Tanam pokok daun kunyit ni memang ramai yang telah mencuba. Ada yang menjadi dan ada sebaliknya.
Pokok ni memang menjadi kegemaran ramai kerana sering digunakan dalam masakan.
Bagi yang masih belum berjaya, boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah. Tengok hasil tanamannya hijau dan lebar pokok kunyit.
Bestkan bila tengok daun kunyit ni hijau dan lebar-lebar. Nak buat rendang pun semangat sikit.
Lagi padu bila buat balut ikan patin bakar tempoyak. Perghh, meleleh air liur pagi-pagi ni.
Kunyit ni AA tanam dalam planter box ditepi rumah. Tanam pada 5 April yang lepas. Sekarang ni usianya lebih kurang 10 minggu.
Baik.
Ini cara yang AA tanam ya sahabat,
13 Step
1. Tanam dalam planter box. Media guna tanah campuran.
2. Sebelum tanam, buat tanah campuran sendiri. Gotong royong dengan anak-anak. Nisbah campurannya 1 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian tinja kambing.
3. Gaulkan tanah campuran tadi hingga betul-betul sebati. Lepas tu siram dengan air secukupnya. Biarkan selama 2 minggu.
4. Siap buat tanah campuran, semai isi kunyit. AA semai dalam sarang telur je. Guna cocopeat.
5. Lepas 2 minggu, tanam isi kunyit yang dah disemai. Masa ni isi kunyit dah ada tunas tapi tiada akar lagi.
6. Masa tanam tu, tak perlu dalam-dalam ya. Memadai isi kunyit tenggelam je. Pastikan tunas tak dikambus ya. Jangan padatkan tanah semasa tanam.
7. Lepas tanam, siram air secukupnya. Siraman dibuat 1-3 hari sekali bergantung pada cuaca dan kelembapan tanah.
8. Pokok kunyit akan mula berakar bila usia 2-3 minggu lepas tanam. Tunas pun dah bertukar jadi daun.
9. Bila pokok dah ada daun, baru kita siram dengan baja AB. Usianya lebih kurang 3 minggu lepas tanam.
10. AA siram dengan baja AB Strong buatan sendiri. Kadar dan kepekatannya adalah seperti berikut:
> Usia 3 minggu : Siram sekali seminggu je. Siram pada awal minggu. 1-2 liter serumpun. EC 1.5
> Usia 4-6 minggu : Siram sekali seminggu je. Siram pada awal minggu. 1-2 liter serumpun. EC 2.0
> Usia 7 – 10 minggu : Siram sekali seminggu sahaja. Siram pada awal minggu. 1-2 liter serumpun. EC 2.5.
11. Sembur dengan foliar organik 1-2 minggu sekali. AA guna FAA + mol buah.
12. Dua ke tiga minggu sekali, cabut rumput dan gemburkan tanah di kawasan perdu pokok.
13. Bila usia 12 minggu, AA akan bagi baja sebatian NPK. Nama glamour orang panggil baja buah. Tujuannya nak bagi isi dia lagi banyak dan besar.
Cukup 13 step dulu ni kot. Lain kali kita update pula ya dengan step lain.
Dapat cium bau cempedak yang digoreng pun dah mampu buat kita rasa teruja nak makan. Itu belum lagi bila salutan tepung yang dimasak terasa ranggup, memang puas hati menjamahnya.
Menyentuh tentang ramuan untuk bancuhan tepung untuk pastikan rangup dan enak, memang ada macam-macam petua dan salah satu yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini adalah dengan mencampurkan ais batu ke dalam adunan. Unik bukan?
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Cempedak goreng rangup. Santapan malam tadi. Resepi bancuhan tepung rangup saya sediakan di bawah.
Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat untuk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain-lain. Tauhu bergedil jualan saya pon saya buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupon sejuk.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujg sudu kecik)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4@5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sgt) nanti ais akan mencair.
Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.
sumber : Tuan Adriana Arissa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering berkongsi aktiviti bersama isteri dan anak-anak tirinya, tidak hairanlah jika keluarga kecil pelakon, Aidil Aziz bersama Fasha Sandha ini sering menjadi perhatian netizen. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Azizjujur mengakui tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya.
“Sejujurnya saya memang menyukai kanak-kanak, saya mempunyai empat orang anak buah yang sangat rapat dengan saya. Dan apabila Allah kurniakan dua anak (Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma) saya berasa amat bersyukur. Walaupun masing-masing ada kerenahnya, tapi saya bersyukur kerana mereka berdua dapat menerima insan baru dalam kehidupan mereka.
“Putra Rayfal, anak yang pandai berdikari dan baik, selalu menjaga hati ibu dan ayah, Jemyma pula anak manja dan sedikit degil, tetapi selalu membuat kami tertawa dengan teletah mengada- ngada nya tu.
