Sejak anak-anak telah memulakan persekolahan secara giliran, ramai ibu-ibu mula menghadapi masalah untuk membersihkan baju putih sekolah.
Biasalah anak-anak aktif, baju putih pasti akan meninggalkan kotoran apabila pulang ke rumah.
Sebenarnya ada caranya untuk memastikan baju putih yang kusam dan kotoran degil dapat dihilangkan melalui pengunaan sabun legend ini. Paling menarik, dah tak perlu asyik nak sental baju, letak je dalam mesin basuh, pasti baju kembali putih macam baru!
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Bahan:
-Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
-Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
-Air
-Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Ini rupa sabun-sabun yang dimaksudkan di atas. Pilihlah salah satu yang senang jumpa. Caranya sama saja.
CARA-CARA
Ini pula langkah mencucinya.
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil ‘kembang hidung’ melihatkan kebersihannya.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton.
Sumber: Zakiah Hassan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club