Daun kesum ini adalah antara tanaman yang wajib ditanam di halaman rumah di dalam pasu. Ia merupakan bahan masakan yang menjadi penyedap masakan terutama masakan asam pedas dan laksa.
Jika sebelum ini asyik beli di kedai apa kata cuba menanam pula.
Cara nak tanam bukan susah tapi kena ada ilmu sikit.
Nak tahu, caranya, ikuti perkongsian lelaki ini menerusi facebook miliknya, Mohd Amri.
Ikuti lanjut caranya:
TIPS MUDAH TANAM KESUM DALAM PASU.
Bahan:
Ads
1. Kesum
2. Tanah campuran
3. Baja TPF atau baja AB, atau mana mana baja yang sesuai.
4. Kawalan serangga terutama untuk kawal bena putih.
CARA TANAM:
1. Ambil beberapa batang pokok kesum. Boleh didapati sama ada dari lebihan yang beli di pasar, atau boleh didapati di mana mana sahaja, minta izin dahulu.
2. Buang daun-daun yang kering, lurutkan sahaja. Boleh patahkan juga cabang-cabang muda.
3. Pastikan cabang-cabang tiada bena putih. Saya akan buat semburan terus untuk kawalan bena putih.
Ads
4. Sediakan tanah campuran. Sebaiknya jangan isi sebarang baja lagi. Cucuk batang kesum yang dibuat pada langkah 1.
5. Cucuk banyak-banyak, supya memenuhi pasu. Baru nampak banyak bila dah membesar nanti. Hehe.
Ads
6. Setelah cucuk, terus siram air kosong sampai lencun dan letakkan di bawah pokok lain atau bahasa mudahnya tempat redup selama 9-10 hari sehingga pokok tegak.
7. Kebiasaannya, 4 hari pertama pokok akan layu sebab baru dipindah ke tempat baru. Tunggu dahan yang dicucuk tadi tegak. Maksudnya, akar dah keluar.
8. Setelah pokok tegak, barulah siram air baja TPF mengikut sukatan oleh pihak penjual. Atau boleh tabur mana-mana baja yang dibeli, mengikut sukatan.
9. Jangan lupa bagi air yang cukup, jangan biarkan pokok kesum kering. Pokok kesum sinonim dengan pokok kuat “minum” air.
10. Kawalan seperti bena putih boleh dilakukan seminggu sekali sama ada menggunakan cuka kayu atau mana mana bahan yang sesuai.
Selamat mencuba!
Sumber: Mohd Amri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau nak didik anak- biarlah dari awal. Sejak mereka masih kecil, ajarkan benda-benda yang baik supaya dapat membentuk peribadi dan akhlak mereka. Peranan ibu ayah juga sangat penting untuk terapkan rasa kasih dan sayang antara adik beradik.
Antara anak selebriti yang sering mendapat perhatian adalah Isaac Raees yang dilihat sangat baik serta cerdik. Walaupun anak sulungnya lelaki namun Zahirah MacWilson banyak mengajar tentang ‘survival skill’ pada Isaac.
Sejak kecil, Isaac telah dilatih untuk membantunya di dapur dan sebagainya. Jika dilihat, Isaac tidak kekok dan sangat seronok dapat membantu mommynya.
Terbaharu, Zahirah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Isaac sedang menjemur pakaian adiknya. Pada usianya 3 tahun, Isaac sangat teruja dan kelihatan seperti sudah biasa melakukan kerja rumah itu.
Bukan itu saja bahkan Isaac juga membantu bersihkan tab mandi Inara serta membasuh pakaian. Selain itu juga, ada momen-momen Isaac memasang katil adiknya.
“Isaac’s always got your back Inara ❤️..”
Melihatkan sikapnya yang baik dan sangat ringan tulang, kita percaya didikan Zahirah dan Aiman telah membentuk peribadi anak mereka. Selain kecerdikannya itu, ramai yang turut memuji Isaac yang mempunyai tutur bicara yang sangat lembut serta petah berkata-kata.
