Bila dah sampai stau tahap nak pandang nasi pun tak lalu, maka mak-mak perlulah jadi kreatif untuk jamu orang dalam rumah. Ye dak?
Especially bila waktu malam! Lauk siang tadi dah dihabiskan satu keluarga, bila malam mula la masing-masing buat muka sekupang minta makanan lagi!
Dah alang-alang nak masuk dapur masak, sesekali boleh la masak sedap-sedap macam ni, Homemade Prosperity Burger resipi dari Mohd Faiz Fitri Iberahim
. Lagi jimat, boleh makan satu keluarga terus bila buat sendiri. Jom cuba!Trobek sikit aku buat homemade prosperity. Aku rasa mcm lagi sedap je dari yg ori 🤣.
HOMEMADE PROSPERITY BURGER
Bahan-bahannya :-
Roti gardenia
Daging Ramly
Bawang besar 1/2 potong dadu.
Bawang holland hiris nipis
Tepung gandum 2 sudu
Air 1 gelas
Lada hitam serbuk+tumbuk
Butter 2sb
Sos tiram 2sb
Kicap manis 1sb
garam secukup rasa
Cara-caranya :-
1. mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap..
2. uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti(refer gambar)
3. goreng daging dulu(cucuk2 dgn garfu)
Cara-cara buat sos :-
1. panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum.. kacau smpai jd gold..
2. pastu masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam.. masak sampai pekat mana korang nak..
3. celupkan daging yg dh goreng tadi.. letak ats roti n letak bawang yg korg hiris tadi..
Siappppp..
Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub