Asyik Tanam Tak Jadi Je, Lelaki Ini Tunjuk Kaedah Campuran Tanah Buat Pokok Kunyit Subur Dan Daun Merimbun.

Share

Kini sejak PKPB ramai yang mula berminat bercucuk tanam. Pelbagai pokok di tanam di halaman rumah. Tentu ada yang tidak sabar untuk menantikan hasilnya.

Namun, ada yang bercucuk tanam mendapati pokoknya tidak subur, tidak berbuah dan rosak dalam tempoh.

Bagaimanapun perkongsian ini menarik untuk kita ketahui apabila beliau menerangkan kaedah campuran tanah untuk menyuburkan pokok.

Ikuti perkongsian.

Sebenarnya, untuk membuat campuran tanah adalah banyak pendapat dan idea. Namun saya lebih suka untuk memilih medium yang mudah saya perolehi di sekitar saya. Lain orang, lain pendapat. Tapi ini kaedah saya sahaja, hanya perkongsian. Berdasarkan pengalaman lepas, ini sahaja cara yang saya gunakan untuk tanaman di sekitar rumah saya.

Medium yang diperlukan ialah, TANAH HITAM SAWIT, COCOPEAT (SABUT KELAPA KISAR HALUS), dan juga (SEKAM PADI BAKAR). Nisbah yang seringkali saya gunakan ialah, 1 : 1 : ¼ bahagian di mana 1 bahagian tanah hitam sawit, 1 bahagian cocopeat, dan ¼ bahagian sekam padi bakar.

Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan gaul sehingga campuran tadi menjadi lembut dan senang dipegang. Anda semua kena tahu, tanah sawit hitam jika tidak dicampur sangat melekit dan mudah padat. Setelah siap, boleh isikan ke dalam pasu dan masukkan anak pokok yang hendak di tanam.

CARA PENYIRAMAN

Buatlah penyiraman dua kali sehari iaitu pagi dan petang untuk mengekalkan kelembapan medium. Sebaiknya, gunalah bancuhan air BAJA TPF untuk menjadikan pokok membesar bak juara. Seminggu sekali bolehlah disembur dengan booster tanaman pula pada pokok untuk menggalakkan lagi tumbesaran pokok dengan lebih cepat, baik dan sempurna. Banyak booster yang dijual di pasaran. Saya memilih untuk menggunakan BIO BOOSTER MR ENERGIZER untuk memastikan tanaman saya sihat dan segar.

Posting kali ini, saya kongsikan dari awal tanaman kunyit saya. Dari pasu yang bersaiz kecil sehinggalah pasu bersaiz besar dan pokok kunyit pun mengeluarkan bunga. Saya tahu, di luar sana, lebih ramai orang yang dapat menanam pokok kunyit yang lebih cantik. 

Pokok kunyit dah semakin membesar.



Merimbun 

Manfaat tanam kunyit.

Suka saya kongsikan di sini, antara kebaikan memiliki pokok kunyit di rumah kita sendiri ialah, dapat membantu melegakan demam panas, keputihan bagi wanita, luka luaran, tekanan darah tinggi, cirit birit dan tidak selera makan.
Kebanyakannnya, khasiat kunyit adalah pada rizomnya dalam bahasa yang mudah, “isi kunyit”.

Bagi mengurangkan demam, tekanan darah tinggi, cirit birit dan tidak selera makan, boleh mengambil 20g kunyit, tumbuk dan dicampur dengan air suam, dan di minum dua kali sehari. Bagi wanita yang mengalami keputihan, ambil rizom kunyit dan kisarkan bersama-sama dengan pegaga dan diminum sebelum datangnya haid. Jika anda mengalami luka luaran, ambil rizom kunyit, tumbuk halus dan tampal pada luka. Banyak lagi kelebihan rizom kunyit, terutama kepada kesihatan dalam wanita. Cubalah!

Bahagian daun semestinya wanita di luar sana lebih arif, tak lepas dari masakan rendang. Selain itu, boleh juga dibalut dengan ikan sebelum dibakar untuk mendapatkan aroma yang enak.

“Ada manfaat, ada kebaikan, kita sebarkan”.

Sumber: Mohd Amri

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club