Bab pantang bersalin ni, ada orang betul-betul menjaga sehingga habis waktunya. Ada orang pula, baru seminggu bersalin dah aktif buat itu ini. Ikut lah, lain orang lain kekuatannya kan?
Tidak lepas dari terkena kecaman, pelakon Emma Maembong tampil meluahkan rasa kurang senangnya selepas kerap menerima teguran dari netizen berkenaan pantang larang selepas bersalin.
Perkongsiannya yang dimuat naik di laman Tiktoknya itu mengatakan pada awalnya dia tidak mahu mengambil pusing tentang perkara ini, tetapi ia semakin berlarutan sehingga dirinya difitnah dan menerima komen yang kurang menyenangkan.
“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ni beriya sangat. Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okaylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam dia duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang ke tak.
“Alhamdulillah, saya sihat takda pun viral yang kata saya menangis ke tumpah darah ke semua tu fake. Saya berpantang, jangan risau.
“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda bertungku, tangas, urut, sauna, pakai bengkung dan sebagainya,” katanya.
Tambahnya, setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu ketika melahirkan anak. Namun bagaimanapun, Emma tetap menjaga pemakanannya yang sihat ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut terjaga.
“Alhamdulillah daripada anak first sampai anak kedua saya bersalin secara normal tapi tak ada koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit dia sebenarnya ikut atas badan masing-masing.
“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga. Semua manusia lain-lain, tak ada yang sama.
“Cuma saya tak adalah berlari dan join marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Takpayah beriya-iya samakan cara orang berpantang.
“Macam banyak sangat yang komen dan bandingkan cara mereka berpantang sebelum ini. Macam saya, saya bersalin memang tak sakit luaran tapi dalaman saya tetap jaga dan makan makanan sihat,” jelasnya.
Dalam pada itu, Emma yang tenang mengendalikan situasi tersebut turut mendoakan agar segala urusan wanita-wanita lain yang sedang berpantang dipermudahkan.
Malah, dia turut berpesan kepada netizen agar tidak berlebih-lebihan dalam memberikan teguran dan nasihat kepada orang lain.
“Doakan yang terbaik untuk satu sama lain. Jangan risau saya masih jaga pantang. Nasihat tu boleh, nak tegur tu boleh tak salah. Tapi kalau sampai sumpah-sumpah tu, itu yang salah.
“Jadi saya nak bagitahu tak perlu gaduh pun tentang saya berpantang. Banyak lagi isu yang pentang yang korang boleh ambil tahu kat luar sana.
“Saya tahu dengan video saya ni bukan semua orang setuju. Saya hanya nak bagitahu yang saya sihat je dan yang lain itu semua fitnah. Kena respect each other, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri.
“Saya pun doakan yang terbaik untuk semua wanita yang sedang berpantang di luar sana. Badan masing-masing,” tambahnya.
@emmashazliChill guys, jangan stress2 pasal pantang.♬ original sound – EmmaMaembong
Sumber : @emmashazli