Bapa sudah tiada. Saya diberitahu arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.
“Insya-Allah, urusan pengebumian akan dipercepatkan. Berkemungkinan selepas Zohor atau Asar hari ini.
“Arwah bapa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah,’ ujarnya lagi.
Allahyarham Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pelawak komedi popular itu cukup terkenal pada 1980-an, dengan kebolehannya membawa watak kanak-kanak bernama ‘Atan’.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan uzur dan perlu bergantung kepada bantuan anak dan menantunya untuk menguruskan diri.
Anak keenam beliau, Fauzi Jamali, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.
Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.
Al-Fatihah buat Allahyarham Jamali Shadat, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Nad Zainal Masih Dalam Proses Pemulihan, Dia Dalam Keadaan Baik” – Ungku Ismail

Terbaharu, pelakon Ungku Ismail mendedahkan rakan baiknya yang juga merupakan pelakon, Nad Zainal kini dalam keadaan baik.
Khabar gembira itu dimaklumkan oleh Ungku menerusi laman Instagramnya semalam yang meminta agar orang ramai supaya tidak henti mendoakan Nad Zainal kembali sihat seperti sedia kala.
“Nad Zainal masih lagi dalam proses pemulihan. Alhamdulilah, dia dalam keadaan yang baik. Saya mohon agar kamu semua terus mendoakan dia, sembuh, dilenyapkan segala jenis penyakit dan kesakitan yang ada pada dia dan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat,” katanya.
Bukan itu sahaja, Ungku turut mengatakan dia bukan sengaja tidak mahu memberi sebarang perkembangan mengenai keadaan terkini Nad namun, orang ramai perlu memahami bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan.
Jelasnya, sebelum ini dia kerap memberi perkembangan kesihatan Nad disebabkan tidak mahu sebarang anggapan atau spekulasi yang mengarut dilakukan oleh umum terhadap pelakon yang berusia 32 tahun itu.
“Saya tak nak sebenarnya maklumkan perkembangan Nad pada setiap masa sebab dalam proses pemulihan ini, dia kena banyak berehat.
“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” tambahnya.
Terdahulu, Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Namun begitu, Nad Zainal kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Sumber: Instagram @ungkuismailaziz
“Mama, Aboh Sokmo Sayang Adik & Baby.” Luahan Anak Sulung Rasa Kecewa Dipinggirkan Buat Ibu Tersentuh!

Setiap ibu bapa ingin hidup bahagia dan sentiasa di sisi anak-anak. Namun bagi yang memiliki anak ramai, pasti timbul rasa terasing atau dipinggirkan. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai adik yang masih kecil.

Pastinya fokus ibu dan ayah lebih ke arah si kecil, namun tidak bermakna mengabaikan yang lain. tetapi jiwa si kecil ini pasti terasa kan.

Seolah-olah kasih sayang berbelah bahagi, ibu dan ayah lebih sayangkan adik beradik yang lain.
Itulah yang dialami oleh ibu bernama Nur Amira Jusoh. Menerusi perkongsiannya di page Anak sepahkan Apa Hari Ni, si ibu berkongsi sekeping surat tulisan anak sulungnya yang terasa dipinggirkan.
Hari ni bukan nk share anak sepahkan mainan..tapi nk share luahan anak sulong..petang ni tengah2 rehat tiba2 anak sulong bgi satu cebisan kertas yg sangat tersentuh hati sy😭..mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni.
Menurut Nur Amira, baik dia mahupun suami, tiada istilah berat sebelah atau berbahagi kasih, semua anak-anak dilayan sama rata. Namun, dia tetap meminta maaf kepada anaknya kerana membuatkan hati si anak terasa terpinggir.

“Kadang2 kita rasa dh bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang😢..mama mintak maaf sayang😭😭..tapi kalau nk baca ni kena tahan nafas sebab takde noktah😇..mintak maaf ye..hanya org terengganu je faham kata2 yg anak sy tulis ni..kami org terengganu☺️..

Kadang-kadang ibu bapa sudah buat yang terbaik, namun ada juga anak-anak yang terasa hati. Apapun sebagai orang tua kena bijak menangani situasi sebgini supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
Jika anda berada bersama anak-anak kini, panggillah semuanya dan peluklah mereka seerat-eratnya. Katakan yang anda sangat sayangkan mereka dan segala kasih sayang semuanya sama rata dan tiada beza antara satu sama lain.

Perkongsian ibu ini mendapat reaksi ramai warganet, rata-rata menzahirkan pandangan masing-masing. Tak kurang yang turut tersentuh dengan luahan hati si anak tersebut.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
5 Bahan Semula Jadi Baik Untuk Penjagaan Kulit Yang Patut Ibu-Ibu Amalkan Di Rumah. Wow, Jom Cuba!

Setiap wanita pasti tidak terlepas dari mengalami masalah kulit wajah. Antaranya bintik-bintik hitam, jeragat, kulit kering, kulit kusam dan sebagainya. Jika anda tidak tergolomg dalam masalah ini, sememangnya anda seorang yang cukup bertuah.
Selain pemakaian produk yang sesuai dengan kulit wajah, terdapat juga kaedah dan petua yang boleh anda praktikkan dalam mengatasi masalah tersebut hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Berikut adalah 5 bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kulit yang patut anda amalkan di rumah.
Tomato
Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri. Ambil sebiji buah tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.
Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya
Yogurt Asli Dan Madu
Untuk kulit wajah lebih lembab anda ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit.
Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.
Putih Telur
Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.
Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.
Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, pipi dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.
Soda Bikarbonat
Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat anda boleh mengatasinya dengan soda bikarbonat. Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari.
Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.
Uncang Teh Hijau
Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.
Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri. Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.
Tip:
Walaupan anda lihat banyak tip dan bahan yang digunakan, sebenarnya anda tidak perlu membuat semua diatas dalam satu masa. Anda hanya perlu pilih 1 tip diatas bergantung pada jenis masalah wajah anda.
Sumber: Balqis AR. Pengamal Kecantikan & The Vocket