Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan disahkan oleh doktor menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
Kanak-kanak itu, Daneen Auni Riksi kini sedang menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan bakal menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, semuanya bermula selepas tangisan berpanjangan Daneen selain sukar membuang air besar yang dialaminya.
Ujarnya lagi, dia mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.
“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.
“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya berkongsi.
Ads
Kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu
Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.
“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.
“Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mula membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.
Ads
“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.
“Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari,” katanya sebak.
Dia dan suaminya yang bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergantung harap kepada Allah dan juga usaha daripada pihak hospital.
“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.
Ads
“Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya,” katanya.
Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.
Genap tiga minggu bergelar bapa, Remy Ishak mengumumkan nama putera sulungnya, Tuah Alam.
Remy mengumumkan nama anaknya itu melalui entri di Instagram (IG) yang memaparkan klip video program Oh Baby Remy, semalam.
Dalam hantaran itu, Remy memberitahu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersetuju menamakan anak mereka, Tuah Alam.
Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu.
“Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.
“Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama.
“Tetapi, akhir sekali, kita ‘lock’ Tuah Alam. Ada sebab kenapa pilih nama Tuah. Ia bukan semata-mata nama pahlawan Melayu dulu-dulu,” katanya.
Pada masa sama, Remy berkata, ada sebab tersendiri mengapa beliau memilih nama Melayu berbanding Arab, selain percaya nama Tuah Alam mampu memberi aura positif kepada semua orang.
“Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi, bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus?
“Tuah adalah tuah atau ‘luck’. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.
“Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, Alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah.
“Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah Alam,” katanya.
Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Remy dan Ezza yang juga ahli perniagaan, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ada kemahiran bertukang ni pelbagai perkara boleh dilakukan dengan sendiri. Bila buat sendiri tu, pasti memberi kepuasan tidak terhingga apabila hasil kerja dihargai oleh ahli keluarga.
Sebagaimana yang dilakukan oleh saudara Roslan MN kemahiran bertukang dimilikinya membuatkan beliau berjaya menghasilan katil buat anak perempuannya. Tentu anak suka dapat katil idaman tambahan pula hasil kerja ayah tersayang.
Tambahnya lagi, anggaran bajet penyediaan katil antara RM250 hingga RM300. Biarpun, kelengkapan perkakasan tidak lengkap, usaha beliau berjaya. Katil kelihatan seakan beli dikedai.
Jadi tukang bidan terjun. Try buat ‘Wing Single Bed’ atas permintaan anak dara. Peralatan tak lengkap. Guna heavy duty stapler, kebas tangan . Alhamdulillah, siap jugak.
Ikuti lanjut perkongsian beliau. Barangkali boleh menjadi inpirasi buat kita untuk mencuba. Nak cuba seribu daya, tak nak seribu dalih. Jom cuba buat!
DIY buat katil anak perempuan.
Papan untuk bahagian kepala katil.
Kayu katil untuk letak tilam.
Stapler kain dibahagian kepala katil.
Span boleh di beli di shopee.
Balut span grey 1inci guna gam spray.
Spray adhesive. Utk gam span tu
Tambah lagi span biru 1/2 inci. Pastu lukis camtu utk dptkan kedudukan diamond.
Tebuk span.
Buat sndiri untuk tebung lubang. Guna paip besi, antar kedai welding, mintak welding kepala atas tu
Balut batting fiber utk lebih soft. Tak nak guna pun takpe.
Kain jeni pvc leather.
Bagi yang kurang faham untuk pasang batu diamond, boleh tengok di youtube ada ajar sis. Search je tufted headboard.
Bahagian tepi- wing. Guna stapler untuk lekatkan pvc leather
Kain lapik katil warna biru guna kain lining. Beli di kedai kain.
Lekatkan wing di kedua belah katil.
Lebihan kain untuk menutupi bahagian belakang katil. Kain lining je ni. Kat kedai jual kain ada jual. Murah je. 1 meter dlm 3-4 ringgit je. Biasanya kilang guna kain yg non woven tu. Tapi sy tak guna yg tu sbb tak tahan lama, mudah reput, koyak.
Kaki katil untuk pastikan lebih kemas.
Siap!
Dengan tunjuk ajar ini serba sedikit dapat memberi ilham untuk kita cuba bertukang buat sendiri. Sudah tentu dapat jimat!
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai.
Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...