“Tiada spesifik tips sebenarnya, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Saya ikhlas menyayangi Fasha dan kedua anak-anak saya ini. Saya tidak menganggap mereka sebagai anak tiri, malah saya menganggap mereka berdua adalah anak kandung saya.
Ditanya perasaan apabila bakal bergelar ayah, Aidil meluahkan rasa syukur dan tak sabar menantikan orang baru dalam rumah tangga mereka.
“Waktu Fasha beritahu berita ini, saya terus buat sujud syukur. Bersyukur kepada Allah kerana selepas beberapa kali keguguran akhirnya kehamilan ini berjaya dan sekarang dalam trimester ke dua (4 bulan lebih). Hari-hari saya membacakan doa di perut isteri saya, membaca empat Qul . Saya doakan agar kehamilan ini akan sihat sehingga melahirkan,” ujar pelakon drama Camelia ini lagi.
Biarpun sibuk dengan penggambaran, namun Aidil antara pelakon yang sentiasa menjaga penampilan diri.
“Saya tidak bersukan di gim, saya hanya akan bermain bolasepak dan cardio dua atau tiga kali seminggu bersama kawan-kawan saya. Saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat.
“Isteri saya selalu membekalkan makanan buat saya dan memastikan saya makan banyak sayuran hijau. Untuk bidang seni, sehingga kini saya masih aktif dalam bidang lakonan, sekarang sibuk dengan pengambaran drama Arahan Shahrul Ezad untuk Astro sebanyak 30 episod.
Menyentuh soal mendidik anak-anak di rumah, Aidil mengakui agak tegas tetapi bergantung pada situasi.
“Saya lebih tegas dalam rumah tangga dan kami jarang ada perselihan faham kerana masa kami banyak terisi dengan penjagaan anak-anak, selalunya kami banyak berbincang dan memastikan tidak akan tidur dalam keadaan yang tidak gembira.
“Saya selalu akan pastikan ada ruang untuk kami berjemaah bersama-sama. Selain itu, kami juga selalu melawat kedua-dua belah keluarga. Dengan adanya silaturahim maka hubungan jadi rapat. Saya tidak sempurna tetapi saya selalu akan buat terbaik untuk memastikan isteri saya serta 3 anak saya (Rayfal, Jemyma termasuk dalam kandungan) gembira dan bahagia,” ungkap Aidil sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengah hari? bila mengikut selera masing-masing mungkin banyak pilihan kan. Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat resipi Sup Daging pula.
Simple je tapi rasanya sedap macam makan di kedai. Yang penting bahan asas untuk menyedapkan resipi ini kena ada. nak tahu apa dia jom baca perkongsian dari puan Nik Hakimah ni. Selamat mencuba!
saya nak share buat Sup Daging ala kedai tomyam zero failure. Sesuai untuk yang baru belajar masak. Jangan risau. Saya dulu pun tak pandai. Puas bubuh segala rempah apa bagai tetap tak macam sup kat kedai tomyam siam tu.
Lepas tu saya makan kat rumah mak saya. Ada hint rasa yang sama. Apa lagi. Korek ilmu la…
Caranya lihat di bawah:
Mula2 rebus daging yang dah dipotong2. Besar kecik tu belakang kira. Tak payah pikir urat ke apa. Lebur je. Ni guna sepeket daging frozen. Saya gunakan pressure cooker.. Ala. Pressure cooker yang berbunyi scary bila tgh masak tu. Kejap jela. Kalau rebus periuk biasa lama lah sikit. Bila dah siap rebus, campak je 2biji kentang size kecik yang dah dibelah 2. Kalau besar sebiji cukup belah lah 4.
Dalam kuali yg lain, tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah 3ulas, bawang putih 3ulas,halia 2inchi, sup bunjut. Saya belasah je bawang besar. Semalam pi beli bawang, bawang dah la mahal. Bawang merah pun habis stok. Alahhh.. Balun je.
Sampai dia caramelised begini ha. Hangus2 sikit tu sedap. Pastu tuang je masuk periuk daging tadi, on pulak api daging.
Ha. Inilah rahsianya. Perencah sup siam. Ha. Letakkk..
Rebus lah sampai kentang empuk, letak tomato belah 4, batang saderi (tak letak sbb tak ada, orang econsave semalam lambatnyaaa restock barang), garam dan sedikit air limau nipis… Ha. Yg tu pun rahsianya juga. Kalau nak pedas time ni la masuk cili api ketuk je.
Tabur daun sup. Mahaplah kurang fresh daunnya. Siap. Memang rasa macam kat kedai siam tu ha.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.