Asyik Terperap Dalam Rumah Ibu Ini DIY ‘Mini Playground’ Anak, Laman Tepi Rumah Guna Rumput Tiruan.

Share

Sejap PKP ni ramai ibu bapa pening kepala memikirkan apakah aktviti yang sesuai untuk anak-anak di rumah. 

Anak-anak tentu bosan asyik terperap dalam rumah dengan melakukan aktiviti yang sama tanpa keluar rumah.

Risau jika anak asyik terkurung di rumah bimbang pula masalah kemurungan di kalangan kanak-kanak. Anak pun kurang merengek apabila dapat melakukan aktiviti sebegini. Jadi apa kata buat mini playground di halaman rumah.

Menarik dengan perkongsian oleh Puan Amalina Sapar apabila menyediakan mini playgroud untuk anak-anak di halaman rumah. Lebih menarik lagi, mudah untuk memantau anak dengan selamat. 

Mini playground tepi rumah
Just sharing our mini playground. Saya share gambar before after. Asalnya luar rumah fully tiles. Kami gunakan artificial grass/rumput tiruan. Memang terbaik! Bagi yang bertanya Artificial grass beli di sini.
Untuk lantai kami guna 40mm extra uv protection. Memang sesuai untuk outdoor. Rumput tebal lembut sedap dipijak. Untuk dinding kami guna 10mm. Just nice untuk grass wall.
Jadi la playground comel untuk anak-anak bermain musim pkp ni. Semoga dapat memberi manfaat.
Sedikit info tentang artificial grass yang saya guna:
Rumput Tiruan Aqsa adalah kalis air, sama sekali tidak menyerap air atau menyebabkan air bertakung dan direka khas berliang supaya air boleh mengalir secara langsung melalui permukaan rumput sintetik dan terus ke permukaan yang berada dibawahnya.
Untuk outdoor carpet, boleh untuk digunakan untuk kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan diluar rumah. Mempunyai UV Protection yang lebih tahan.
-Mempunyai 2 tahun waranti WARNA secara PERCUMA
Penjagaan: Ada yang bertanya mengenai penjagaan, rumput tiruan ini tidak boleh di kebas berat dan dah letak  silicone. Cara bersihkan guna vacuum atau sapu.
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

Sebelum 

Gambar sebelum ubahsuai bahagian tepi rumah.

Dalam proses pengubahsuaian

Info: Kos bahagian lantan: Untuk lantai saya ambil yang tebal 40mm triple uv protection. Memang sesuai outdoor tahan hujan panas. Dalam 800+ cost.

Info: Air tak bertakung: Bawah rumput ada saluran untuk air mengalir. Air hujan terus ke bawah tak bertakung atas rumput.

Info:  Lebar rumput tiruan memang fix 6.5 kaki. Tapi panjang boleh beli ikut panjang kaki ukuran yang diperlukan. Macam saya panjang 21kaki untuk yang lantai. Untuk dinding dalam 26 kaki.

Selepas

Dinding tembok mengunakan artificial grass. Untuk tampal kami guna silicone dan paku. Silicone xbond. Boleh cari di shopee atau diy. Carpet panjang 21 kaki. Boleh tengok yutube cara pasang artificial grass pada dinding. Boleh search grass wall diy. 

Ada yang bertanya beli di mana:

Trampoline beli di sini , Rumah mini beli disini

Keluarga: Jadi ibu bapa bolehlah ikuti cara ini. Sungguh inspirasi!

Sumber: Amalina Sapar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520