Mungkin juga itulah yang ditunjukkan oleh Aiman Hakim, jadi Isaac banyak belajar dari daddynya. Sama-sama kita doakan semoga Isaac terus membesar dengan sihat serta menjadi anak dan abang yang boleh baik buat keluarganya!
Seiring dengan sekarang raya korban, Pelakon jelita Elisya Sandha tidak lepaskan peluang dengan meraikan majlis aqiqah anak perempuannya, Bunga Elhaq pada 10 Julai 2022.
Menerusi laman sosial Instagram, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan dan suami Uzair Haqimy berkongsi foto-foto momen sepanjang maj|lis berlangsung untuk tatapan umum.
Dalam perkongsian tersebut, menantu kepada pasangan penerbit terkenal Sheila Rusly dan Jinggo ini turut menitipkan nukilan istimewa buat anaknya di ruangan kapsyen tentang erti pengorbanan bersempena sambutan Aidiladha.
“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq.
“Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you.
“Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you hari ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, ketiga-tiga mereka mengenakan tema serba putih sambil buaian dihiasi bunga-bungaan berona kuning cair.
Tidak hanya itu, pelakon drama Ratu Ten Pin itu mencoret beberapa nasihat untuk dibaca oleh anaknya tatkala dia sudah besar nanti.
“Anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. Bila besar nanti, boleh membaca, i nak you baca mesej ni dan ingat pesan mummy
“Jagalah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya, jangan sid-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga, betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.
“Selamat hari raya korban daripada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Bukan calang-calang mereka yang terpilih menjadi ibu bapa kepada anak istimewa. Pelbagai cabaran dan pengorbanan yang harus dilakukan dengan hati yang tenang lantaran anak istimewa ini tentunya mempunyai tingkah laku yang berlainan dengan anak normal. Begitulah yang dikongsi oleh seorang bapa Luis Wan yang mempunyai anak ASD (Asperger Syndrome) yang menyentuh mengenai perkembangan pembelajaran anaknya.
Beliau berkongsi cerita bagaimana beliau dan isteri menghadapi cabaran dalam aspek pendidikan buat anaknya. Ikuti perkongsiannya. Moga menjadi inspirasi buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak istimewa dengan sempurna.
Aliran Perdana atau Pendidikan Khas
Entry uncle kali ini tidak merujuk kepada mana-mana individu atau mana-mana entry sebelum ini. Ianya sekadar perkongsian dan pendapat uncle sebagai seorang bapa yg mempunyai anak ASD (Asperger Syndrome).
Danish mula bersekolah pada tahun 2010 di aliran perdana atas saranan pakar kanak-kanak (Dr.Selina) yg menasihatkan uncle utk memberi dia peluang belajar di sekolah biasa dahulu utk tempoh 3 bulan. Dalam masa 3 bulan itu uncle & isteri telah merancang utk memberitahu pihak sekolah (guru kelas & guru besar) tentang keadaan sebenar Danish. Belum pun sampai tempoh 3 bulan, guru kelas & guru-guru yg mengajar Danish nampak kelainan yg ada pada Danish.
Uncle pendekkan cerita, setelah perjumpaan dgn pihak sekolah akhirnya Danish belajar di aliran perdana sehingga darjah 3. Semasa darjah 3, uncle & isteri nampak kesukaran Danish untuk belajar dgn rakan-rakan sekelasnya.
Kami sering nampak Danish dlm keadaan tertekan ketika hendak menyiapkan homework & adakalanya sampai dia berpeluh-peluh cuba utk menyiapkan semua homeworknya walaupun di dalam keadaan biliknya yang berhawa dingin.
Ini kerana sebagai seorang individu asperger, Danish patuh pada arahan gurunya utk menyiapkan semua homework walaupun uncle & isteri bagitau yg dia boleh menyambung menyiapkan homeworknya pada keesokkan hari.
Dan pada akhir tahun 2012 uncle ambil keputusan untuk menukarkannya ke pendidikan khas walaupun guru besar & guru-guru yg mengenali Danish memujuk uncle utk meneruskan persekolahannya di situ. Semasa membuat keputusan utk menukarkan Danish ke pendidikan khas, keputusan yg uncle buat adalah bersama isteri tanpa berbincang dgn Danish yg ketika itu berusia 9 tahun yg baru sahaja mula untuk menguasai komunikasi 2 hala.
