Hendak mendidik anak adalah cabaran yang berat, apalagi jika anak tak dengar cakap atau dengan kata lain degil.
Lain dikata, lain dibuatnya. Kadang kala, ibu bapa berada dalam keadaan sukar apabila anak melakukan berkelakuan begini.
Tapi tahukah anda bahawa anak degil ini, ada pro dan kontra sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Mohd Fhais Salim yang sering mencatat mengenai periku laku kanak-kanak di facebooknya.
Sayangnya kita selalu marah anak yang degil ni.
Kalau nak tahu anak yang degil ni ada willpower yang kuat, memang karakter dia Allah jadikan begitu.
Kelebihan anak degil
Patut syukur anak degil sebab banyak sangat kelebihan dia.
– dia tak mudah putus asa
– dia tetap pendirian
– dia tak mudah dipengaruhi
– dia kuat mental & emosi
– dia ada mindset orang berjaya
– dia kuat usaha
Anak degil ini sebabnya
Tapi oleh sebab kita ni susah nak nampak kelebihan-kelebihan dia ni kita jadi cepat sangat,
– menghukum dia
– besar-besarkan salah dia
– tak dengar keluhan dia
– buruk sangka pada dia
– terlalu keras & kasar pada dia
Oleh sebab itu juga la dia jadi makin degil.Mulanya dia degil pada karakter sahaja, tapi lama-kelamaan hati dia pun mendegil.
Sebabnya bila kita tak faham dia, dia pun memilih untuk tidak memahami kita.
Sumber: Mohd Fhais Salim