Kebanyakan orang suka makan char kuetiau kat kedai kan? Mana mahunya buat kat rumah, kalau masak sendiri nanti kuetiau terlebih kembang lah, putus lah, itu lah ini lah! Banyak betul kan alasannya? hehe.
Hari ini kami nak kongsi basic tip untuk masak kuetiau kat rumah, jadi lepas ni masing-masing master lah! Merasa lah cik abang dan anak-anak minum petang makan kuetiau goreng kat rumah kan.. Jom tengok tip mudah dari Yurni Emilia ni!
Dah a few times nampak ahli grp ni menghadapi crisis mengoreng Kuewtiaw. Di sini i share basic tips utk selamatkan keadaan ye…
Tips Goreng Kuetiau
1) kuetiau is not friendly to water. Jadi,..
– Jangan basuh lama2. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat2
– basuh pakai air paip je. Bukan dgn air panas
– membasuh kuetiau is a preference. Setengah org buat. Some dont. Saya prefer basuh, utk asingkan Ktiaw 1-1. Tak suka yg melekat.
2) Bila mengoreng, kuetiau is very friendly dgn minyak . So sila boh minyak lebih sikit.
3)Nak penang style boh lah sedikit minyak bijan. Sikit je coz minyak bijan bau nye kuat.
4) Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh or tomato/chili sauce. Remember, kuetiau is Not friendly dgn air.
5) Tambah air only if you nak buat Char kuetiau Banjir.
6) Kalau nak tambah telur, pastikan telur tu goreng kering sikit before digaulkan/kacau dengan kuetiau yg sedang digoreng tu.
Ok ni je lah tips. Hope this will reduce incident-incident kuetiau goreng kembang.
Sumber : Yurni Emilia
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Ikan Keli Digoreng Tak Meletup & Sedap Dimakan. Wanita Ni Kongsikan Petua & Caranya!
Memasak juga ada cabarannya yang tersendiri, jangan ingat walau sekadar sediakan menu ikan goreng ianya cukup mudah dilakukan.
Apatah lagi jika ikan yang digoreng itu adalah ikan keli. Memang akan ada aksi ‘berperang’, mengenakan tudung periuk sebagai perisai melindungi diri dari percikan minyak panas.
Pun begitu tahukah anda, ada petua dan tip boleh digunakan untuk atasi masalah ikan keli meletup ketika digoreng?
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Aju Aminudin ini.
PETUA IKAN KELI TAK MELETUP SEMASA DIGORENG
Ramai orang yang suka makan ikan keli goreng. Tapi sebab tak sanggup nak ‘berperang’ dengan ikan tu yang asyik meletup masa digoreng di dalam kuali, jadi dilupakan je lah hasrat nak menggoreng ikan tu. Ataupun jalan selamat, beli je lauk yang dah siap dimasak, kan?
Meh sini Cikju nak bagi PETUA macam mana tak nak bagi ikan keli ni meletup ketika digoreng, dan sedap dimakan. Petua ni diturunkan oleh mak Cikju. Moga kita sama-sama dapat manfaatnya.
Bersihkan Darah Beku
Mula-mula, ketika menyiang ikan keli, make sure kita buang darah beku yang terdapat pada leher ikan tu. Ramai yang terlepas pandang dan tak tau tentang ni.
Kalau nak tau di mana ada darah beku tu, ambil pisau, leretkan bawah rahang ikan yang keras tu, kelarkan di bahagian tu. Kita akan jumpa darah beku tu.
Buangkan. Itu untuk kebersihan je. Takde kena mengena pun dengan ikan yang meletup ketika digoreng tu . Tapi disebabkan ada yang tak tau tentang perkara ni, lebih baik kita bagi pencerahan sikit, ye.
Cuci Dengan Garam & Asam Keping
Kemudian, kelar ikan keli macam biasa. Basuh dengan garam dan asam. Sebaiknya guna garam kasar dan asam keping sebab asam keping membantu mengurangkan lendir ikan. Lepas cuci dengan asam garam, bilas dengan air paip, toskan.
Gaul Dengan Tepung
Ketika nak menggoreng, gaulkan ikan dengan garam kunyit macam biasa dan rahsia untuk ikan tak meletup semasa digoreng bermula di sini.
Tambahkan tepung jagung pada ikan keli sekadar menyalut ikan tu je. Disebabkan tak perasan tepung jagung dah habis masa buat kuih aritu, Cikju bantai je tepun kastard yang ada. Boleh je lah.
Panaskan minyak dalam kuali sehingga betul-betul panas, perlahankan api sekejap dan masukkan ikan keli satu persatu. Goreng sampai betul-betul garing. InsyaAllah ikan keli yang digoreng tak meletup.
