Sejak pandemik ini ramai yang tidak ke mana-mana duduk di rumah saja. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.
Salah satu aktiviti popular yang dilakukan adalah bermain permainan telefon atau game yang pastinya menghiburkan.
Namun tanpa kita sedar jika bermain dalam tempoh yang lama akan memberi kesan kecederaan kepada pergelangan tangan.
Nak tahu bagaimana ia terjadi Dr Zubaidi Hj Ahmad ada penjelasan mengenai hal ini.
BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN
“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Ads
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebangkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit. Semoga menjawab soalan yang diberikan.
Tidak dinafikan sejak pandemik melanda seluruh dunia tahun lepas ramai yang terkesan terutama aspek ekonomi.
Bukan sahaja kehilangan pekerjaan tetapi menghadapi pemotongan gaji dan diberi cuti tanpa gaji.
Malah ada syarikat mula melakukan pengurangan kakitangan dengan memberhentikan sebahagian pekerjanya untuk mengurangkan kos perniagaan syarikat.
Sehubungan itu, adalah wajar untuk kita berhati-hati untuk berbelanja.
Begitu juga perkongsian perunding kewangan ini, Azizul Azli Ahmad yang menasihati supaya berbelanja secara berhemah termasuk tidak membuat hutang baru, pakai kereta lama dan banyak lagi tip yang dikongsi untuk bertahan waktu gawat ini.
______________
Azizul Azli gemar berkongsi menguruskan kewangan yang betul.
Dalam keadaan sekarang, perlu ada dua semangat iaitu MENYERANG dan BERTAHAN. Jika kita tidak mampu menyerang. Kita harus memiliki semangat untuk bertahan.
Jangan sesekali MENYERAH kalah pada keadaan ekonomi perlahan begini. Cuba bertahan dengan lakukan ini kawan kawan,
1. Jangan Tukar Kerja.
Walau kita tak suka sangat dengan gaya tudung boss kita. Cuba bertahan dan lihat sisi baiknya seperti dia tetap gosok tudung dan tak berkedut, gittew.
2. Pakai Sahaja Kereta Lama.
Walaupun raya dah tak lama, duit dah cukup, anak dah bertambah, isteri dah ‘membesar’, cubalah bertahan dengan kereta yang sedia ada. Jika teruk sangat sampai kena tolak baru jalan, sewakan saja untuk jalan jalan nantinya. Tak usah beli dulu diwaktu bertahan ini.
3. Belajar Masak Sendiri
Tak sedap macam manapun makanan kita, kita masih boleh belajar. belum ada dalam sejarah orang meninggal sebab tak sedap makan. tetapi ramai yang meninggal sebab tak ada makanan. Dapat?
4. Jangan Bina Hutang Dulu.
Bila ekonomi perlahan, boleh bina hutang bagi orang yang pintar urus wang. Bagi golongan biasa elakkan bina hutang baru. lebih baik bina cinta buat kerluarga, jaga mereka dan beri perhatian walaupun hidup kita susah amat. itu lebih berharga
5. Berhenti Merungut.
Merungut ini langsung tidak jana duit dalam akaun kita, dengan merungut juga minda kita tidak bercambah dan kretif jadinya. Berhenti, belajar cipta peluang. sekarang musim susah, apa peluang baik untuk bantu orang? dari membantu orang banyak peluang akan terbuka kawan kawan.
6. Banyakkan Sedekah
Dalam sedekah tiada logik akal, yang ada hanyalah magic akal. Matematik mengajar setiap yang ada jika diberikan akan berkurangan, tetapi agama mengajar setiap pemberian akan bertambah berganda ganda. Nak ikut logik akal atau kembali beragama?
7. Belajar Ilmu Kewangan
Nak makanan sedap, kita kena belajar. Nak kekal bahagia, kita kena belajar. Nak pandai memandu, kita belajar bawa kereta. Nak bagi orang sayang kita kena bagi bunga. Nak kahwin, mesti pergi kursus kahwin. Semua kena belajar, tetapi bab duit yang tiap hari kita pegang nak beli buku satu pun kita rasa rugi amat. hah, ambik kau, kan dah kena.
8. Urus Dana Kecemasan Dengan Baik.
Waktu gawat begini, duit yang ada perlu diurus dengan baik. Jangan mengurus dana kecemasan sama macam kehidupan harian sebelum ini.
