Dalam kehidupan Muslim, sikap redha adalah tahap terakhir setelah terlebih dahulu berusaha dengan segala kemampuan.
Namun adalah tidak wajar jika tiada langsung usaha yang dilakukan dengan hanya mengharap pertolongan orang lain.
Bagi pakar kewangan, saudara Azizul Azli Ahmad, kehendak yang berlebihan membuatkan ada antara kita berbelanja melebihi kemampuan.
Lantaran itu, tanpa segan- silu meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sebagaimana tangkap layar yang dikongsinya menunjukan seorang individu menagih sempati bantuan kewangan tanpa sedar bahawa permintaannya itu adalah untuk kehendaknya. Malah sikap malas untuk berusaha menjadikan sistuasi menjadi teruk hingga menjejaskan ahli keluarga lain.
Ikuti peringatan pakar kewangan ini mengenai kehendak berlebihan yang berlaku tanpa kita sedar dengan membuat perbandingan ibu-ibu zaman dahulu.
Zaman mak ayah dulu tak ada pamper pakai buang, ada kain lampin atau napkins sahaja. Buang najis anak, spray air kuat kuat basuh sampai hilang warna najis itu.
Jika najis itu kuning kuat dan cair, lagilah lama kena sental napkin itu bagi kembali putih dan bersih.
Bilas, keringkan dan jemur satu satu diampaian. Lambat ambil hujan basah balik atau burung berak.
Ads
Napkin ini boleh disimpan, diwariskan buat adik adiknya nanti. Pin kepala besar kena ada agar kemas ikatan napkin ini agar tak berterabur dan bocor.
Hujung 80-an mula ada lampin pakai buang tapi masih dihitung mahal bagi rakyat marhain macam kita kita nie. Rak kat kedai diletak depan depan, ada pasaraya simpan dalam lemari kaca.
Mak zaman dulu masak air simpan dalam termos yang besar macam roket Elon Musk tu. Ada penutup gabus bila buka.
Tudungnya dari tembaga dan boleh jadi cawan juga. Jangan pernah jatuhkan, nanti termos dalamnya pecah.
Masak air siap siap sebelum tidur, tuang masuk simpan. Bila nak guna buka pelan pelan isikan dalam botol susu anak.
Jika terlebih akan kepanasan, menangis lagi kuat budak tu. Mak saya dulu akan tuang belakang tapak tangan susu dah bancuh nak tahu panas atau tidak. Comel sungguh!
Ads
Mak akan sentiasa pastikan pelas termos ini ada stok air panas.
Zaman itu tak ada penapis air ini semua kawan kawan.
Jika mampu, kaya silakan pakai sahaja buat keluarga kita sejahtera.
Tiada yang salah.
Tapi jika sampai meminta minta, hidup susah masih malas masak air simpan.
Sesungguhnya, malanglah siapa yang berjodohan dengan kita itu.
Perit rasanya bila mengalami alahan ketika awal mengandung atau morning sickness. Jika wanita sanggup berkorban demi anak yang dikandung dalam perut, macam mana pula halnya dengan suami atau bakal bapa. Mampukah?
Melalui perkongsian oleh satu akaun Tik Tok, Shah Nazri berkongsi pengalamannya yang terkena pembawaan ketika isteri hamil.
Apa yang menarik katanya, dia terpaksa menanggung alahan itu malah kerap merasa loya dan pening kepala. Bahkan di tempat kerja sekali pun, dia terpaksa bergantung kepada plaster koyok untuk bertahan.
“Kerja dengan alahan bukan senang,” tulisnya dikapsyen.
Tambahnya berkongsi, ketika bekerja dia menghadapi kesukaran bila mana asyik merasa loya dan pening bahkan kerap mengambil cuti sakit kerana merasa tidak selesa ketika berada di pejabat.
Bukan itu sahaja, melalui perkongsian beberapa videonya, bakal bapa ini juga turut mengalami hal yang sama di rumah namun dia beruntung kerana sepohon pokok limau di hadapan rumahnya menjadi pengubat.
Melalui perkongsian videonya, dia dilihat kerap kali ke pohon limau itu bagi menghidu kesegaran daun limau yang sememangnya boleh meredakan alahan yang dialaminya.
Makin bertambah lucu bila bakal bapa ini turut sering mengambil kerusi dan duduk melepak di hadapan pokok ini bagi meredakan masalahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat bakal bapa ini yang bermacam ragam gayanya ketika menahan alahan.
Bila ditanya tentang perbezaan menjaga dan mengasuh anak lelaki dan anak perempuan, rata-rata ada pengalaman menarik ingin dikongsi. Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
[su_highlight background=”#c0def9″ color=”#d41929″]Cara Didik Anak Lelaki[/su_highlight]
Kurangkan gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!
Bagi tahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.
Jangan larang kalau anak kita nak bantu
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai saja. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!
Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.
Mula daripada sekarang juga
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh.
– anak di bawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan.
– kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.
Sumber : Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak sangka, pejam celik dah cepat saja masa berlalu. Kalau dulu kita tengok dia, masih bayi dan kemudian besar sikit. Macam-macam gelagat dia yang buat kita terhibur. Sekarang anak sulung Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy sudahpun berumur tujuh tahun.
Bukan saja cerdik dan anak yang bertanggungjawab, malah sering menjadi pelindung kepada adik-adiknya. Terbaharu, Syeriv telah menyentuh perasaan ibunya apabila dia menawarkan diri untuk menjadi imam ketika menunaikan solat Maghrib.
“Sekadar berkongsi.. anak Bubu (panggilan kepada Tilla) dan Bapak dah boleh jadi imam. Ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia mintak nak jadi imam Bubu bulan lepas.”
Katanya lagi, dia tidak dapat menahan air matanya keluar saat mendengar Syeriv membaca bacaan dalam solat.
“Merambu ayaq mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat.”
Tilla berkongsi momen ketika Syeriv menjadi imam ketika mereka solat di sebuah surau di medan selera dan mengatakan sehingga mati pun dia tidak akan melupakan tempat itu.
“Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh lead bubu solat maghrib dekat surau foodcourt! Bubu takkan lupa surau tu sampai mati.”
Tambah ibu cantik ini lagi yang dia tidak pernah memaksa anaknya itu untuk menjadi imam dan kini dia dapat merasai detik bangga seorang ibu. Tidak dilupa, dia juga meminta warga maya untuk mendoakan anak sulungnya itu.
“Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang aku faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga dan bimbing adik-adik buat kebaikan.”
Untuk pengetahuan, Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016.
Selain Syeriv, pasangan ini turut mempunyai anak perempuan iaitu Sarima Samheizy. 4, dan Salamah Samheizy, 3.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.