Asyik Mati Je Setiap Kali Tanam, Ini Cara Betul Semai Daun Sup. Guna Bekas Terpakai Je, Boleh Makan Hasil Berbulan-Bulan!

Share

Ada yang nak jimat dari membeli, maka mereka tanam sendiri. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak.

Bagi yang tidak berjaya tanam asyik mati je, bolehlah cuba perkongsian dari Pyan Sempoy ni. Selamat mencuba!


DAUN SUP – sekadar perkongsian

Ada lagi ka yg belum berjaya tanam pokok daun sup ni??

ok nk habaq mai ada 3 kaedah utk tanam pokok daun sup ni..hangpa dah pernah cuba ka tiga2 cara ni ?? jom kongsikan pengalaman & pendapat masing2…

Kaedah pertama : semai biji benih (gambar 1)

Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang (gambar 2)

Kaedah ke 3 : tanam semula anak2 pokok yg tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2 (gambar 3:pindah ank dr pokok guna kaedah no 2)

So boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..

cara saya semai/tanam ada di setiap gambar 1,2&3..selamat mencuba 😃

Kaedah pertama : semai biji benih 

anak pokok sup umur 1 bulan lebih hasil semai biji benih..seminggu 2 lg dh boleh asing2 kan & pindah ke bekas lebih besar..

Cara saya semai:
1) siapkan media tanam..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam…lps dh isi ke bekas (cup) saya siram siap2

2) tabur biji benih sikit jer..jgn byk2  cukup secubit jer tau..tak perlu timbus dgn media lg sbb biji sup ni halus..lps spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah2 media..byk yg gagal sbb ni lah..benih yg bercambah x dpt tembus tanah utk dpt cahaya

3) spray dgn air..cukup 1-2 kali tembak jer

4) letak tempat teduh..nk tutup boleh xnk tutup pon boleh..dlm kes saya, dibiar jer x tutup pon

5) spray 2x sehari pagi & petang..insyaAllah tumbuh slps 7-10 hari..klau 2 minggu x tumbuh2 jugak bererti gagal..kena cuba lagi

Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang

Hasil semai akar pokok sup yg dibeli dr pasar..umur dh x igt sbb dh byk kali pindah anak dr induk asal

cara saya semai :

1) pilih pokok sup yg masih segar + ada byk akar yg masih warna putih + ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!

2) potong semua batang kecuali tunas2 kecil

3) rendam dlm air bg tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari

4) dh boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar

5) siram sikit2 jer jgn terlebih air..yg ni pon jd penyebab ramai yg gagal sbb media terlalu becek

6) letak tempat teduh dulu 1-2 minggu

tanam semula anak2 pokok yg tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2

pokok sup umur 1 bulan lps pindah dr induk gambar sblm ni..

cara saya tanam :
1) pokok induk mesti sihat + subur + ada byk anak2 pokok yg baru kluar..pilih yg bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau

2) korek atau cabut pelan2..syarat kena ada akar bersama ank pokok tu..klau cabut pastu xde akar baik korang campur dlm sup ja hehe..kena hati2 cabut

3) tanam & letak kat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil

4) siram sikit2 ja, sama mcm kaedah 1 atau 2..jgn terlebih air

 

Boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..

Moga bermanfaat perkongsian ini. Selamat mencuba!


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.