9. Tangguh Beli Rumah Mewah
Jika ada impian beli rumah yang ada kolam macam dalam drama, tangguhkan dulu buat seketika. Jika nak beli rumah yang harga sampai separuh juta, jika dapat batalkan dulu pun tak mengapa. Gawat kali ini luar biasa, hiduplah secara sederhana untuk masa depan keluarga.
Jika tidak dapat jana pendapatan, dapat bertahan pun sudah cukup baik untuk kita sekeluarga kawan kawan.
Ingat pesanan ini, banyak kenangan manis di cipta waktu susah bukan waktu bahagia.
Bertahanlah tetapi jangan sesekali menyerah kalah.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap anak walaupun apa jua masalah yang mendatang, perasan dan hati ibu ayah kena jaga. Jangan sampai diri hati mereka tersentuh dengan kita sebagai anak. Dengan ini bermakna menghormati ibu bapa adalah kunci keberkatan hidup. Perkongsian Mohd Fhais ini sungguh inspirasi. Moga muhasabah diri.
Dengan suami/isteri boleh sekali sekala terasa hati.. lepas tu baik balik..
Dengan adik beradik boleh nak bergaduh.. tapi kalau boleh settle kita settle lah..
Dengan kawan-kawan boleh nak kutuk mengutuk, tak jejas pun hidup..
Tapi..
Dengan mak ayah jangan sesekali terasa hati, bergaduh, mengutuk.. sekali buat seumur hidup kita tak berkat selagi mereka tak maafkan.
Sebab itu dengan mak ayah ni kena banyak mengalah, tak kisah lah jahat macam mana pun mereka kalau jumpa mesti salam cium tangan.
Kerana tanpa tangan mereka tu kita tak dapat hidup sejahtera sehingga sekarang..
Tangan itulah yang mandikan kita, tukar lampin kita, cebuk kita, suap kita makan, bancuh susu dan sapu minyak telon kat perut masa kita meragam gara perut masuk angin dulu..
Ingat tu kawan-kawan !
Kalau kita tahu menghargai Mak Ayah insyaallah anak-anak kita pun akan tahu menghargai kita nanti..
Mohd Fhais Ciumlah, jangan tunggu raya je baru nak cium tangan mak ayah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Dekat rumah saya sekarang ada ibu dan mak mentua, baru sahaja ibu Zain tinggal bersama kami sekitar dua bulan lalu.”
Itulah pengakuan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, kepada Media Hiburan yang menjelaskan bahawa ibu suaminya yang juga merupakan pelakon, Zain Saidin, iaitu Siti Aisyah Abdullah baru sahaja jalani pembedahan dan penting untuknya mempunyai penjaga bagi memastikan keadaannya terjaga.
“Saya beritahu suami, saya terbuka sekiranya Mummy (panggilan kepada ibu mentua) tinggal bersama-sama. Saya percaya rezeki dan memuliakan orang tua. Tambahan pula ada di antara anaknya yang kini sudah bekerja di luar negara.
“Jadi Zain pujuk ibunya supaya tinggal bersama kami sekeluarga. Syukur Mummy pun tiada masalah dan saya gembira kerana sekurang-kurangnya dapat melihatnya di depan mata.
“Cuma kadang-kadang rasa seronok juga tengok ibu saya dan Zain bersembang. Seorang cakap bahasa Melayu, seorang lagi cakap Inggeris, terhibur jadinya. Adalah mereka kawan untuk mengisi masa bersama.
“Ibu Zain baru-baru ini terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan. Jadi lebih baik sekiranya dia tinggal bersama. Umurnya pun sudah 76 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta juga tak kurangnya memberikan pendapat mengenai spektikal bahawa menantu pasti rasa tak selesa sekiranya ada mentua menghuni kediaman sama.
“Dia macam ni, bila kita sayangkan suami, sudah tentu kita mahu dia pun dapat pahala atas asbab dengan apa yang kita lalukan. Pada masa sama, kita perlu sayang ahli keluarga suami, macam famili sendiri.
“Jadi pada saya tiada istilah susah untuk ibu mentua tinggal bersama menantu perempuan contohnya. Ibu mentua pun seorang yang mudah diuruskan dan bukan cerewet.
“Kalau ada isu sekalipun, lebih kurang tu halalkan lah. Kita tidak boleh nak berkira atau rasa dia boleh terima kita seratus peratus. Begitu juga sebaliknya. Yang penting bagi saya bertolak ansur.
“Lain orang mungkin berbeza pandangannya. Cuma di sini saya bertuah kerana mempunyai ibu mertua yang tak cerewet” katanya lagi.
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.