
Sejak akhir-akhir ni ramai suka bercuti konsep ‘ camping’ atau cara khemah.
Barangkali inginkan kelainan disebabkan bosan bercuti di hotel, jadi ramai mengunakan konsep bercuti cara ini.
Bercuti kembali kepada ‘nature’ ini tidak lengkap jika tiada acara ‘bakar’ atau BBQ bersama keluarga.
Cuma remeh sedikit apabila perlu menghidupkan api. Menerusi perkongsian ini menunjukan tip cara untuk menghidupkan api dengan mudah.
Guna 2 bahan aje
Bahan:
Tisu, minyak masak dan arang
Cara penyediaan:
Meninjau komen netizen ada antaranya baru mengetahui cara berkenaan dengan menyatakan sesuai untuk aktiviti berkhemah.
Sumber:TikTok bokbonhitam
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Jangan Letak Ubat Gigi, Minyak Gamat, Kicap….”-Dr Ni Jelaskan Melecur Boleh Jadi Lebih Buruk Jika Salah Rawat!

Kecederaan ringan akibat melecur atau terkena benda panas ketika memasak diakui kadangkala tidak dapat dielakkan. Lazimnya kesan lecuran tidak serius kerana ia hanya melibatkan kecederaan pada bahagian paling luar kulit kita.
Pun begitu, jika tidak diubati terasa pedih dan sakit juga pada kawasan yang melecur. Jadi bermacam-macam cara dipraktikkan untuk memberi kelegaan pada anggota yang melecur. Ada yang kata sapukan dengan ubat gigi, kicap dan macam-macam lagi hingga tanpa sedar sebenarnya ia akan mendatangkan kesan yang lebih teruk.
Ini sepertimana perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan beberapa amalan yang biasa dibuat untuk merawat lecur yang boleh mendatangkan bahaya dan turut berkongsi cara paling mudah dan selamat yang perlu dilakukan jika terjadinya lecur pada tubuh badan.
Semoga perkongsian ini memberi info dan kefahamaan kepada semua dan diharapkan tidak lagi mengamalkan cara yang membahayakan diri.
Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.
Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Rawatan kecemasan awal betul adalah:
- Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
- Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
- Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
- Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
- Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Untuk keterangan lanjut boleh whatsapp http://www.wasap.my/60169647520
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Disangka Beguk Rupanya Petanda Hidap Kanser Limfoma. Wanita Ni Berjuang Untuk Sembuh, Jadikan Inspirasi!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
“Kesian Anak Mommy. Tak Apa, Aaleph Strong Boy.” Gara-Gara Anak Tercedera, Zizie Izette Simpan Semua Meja Di Rumah

Isi Kandungan
ToggleMalang tak berbau, itu yang boleh diungkapkan dengan insiden yang menimpa anak cantik manis, Datin Zizie Izette. Dalam perkongsiannya menerusi laman instagram, Zizie memberitahu anak kembarnya, Aaleph Zeke Izzete mengalami kemalangan di rumah apabila wajahnya terlanggar bucu meja.
Kemalangan itu menyebabkan sebelah kanan wajah Aaleph termasuk mata membengkak kebiruan.
Bumped his cheek on the corner of a table in my house yesterday and woke up with a swollen & blue black eye. Kesian anak mommy. Tp xpe, Aaleph is a strong boy. .
Walaupun ada berlaku kecuaian pekerja time mommy x ada, mommy akan simpan semua table yg ada kat rumah.
Kita cuba elakkan lg dari sebarang kemalangan berlaku walaupun kdg2 ada yg kita x dpt nak elak.
#itseverymommysnightmare
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Perkongsian tersebut mendapat respond dari kawan-kawan selebriti dan juga netizen.
jozlynnhanania Siannya semoga cpt sihat.. sbnrnya nih la cabaran sbnr mak2.. hadap benda yg paling menakutkan.. kesakitan anak2…
lindarafar Ya allah siannyaa @zizieizette
zarinazainuddin_ Ya Allah kesian nya die get well soon my dear tuam dengan ais batu pakai tuala pelahan lahan ..akak dulu anak terlanggar bucu meja habis meja tu suami akak tebalikkan sejak tu rasa jeran dah dgn meja siap beli span alas tepi meja .. sian dia budak tengah lasak hati2 syg @zizieizette
thenorishkarman Selawat n ice n Aleph d streOng boy wil heal wid protection from Allah swt n Angels
fatinqarl a allah sian aleph . Sakit kot .kite terlanggar sikit pon dah rasa perit . Kak zizie can u share if that happen nanny cuai apa yg kak zizie akan buat ? Means potong gaji ke ? Atau warning ke . Can share pls .tq
eskinol.anti.jerawat Lelaki kena kuat.. Rajin makan ubat ye dik
Sumber: IG zizieizette
Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua, “Bunga Nak Jadi Kakak Dah…”

Isi Kandungan
ToggleElisya Sandha umum hamil anak kedua, “Bunga nak jadi kakak dah…” Pelakon Elisya Sandha mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak kedua.
Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua
Elisya berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman video tentang berita gembira itu sebagai kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy Azman.
“Bunga Nak Jadi Kakak Dah…”
Ketika membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest rizq in life.
“Terima kasih atas doa kalian, @bungaelhaq nak jadi kakak dah,” tulisnya Elisya.
Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha turut memberikan kejutan berita gembira itu kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.
“Bunga going to be a sister.”
Sheila Rusly, ibu mentua Elisya terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.
Perkongsian Elisya itu mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram Elisya Sandha
Baca artikel lain juga: Elisya Sandha Kongsi Rahsia Langsing, Bersalin Caesar Bukan Alasan Tak Boleh Bersenam
Elisya Sandha Tak Titik Serai & Buang Kulit Luar, Cara Shiela Rusly Puji Sebelum Tegur Raih Pujian!
Elisya Sandha Akui Stress Fitnah Bergaduh Dengan Mentua, Mama Papa Sangat Sedih & Terasa
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my