Cabaran pembelajaran
Setelah ditempatkan di pendidikan khas selama setahun, guru pendidikan khas mencadangkan utk menempatkan Danish di kelas inklusif bersama-sama pelajar aliran perdana.
Cabaran pertama yg uncle hadapi ialah memberitahu Danish sendiri yg dia akan mula belajar bersama-sama rakan sekelas yg baru dalam jumlah rakan sekelas yg sama seperti di sekolah lamanya (aliran perdana).
Selama setahun di kelas pendidikan khas, Danish belajar bersama 4-5 rakan yg sekelas dengannya tanpa sebarang tekanan (waktu itu mmg kami bertiga “honeymoon”, tiada stress langsung buat kami bertiga). Cabaran kedua bagi uncle & isteri adalah utk memulakan semula “awareness” kepada rakan-rakan sekelas Danish yg baru.
Cabaran paling besar pernah Danish hadapi ketika belajar di kelas inklusif adalah apabila mendapat tekanan dari guru aliran perdana. Uncle tak salahkan kesemua guru aliran perdana atas sebab seorang guru ya…sebabnya kerana ada juga guru aliran perdana yg prihatin & memberi kerjasama yg bagus kepada uncle, isteri dan juga Danish sendiri.
Akibat tekanan yg dihadapinya itu, pernah satu ketika setelah uncle hantar dia balik ke rumah, habis dia mengamuk kerana tak dapat menahan perasaannya yg bercelaru. “Papa & mama suruh saya hormat pada cikgu walaupun saya kena marah dengan cikgu…tapi kenapa cikgu tu cakap mama & papa terhegeh-hegeh nak saya ambil peperiksaan UPSR. Cikgu cakap saya nak buka buku pun lembab”. Uncle ambil pendekatan utk buat e-aduan kepada KPM atas insiden tersebut kerana uncle tak mahu Danish jadi mangsa keadaan sekiranya uncle bersemuka secara terus dgn guru tersebut. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Tepung jgn berselerak, rambut jgn putus.
Setelah keputusan UPSR diumumkan, isteri uncle diminta utk menyampaikan ucapan. Ucapan terima kasih buat pihak sekolah & semua yg terlibat dari uncle & isteri disampaikan dlm ucapan tersebut. Dan isteri uncle juga menemukan Danish & guru tersebut setelah selesai majlis dan Danish minta maaf atas kelakuannya semasa belajar dengannya & minta dihalalkan segala ilmu yg guru tersebut ajarkan. Uncle terapkan “forgive & forget” kepada Danish tetapi sehingga kini nama penuh guru tersebut kekal dlm lipatan memori Danish sedangkan kami dah lupa nama guru tu.
Dan sekali lagi uncle & isteri terpaksa ambil keputusan tanpa bertanyakan atau berbincang dengan Danish utk mengekalkan Danish belajar di pendidikan khas sekolah menengah walaupun rata-rata guru pendidikan khas mencadangkan utk menempatkan Danish di kelas inklusif aliran perdana.
Cukuplah hanya sekali dia tertekan sebegitu. Keputusannya yg uncle & isteri ambil adalah utk kebaikan dirinya juga. Selagi uncle nampak dirinya masih berpotensi utk dicungkil kebolehannya oleh guru-guru di pendidikan khas, kami izinkan. Selagi dia masih bersemangat utk ke sekolah tanpa sebarang tekanan, kami bagi sokongan.
Apa yg uncle harapkan cuma bila Danish sudah dewasa & boleh berfikir secara matang, biarlah dia tahu yg keputusan yg kami buat untuknya sekarang adalah yg terbaik untuk dirinya di waktu ini.
Bagi kami, samada dia belajar di aliran perdana atau pendidikan khas itu bukan isunya. Tapi insan yang menjadi tenaga pengajar, guru & cara pembelajaran itu yg akan membantu dia belajar..segalanya.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.