Tak payah sampai kome nak pasang perisai bagai, kan. Rumah pun tak berkecah dengan minyak yang meletup-letup tu. Setakat meletup-letup manja tu biasa la. Goreng ikan kembung pun kadang-kadang meletup jugak. Ye dak? Haha.
Tengok kejadian ikan yang dah digoreng tu. Cantik je kan?
Hari ni Cikju masak Ikan Keli Masak Taucu. Nak resepi jugak ke? Tak payah le kot. Kome pun dah pandai kan? .
Okay, sekian sharing macam mana nak elakkan ikan keli meletup ketika digoreng. Tapi kalau meletup jugak, pandai-pandai le kome mengelak. Tak pun kome baca la apa-apa ayat atau doa yang patut ye.
Yang nak share tu dipersilakan je share ye. Semoga lepas ni kome dah tak takut nak menggoreng ikan keli lagi.
Sumber : Aju Aminudin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Masak Steak Yang Betul & Sempurna. Lelaki Ni Kongsikan 7 Langkah Nak Dapat Daging Yang ‘Juicy
Anda penggemar steak tapi nak masak sendiri di rumah takut tak me jadi, lebih-lebih lagi kalau nak dapatkan hasil daging yang medium well atau medium rare-medium.
Nak tak nak kenalah ke restoran. Tapi banyak juga belanja nak kena keluar kan kalau makan di luar.
Jadi, admin kongsikan cara dan tip oleh saudara Ahamad Emran ini bagaimana untuk mendapatkan hasil steak yang sempurna dan daging yang ‘juicy’. Selamat mencuba!
2-1½-2
Banyak kali experiment, tak dapat2 timing yang perfect untuk dapatkan medium rare. Mungkin sebab setiap kali beli daging, dapat different size and cut. Takpe lah. Kira lebih kurang je lah.
This time try 2-1½-2 minit pulak. End result nampak macam medium well – well done dah pulak!
Anyway, rasanya inilah antara resipi yang paling mudah.
1. Kalau boleh, simpan daging dalam peti sejuk (bukan peti ais). Kalau nak makan harini, semalam lagi dah simpan dalam peti sejuk.
2. Lumur garam (saya pakai garam yang dah ada garlic powder sekali) dan thymes. Be generous (tapi jangan terlebih sangat!) with the salt & garlic. Biar dalam 10 minit.
3. Sementara tu, panaskan pan dalam 10 minit jugak. Biar dia betul2 panas sampai berasap.
4. Masukkan daging dalam pan yang panas tu (tak pakai minyak pun). Asap akan banyak. So, pakai la dapur yang kat luar rumah kalau tak nak rumah penuh asap. Biarkan selama 2 minit. Tak payah terbalik-balikkan. Biar je.
5. Lepas 2 minit, baru terbalikkan. Kali ni buat 1½ minit pulak.
6. Bila dah siap, angkat, dan biarkan dia rest untuk 2 minit (2-1½-2). Kasi time untuk jus dalam daging tu merebak ke serata daging.
7. Enjoy your steak. Nampak tak jus daging tu banyak? Kalau daging dah habis, tapi jus tu banyak lagi, pergi cicah roti. Perghhhh
____________________________________
Update: saya cadangkan masa 1½-1-5 untuk medium rare-medium.
Saintis Ni Jelaskan Banyak Hal & Fakta Tentang Madu. Barulah Serba Serbi Kita Tahu & Tak Keliru!
Apabila menyebut amalan pengambilan madu dalam keluarga, umum mengetahui ia adalah suatu perkara yang sangat bagus. Khasiat madu dapat dimanfaatkan oleh anak-anak hinggalah orang dewasa, ini memandangkan madu juga dikenal sebagai sahabat kepada penjagaan kesihatan.
Oleh itu, ada baiknya kita mengetahui secara detail tentang khasiat, tip dan pantang larang pengambilan madu ini bersama Dr. Suri Roowi, Pakar Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan. Jom semak.
APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?
Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan.
Soalan 1: Adakah madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan 2: Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.
Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan 3 : Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?
Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;
a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim
pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan
difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotik iaitu
menggalakkan pertumbuhan bakteria
baik seperti bifidobakteria, laktobasillus
dan merencatkan pertumbuhan bakteria
berbahaya seperti enterobacteriaceae.
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat
dalam madu yang mungkin terikat bersama
bahan lain dalam usus besar manusia
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan 4 : Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…
a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan
memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala
walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan
menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun disimpan bertahun-
tahun.
Sebenarnya, madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama.
Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut-perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda-tanda bagi kaum yang mereka berfikir….
a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang.
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia.
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar.
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e. Bahan antioksidan ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Soalan 5 : Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas
Moga Bermanfaat
Ektra Info Tentang Dr Suri Roowi
Beliau adalah Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan – Makanan Kesihatan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.
sumber : Dr Suri Roowi